Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, May 24, 2012

TAK TAHAN PRESSURE..!!! AMBIGA BUNGKUS KAIN BAJU BALIK INDIA..???!!!


Pengerusi Bershit, Ambiga Sreveenasan dikatakan semakin tertekan dan tidak mampu untuk berbuat apa-apa mengenai tindakan 60 orang peniaga yang tekad mahu “mengajar”nya dengan mengadakan Bersih 4.0 di depan kediamannya pada setiap Khamis dan Jumaat.

Melalui rakan-rakan wartawan yang membuat liputan mengenai tindakan Majlis Bertindak Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur itu, mereka merancang mahu “membersihkan” Ambiga dan tidak akan berganjak selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Terkini, para peniaga yang berang dengan tindakan kotor Ambiga itu telah mengadakan bidaan tapak niaga di depan rumah Ambiga dan sebuah tapak ‘istimewa’ telah berjaya dibida dengan harga RM5,000 oleh salah seorang dari mereka.

Ahmad Diah Ali yang sangat marah kepada tindakan Ambiga yang beberapa kali merosakkan rezeki diri dan rakan-rakannya rela membayar sebanyak RM5,000 bagi mencerminkan komitmennya untuk memberi pengajaran terbaik kepada rakan karib Pak Samad Janggut itu.

Sebanyak 60 tapak disediakan oleh Majlis Tindakan Peniaga tersebut untuk berniaga di situ,  sekaligus akan kekal disitu sehingga tuntutan mereka agar Ambiga membayar ganti rugi kepada mereka diterima.

Saya difahamkan oleh rakan-rakan media bahawa mereka pernah beberapa kali melihat Ambiga mudar-madir di dalam rumahnya dan kelihatan amat gelisah, dipercayai akibat terganggu dengan tindakan para peniaga tersebut.

Selain itu, saya juga dimaklumkan bahawa Ambiga terpaksa meluahkan rasa tertekan dan “kacau bilau” kepada rakan-rakannya seperti Pak Samad Janggut, Maria Chin Abdullah dan lain-lain lagi bagi mengurangkan rasa tekanannya itu.

Pak Samad Janggut sebelum ini pernah merayu agar para peniaga atau mana-mana pihak tidak menggunakan kawasan awam di depan rumah Ambiga itu dan mengganggu “hak privasi” Pengerusi Bershit itu.

Marina Chin pula semalam memberikan kenyataan seolah-olah tidak faham dengan tindakan para peniaga tersebut dan mempersoalkan tindakan dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang kononnya “membiarkan” situasi itu terus berlaku mengganggu Ambiga.

Kenyataan “bodoh” dari Pak Samad Janggut dan Maria Chin itu membuktikan bahawa mereka sangat dungu atau berpura-pura dungu dengan tujuan tindakan pada peniaga dan beberapa veteran bekas tentera yang sebelum ini melakukan senaman “istimewa” di situ.

Sangat mustahil mereka tidak faham dengan tujuan para peniaga tersebut memandangkan satu Malaysia sudah jelas bahawa mereka mahu menuntut ganti rugi dari Ambiga dan “mengajar” Pengerusi Bershit itu agar tidak lagi mengganggu mereka mencari rezeki.

Sebenarnya, DBKL dan PDRM ada menghantar anggota mereka berkawal di depan rumah dan di jalan utama menuju ke rumah Ambiga.

Namun, memandangkan tiada sebarang tindakan ganas merempuh atau “meloloskan diri” dari kawalan polis, tiada provokasi melampau yang ditunjukkan dan para peniaga itu berada di situ dalam keadaan aman tenteram, maka kedua pihak berkuasa itu tiada alasan untuk memukul, menahan atau menghalang mereka untuk terus berada di situ.

Sepatutnya, Ambiga, Pak Samad Janggut, Maria Chin, Pakatan Haram dan para penyokong mereka perlu mengambil contoh tindakan secara aman yang dilakukan oleh para peniaga ibukota yang cuba menzahirkan protes mereka itu.

Selain tidak melakukan perkara-perkara melampau yang dilakukan puak-puak Bershit 3.0 pada 28 April lalu, mereka patuh kepada arahan pihak berkuasa untuk bersurai dari lokasi tersebut sekiranya diarahkan.

Sewajarnya, Ambiga, , Pak Samad Janggut, Maria Chin, Pakatan Haram dan para penyokong mereka juga patut malu apabila para peniaga dan anggota bekas tentera itu yang bijak mengawal niat, tindakan dan kekal dengan tujuan mereka yang ditunjukkan secara bertamadun dan aman.

Rasanya, apa yang berlaku kepada Ambiga itu akan menjadi satu pengajaran berguna kepada mana-mana pihak supaya belajar menghormati hak orang lain sekiranya mahu hak mereka dihormati.

Pesanan saya kepada Ambiga, jika tidak tahan dengan tekanan dan protes yang ditunjukkan oleh para peniaga itu, “bungkus”lah semua pakaian dan keluarlah dari negara ini, dan janganlah balik-balik lagi ke Malaysia. Ketiadaannya di Tanah Melayu ini amatlah disyukuri… - Kedahan69ers.com

6 comments:

halim said...

lepas ni buat plak di depan rumah sasaksawannegara nyanyuk

Anonymous said...

BUKAN HANYA AMBABIGA TETAPI YANG PERLU BERAMBUS DARI BUMI NEGARA INI IALAH SEMUA PENGGANAS YANG TERLIBAT DENGAN BERSIH 3.0 TERMASUK SAMAD SAID, ANUAR IBRAHIM, AZMIN ALI, BARD,MAT SABUN, GUAN ENG, KARPAL TENGGELAM DAN SEMUALAH....

Anonymous said...

setuju ... aku cuma nak tambah apabila dikatakan bersih minta kempen pilihanraya 21 hari, apa kita mulakan dulu didepan rumah ambiga pasang kaset ceramah politik kat rumah dia setiap hari dan malam, aku rasa tentu dia seronok dengar kaset ceramah puak pas, pkr dan dap. pasang setiap kali dia ada biar dia dengar puas, puas ...

Anonymous said...

setuju ... aku cuma nak tambah apabila dikatakan bersih minta kempen pilihanraya 21 hari, apa kita mulakan dulu didepan rumah ambiga pasang kaset ceramah politik kat rumah dia setiap hari dan malam, aku rasa tentu dia seronok dengar kaset ceramah puak pas, pkr dan dap. pasang setiap kali dia ada biar dia dengar puas, puas ...

Anonymous said...

berapa banyak report polis untuk BERSIH 4.0?

kluangman said...

Buat satu 'platform' dan jemput samad janggut untuk deklamasikan sajaknya yang menyokong ambiga...lepas tu boooooo ramai-ramai dan bayarlah singgit dua ke untuk orng tua tu.

Dia berani ke tidak datang..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!