Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, May 27, 2012

SOALAN UNTUK ORANG UMNO KEDAH: KITA PERDANA MENTERI KE UNTUK TENTUKAN SIAPA MB KEDAH..?




Semalam, Bro Mukhriz ada bagitau rakyat Kedah, khususnya orang UMNO supaya tumpu dulu menangkan UMNO/BN di Kedah sebelum bercakap soal "siapa akan jadi MB Kedah?"


Yup! Aku sebelum balik Kedah pun dah cakap tentang perkara yang sama dan semalam Mukhriz ulang sebut balik apa yang aku kata...

Pada aku, hak untuk tentukan siapa MB Kedah kalau UMNO/BN take over Kedah balik adalah HAK MUTLAK PM. Persoalannya, hangpa tu PM ka yang nak tentukan siapa MB Kedah?

Aku ingatkan, kalau PM bawa nama Mukhriz atau sapa sekali pun jumpa DYMM Sultan Kedah dan jika baginda tak berkenan, jangan harap la nama yang dibawa Najib tu dapat jadi MB kat negeri ni..heh! Dah pernah jadi dah sebelum ni...kan? 

So, hangpa tak payah gaduh la pasai "siapa nak jadi MB Kedah" tu...

Sepanjang aku kenali Mukhriz, bukan sekali dua kami bagitau dia bahawa dia layak dan kami harap dia jadi MB Kedah. Tapi secara baik, Mukhriz tolak...

Dan secara peribadi, aku lihat Mukhriz lebih layak untuk berada di peringkat Federal, jadi Menteri. 

Bukan apa...Aku takut dia kena kerat dengan permainan politik kat Kedah ni. Masa dia balik Kedah pun, banyak kali dah aku tengok beberapa pihak cuba "himpit" dia. Kalau dia layan, aku takut dia kena "kencing", kalau dia tak layan, takut dia kena "pulau" pulak, kan?

Rasanya, kalau Mukhriz nak balik sini jadi MB pun, dia perlukan masa sepenggal dua lagi. Tu masa yang boleh di consider...

So, stop buat speculation tentang "siapa jadi MB Kedah". Kita terima siapa saja sekarang ni untuk jadi MB Kedah asalkan tak la teruk sangat. Tapi, takkan la Najib akan pilih pemimpin yang "LESU" kot untuk jadi MB? Mustahil Najib nak sabotaj Kedah kalau UMNO/BN menang...kan?

So...buat kerja. Aku dok kerja keras siang malam ni. Tidoq pun dah tak cukup. Orang rumah pun dan mula bising. Tiap hari asyik ke sana ke sini pusing Kedah. Dah dekat sebulan aku kat Kedah, tak kurang dari 20 isu yang aku dah bawak keluar kat blog...heh!

Tunggu la sampai PRU13 nanti..kita boleh buat buku isu untuk Azizan study..!!! Hahahahaha..!!! Alamat masuk IJN pulak la Ustaz nooooo...heh!

4 comments:

Anonymous said...

Ya Betul.
Tapi Najib juga kena perihatin dan sensitif suara dan kehendaka rakyat Kedah.
Tokoh yg sesuai ialah Mukriz.Jika dibanding dengan lain dia lebih layak.
Istihar saja mukriz bakal MB Kedah.

Anonymous said...

aku harap rakyat kedah pulangkan tampuk kepimpinan balik kpd BN. Kerja keras utk menangi hati rakyat. Siapa jd MB, perkara kedua selepas menang PRU13 nanti. Mak aku dgn kwn2 dia pun tak sabar nak pangkah BN balik. Depa dah sedar, kerana kesilapan depa pangkah PRU12, anak cucu depa yg merana. Depa la ni kata, depa mengundi utk anak cucu supaya senang dan maju. Utk depa, dah dpt habuan dah (pencen, perubatan, ptptn utk anak depa etc). Kalau PAS/PR benda2 tu belum tentu kekal. Harap yg lain pun bfikiran sama mcm mak aku.

Anonymous said...

soal jawatan MB kedah kita serah saja pada Tuanku Sultan Kedah, itu kuasa nya untuk tentukan siapa bakal di berikan amanah untuk perintah kedah, jangan jadi pada negeri Perak semasa nizal gila tu, asyik2 dok jaga komunis.........betul tak? salah lantik.........

Anonymous said...

Bro

Kalau mukhriz nak lama dan relevan dalam umno ..kenalah lobi jawatan kat pusat.. kenalah ada political demand sikit ...kalau dia nak potray diri dia second liner leader ataupun emerging leader ..dia confirm tak boleh duduk state ...mampus dia kena kunyah kat warlord kat kedah tu ..kalau ambitious ..kenalah keras sikit ..mana ada pemimpin umno zaman sekarang ni yg playsafe ..takkan tink tank dia tak boleh nasihat ..takkan selamanya nak ambil untung nama bapa dia ...duduk federal pun tak ada impact sangat pun ...setakat rasmi sana dan rasmi sini ...semua orang pun boleh buat ...wake uplah mukhriz ...nama tengah hot ...make uselah advantage tu ...taktaulah kalau dia ada strategi politik yang hebat yang orang pun tak terfikir ...tak selamanya orang suka kat dia ...lama2 pun orang akan benci jugak ...kalau cik duke baik sangat ngan dia ...nasihat2lah dia sikit ...be more of tun mahathir rather than tun hasmah ...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!