![]() |
| Ni la tapak rumah Abu Jahal yang dah jadi jamban tuuu... |
Aku nak tergelak pun ada bila dapat tahu rupanya ada pakej umrah yang menawarkan ‘khidmat’ melawat tapak rumah Abu Jahal di Mekah
Mungkin sekali imbas kita akan tertanya, gila apa datang dari jauh
pastu nak pergi melawat ke tapak rumah orang yang cukup membenci agama
suci ini
Tapi bila difikirkan balik, elok juga, sekurang-kurangnya kita tahu
apa kesudahan nasib si malaun itu selepas kepalanya berjaya dipenggal
oleh Abdullah bin Mas’ud dalam Perang Badar
dan kesempatan membelek-belek blog mereka yang pernah sampai ke Mekah tadi telah membawa aku ke penemuan ini
Bayangkan betapa hinanya manusia ini, di saat rumah dan makam
Rasulullah serta sahabatnya terus dirahmati, dikunjungi jutaan manusia
setiap tahun, didoakan, dimuliakan, rupa-rupanya tapak bekas rumah Abu
Jahal sekarang hanyalah sekeping tanah yang didirikan tandas di atasnya
Di situlah orang meludah, di situlah orang kencing dan di situlah orang berak!
Dalam tulisan rakan wartawan aku di Utusan Malaysia dulu, Siti Ainiza
Kamsari, Abu Jahal atau nama sebenarnya Amr bin Hisham atau dikenali
juga sebagai Abu Al Hakam akan sentiasa menjadi satu figura yang
melambangkan kejahatan seorang manusia tidak sahaja dalam soal agama
malah terutama sekali soal akhlak.
Terkenal dengan sikap sombong dan bongkak, Abu Jahal suatu gelaran
yang diberikan kerana jahil dalam agama (Bapa kepada segala kejahilan).
Namun kejahilan Abu Jahal di sini bukan bermakna beliau seorang yang
bodoh, dungu atau buta mengenai Islam. Dia tahu bahawa agama itu agama
yang benar.
Tinggal lagi hanya kerana tidak mahu kehilangan kedudukan, pangkat,
nama dan pengaruh apabila mendapati Nabi Muhammad yang diutus untuk
membawa dan menyebarkan Islam itu, yang jauh lebih muda daripada Abu
Jahal, dikatakan cuba merampas semua itu daripadanya.
Kerana itu juga beliau dikenali sebagai Abu Al Hakam, bermaksud
seorang yang bijaksana dan mengetahui segala serba serbi yang memberikan
beliau satu kedudukan yang cukup lumayan, tinggi dan hebat oleh
masyarakat Arab Quraisy.
Tetapi bila hadirnya Nabi Muhammad, mengapa tidak dia sahaja dipilih
sebagai Rasul yang dikatakan lebih mulia, lebih bangsawan dan mempunyai
kedudukan. mengapa Muhammad? Mengapa tidak Abu Jahal?
Lalu perasaan hasad seperti itu menyebabkan Abu Jahal cukup dengki terhadap baginda Rasulullah.
Maka tidak henti-henti dia menyakiti baginda, malah seluruh para
pengikut baginda dan pantang sekali sesiapa yang menyebut mengenai Islam
di hadapannya.
(Begitu pun dikatakan Nabi Muhammad sendiri tidak pernah berputus asa
untuk menyeru dakwah kepada Abu Jahal. malah dikatakan baginda pernah
menjadi tetamu Abu Jahal sebanyak 70 kali semata-mata tujuan dakwah dan
berbaik sesama manusia).
Namun Abu Jahal walaupun pernah ditakutkan dengan kehadiran unta
sebesar raksasa ketika hendak membunuh Rasulullah, tidak pernah mengenal
erti serik untuk terus menyakiti Nabi Muhammad dan umat Islam di Mekah.
Bahkan apabila Nabi Muhammad terpaksa meninggalkan Kota Mekah untuk
berhijrah ke Madinah, Abu Jahal adalah manusia yang paling gembira
sekali.
Seolah-olah dia telah mencapai kemenangan besar kerana berjaya mengusir musuh ketatnya keluar dari Mekah.
Sehingga kini nama Abu Jahal tetap relevan untuk diguna pakai.
Sedangkan Abu Jahal itu seorang yang kafir dan masyarakat
Melayu yang sudah tentunya beragama Islam tetapi pada hari ini jika
berperangai tidak ubahnya seperti Abu Jahal pasti akan dilemparkan
kata-kata: “Jahat atau degil macam Abu Jahal!” - Klik sini

No comments:
Post a Comment