Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, May 27, 2012

"TAK ADILLL..!!! POLIS PATUT BELASAH PENIAGA YANG BERKUMPUL DEPAN RUMAH AMBIGA TU..!!!"


SEPERTI mana dilaporkan, lebih 100 orang peniaga dan sekumpulan anak muda berhimpun di sekitar kediaman Pengerusi Bershit, Ambiga Sreevenasan baru-baru ini untuk berniaga pasar malam dan menyerahkan memorandum “Halau 1.0” kepadanya.

Namun, hasrat mereka yang berhimpun secara aman itu berjaya dikawal dan minta untuk bersurai oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pihak polis yang mengawal ketat kediaman Ambiga pada Khamis lalu.

Meskipun agenda “pasar malam” tersebut terpaksa dibatalkan kerana menghormati pihak berkuasa, memorandum “Halau 1.0” berjaya diserahkan kepada Ambiga melalui pagar rumahnya dan diterima oleh Pak Samad Janggut.

Mungkin Ambiga terpaksa menghantar “boyfriend”nya itu untuk menerima memorandum itu kerana dia terlalu tertekan atau takut untuk keluar berdepan dengan rakyat yang begitu marah padanya.

Sekonyong-konyong itu, maka timbul pula rasa tidak puas hati oleh puak-puak penyokong Pakatan Haram yang mendakwa bahawa pihak DBKL dan polis tidak berlaku adil dalam mengawal para peniaga dan anak-anak muda itu.

Kononnya, DBKL dan polis sepatutnya bersedia dengan pasukan FRU dan pasukan khas untuk berdepan dengan para peniaga dan anak-anak muda itu.

Puak-puak penyokong Pakatan Haram itu mendesak agar pihak berkuasa menembak gas pemedih mata, menggunakan meriam air dan melayan para peniaga itu dengan cota dan belantan sebagaimana yang dilalui oleh penyokong-penyokong Bershit 3.0 pada 28 April lalu.

Mereka mahu pihak berkuasa bertindak memukul dan memburu semua para peniaga dan anak-anak muda itu dan didakwa di mahkamah kerana membuat himpunan di depan rumah “dewi pujaan” mereka…

Persoalannya, perlukah pihak berkuasa bertindak sedemikian terhadap Majlis Bertindak Peniaga Kuala Lumpur dan kumpulan anak-anak muda yang tidak berpuas hati terhadap Ambiga itu?

Sedangkan, para peniaga dan anak-anak muda itu tidak pun merempuh sekatan pihak berkuasa dan tidak pula membuat sebarang porovokasi terhadap polis atau pihak DBKL!

Mereka juga tidak membaling topi keledar, batu, kayu atau membawa besi untuk memukul polis yang menghalang mereka, dan mereka juga tidak mencetus sebarang keganasan ketika berada di kawasan rumah Ambiga.

Lebih penting, selepas selesai menyerahkan memorandum tersebut ke tangan Pak Samad, mereka patuh kepada arahan pihak berkuasa untuk bersurai sepenuhnya dari kawasan itu dan proses bersurai itu berlangsung dengan aman tanpa bantahan!

Jadi, para peniaga dan anak-anak muda itu jelas menunjukkan mereka hormat pada undang-undang, bertamadun dan bersikap matang dalam tujuan atau niat protes mereka itu.

Dari itu, apa perlunya pihak berkuasa menggunakan “gas pemedih mata”, “meriam air” atau cota untuk berdepan dengan situasi sebegitu?

Jelaslah bahawa para penyokong Bershit itu boleh dikatakan bodoh dalam memikirkan sesuatu yang wajar terhadap sesuatu tindakan yang berkait rapat dengan isu keganasan dan keamanan. Mungkin mereka tidak dapat membezakan antara perkaraan “ganas” dan “aman”?

Padanlah Pakatan Rakyat secara mudah dapat mempengaruhi golongan-golongan yang punya akal tapi tidak menggunakan akal itu untuk “dikeldaikan” begitu saja di dalam sebarang himpunan yang mereka anjurkan.

Tiada kualiti yang boleh dibanggakan pada penyokong-penyokong Pakatan Haram melainkan mereka begitu mudah digunakan untuk “tidur di atas jalanraya”, melakukan provokasi melampau, “menyelak kain tunjukkan anu” dan melakukan keganasan yang jelas bertentangan dengan undang-undang.

Begitula Pakatan Rakyat dan para penyokongnya. Namun mereka tetap mencanangkan bahawa kononnya mereka disertai oleh para bijak pandai dan golongan profesional. Ya memang “bijak” dan “profesional”, tapi mereka tak punya akal untuk membezakan antara yang betul dan salah, kan?

Sumber: Perak Today

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!