Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, May 3, 2012

SURAT TERBUKA KEPADA PENYOKONG BERSHIT YANG MENGADU DIBELASAH...!!!

asrul_wadi
Selesai himpunan Bershit 3.0 di Dataran Merdeka baru-baru ini, maka ramailah budak-budak upahan Pakatan Haram yang tampil menunjukkan kecederaan yang mereka alami meminta simpati rakyat dan cuba menyalahkan pihak berkuasa yang kononnya berlaku ganas kepada mereka.

Ada yang lebam dan berdarah di bahagian mata kanannya akibat terkena kelongsong peluru gas pemedih mata yang ditembak ke beberapa lokasi mereka berkumpul. Ada yang mengaku bengkak teruk di bahagian dada, kaki, tangan, badan, kepala dan “otak”!

Dalam akal masing-masing, tiada lain yang mereka mahu tunjuk melainkan keganasan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) terhadap rakyat Malaysia dan seolah-olah pihak berkuasa itu menghalang perjuangan suci murni mereka bersama Ambiga…

Pada saya, hanya orang lemah dan malas berfikir sahaja yang akan kasihan serta terpengaruh dengan kisah-kisah “air mata” mereka. Setelah teruk dibelasah pihak berkuasa, mereka kononnya mengadu nasib kepada rakyat…

Persoalannya, apakah benar PDRM zalim kepada rakyat? Apakah rakyat yang sedang bahagia dan bersantai di rumah dan berkelah di tepi pantai pada 28 April lalu turut dibelasah seperti peserta himpunan Bershit 3.0?

Pokoknya, sudah tentu ada sebab puak-puak Bershit itu dibelasah pasukan FRU..! Mana ada pasukan anti-rusuhan dalam dunia yang menangkis huru-hara dengan taktik lemah lembut bersenjatakan bantal empuk! Itu standardlah…

PDRM tidak akan sekali-kali bertindak tanpa sebab. PDRM juga pada saya tidak akan sekali-kali memukul orang awam jika tiada alasan yang munasabah. Seperti di sekolah, seorang guru takkan marah atau tarik telinga muridnya jika anak muridnya itu tidak melakukan sebarang kesalahan.

Rasanya, saya tidak perlu menghuraikan mengapa pasukan FRU membelasah puak-puak pelampau Bershit 3.0 itu. Kita semua boleh lihat sendiri bagaimana ‘beruk-beruk liar’ itu bertindak ganas terhadap pihak berkuasa di dalam Youtube dan siaran televisyen. Semua itu fakta jelas.

Pada saya, sekiranya puak-puak yang mengadu dibelasah polis itu tidak mahu sakit, usahlah cuba menyertai sebarang himpunan anjuran puak-puak pembangkang. Belum pernah ada dalam sejarah Malaysia yang menunjukkan demo anjuran mereka yang tidak berakhir dengan keganasan terancang!

Bermula dengan demo mahasiswa yang dipimpin Anwar pada sekitar tahun 70’an dahulu hingga Bershit 3.0, belum pernah situasinya berlangsung dalam keadaan aman damai. Anwarlah dalang disebalik huru-hara dan keganasan apabila membakar emosi mereka untuk memberontak melakukan perbuatan yang melampaui batas.

Siapa yang mendorong puak-puak Bershit menyerang kenderaan polis yang terbabas di depan Sogo? Siapa pula yang membelasah anggota polis di dalam kenderaan tersebut? Siapa pula yang membakar perasaan mereka yang menterbalikkan kenderaan itu?

Siapa pula yang menghangatkan api kemarahan peserta Bershit untuk menjahanamkan sebuah motosikal berkuasa tinggi milik polis trafik? Siapa pula yang memarakkan keganasan sehingga anggota trafik itu koma dibelasah oleh “beruk-beruk”berpakaian kuning itu?

Berdasarkan keganasan itu, tak payahlah mengadu pada Harakah, Malaysiakini, Malaysian Insider dan media internet pro-Pakatan Haram yang lain. ‘Muntah’ pula nanti rakyat membaca cerita-cerita ‘air mata’ yang cuba menagih simpati rakyat itu.

Untuk mereka-mereka yang tercedera di himpunan Bershit kerana dibelasah polis, rakyat sebenarnya bertepuk tangan dan menunjukkan tanda “thumb up!” kepada pihak PDRM. Rakyat mengiktiraf kehebatan PDRM membendung huru-hara budak-budak hingusan itu.

Menurut rakyat, “kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai”, “kalau takut dibelasah FRU, jangan sertai Bershit la bingai!”, itu pantun peribahasa “berlapik” untuk mereka-mereka yang mengadu macam budak-budak kecil itu.

Justeru, saya menasihatkan supaya usahlah gunakan strategi mengadu dibelasah polis lagi. Nanti rakyat lagi menyampah pada kalian semua. Gunakanlah taktik lain. Taktik itu sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Sudah tidak laku….

Sumber: Klik sini

9 comments:

Anonymous said...

I like..heheheh padan muka ko setan...siapa suruh gi demo..hahahaha

Anonymous said...

Islam itu indah. Dalam apa hal pun ia berpatah balik kepada niat. Kalau ada niat menderma, maka tersinar kebaikan dihati dan gerak-geri kita. Kalau niat hendak protes maka akan lahirlah perkara yang tidak enak. Protes itu didefinasikan sebagai menyatakan tidak setuju, membantah, atau membangkang. Ia lahir dari perasaan negatif. Bila berkumpul beramai-ramai maka rasa amarah senang di api-apikan. Saya sangat tidak bersetuju bila ada orang mengaitkan perkataan protes dan aman.

Anonymous said...

kenapa mata sebelah bengkak - aku nak tiru anuar masa kena tumbuk dengan IGP - Mata 1 boleh tiru yahudi.

Anonymous said...

risiko hadiri perhimpunan haram salah satunya boleh kena belasah oleh pihak berkuasa kerana terang-terang melanggar undang2.Aku duk kat rumah aje,tak pun kena belasah...muahahaha..dah bodoh macam lembu,memang patut kena belasah pun..

Anonymous said...

Kalau boleh tanam terus lebih baik tak begitu? ini adalah satu pengajaran untuk mereka yang berlagak samseng..

Pak Mat Tempe said...

Ulasan yang cukup padat dan tepat, syabas.

Cuma nak tambah sikit. Lain kali minta up! upah untuk merusuh.

Lagi baik kalau insurance boleh cover. Kurang2 pun setengan juta.
Kalau mampus setidaknya2 mak bapak dah ada duit untuk upah kambus.

Anwar no hal punya duit dia banyak. Kroni2 dia masa jadi Menteri Kewangan dulu masih lagi kaya raya.

Anonymous said...

Siapa yang suruh dia orang berdemo?

Jika sakit, janganlah nak mengadu kena belasah dengan polis.

Kamu itu perusuh, maka itulah rasanya bila sudah membuat satu keputusan BODOH untuk merusuh!!

Anonymous said...

nasib baik la bengkak2 n lebam2 je kat mata tu..tu da kire bernasib baik da tu..

silap2 aribulan nyawa tu melayang..ingat leh mati syahid ke?

ade otak tu pikir2 la skit dr wat keje yg xde pekdah..

Anonymous said...

Nasib baik bengkak.... Kalau aku... Kasi tanam je.... Kecik2 tak nak mampos! Dah besar menyusahkan negara dan penduduk. ?.... Dah mahkamah bagi tau tak boleh... nak jugak merusuh.... padan muka.... Meh la aku tolong.... aku titik limau ngan toreh muka tu!!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!