Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, May 14, 2012

SIAPA SOKONG BAR COUNCIL DAN SUHAKAM..???

bc
Sebenarnya, saya sudah muak dengan kerenah Majlis Peguam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malayasia (SUHAKAM) yang seolah-olah begitu bodoh dalam menghukum cara pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berhadapan dengan himpunan Bershit 3.0 pada hujung April lalu.

Majlis Peguam yang dipengerusikan oleh “anak didik” Ambiga, kelihatan begitu bebal dengan kenyataannya yang mengutuk PDRM yang dikatakan bertindak ganas terhadap para peserta himpunan Bershit tempohari.

Begitu juga dengan SUHAKAM yang menyatakan bahawa pihak polis tidak wajar menembak gas pemedih mata di kawasan awam sekaligus menyalahkan pihak berkuasa kerana bertindak begitu di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Masjid India dan beberapa kawasan terbabit yang huru-harakan puak-puak Bershit.

Persoalannya, bagaimanakah cara yang “PALING WAJAR” bagi pihak berkuasa berhadapan dengan himpunan yang mempergunakan perkataan “himpunan aman” dan kemudiannya bertindak ganas di tempat awam serta pihak berkuasa?

Dalam mengkritik tindakan pihak berkuasa terhadap “sahabar-sahabat karib” Majlis Peguam dan SUHAKAM itu, mereka langsung tidak memberikan cadangan atau cara bertindak yang mereka fikir “wajar” untuk “mengajar” perusuh-perusuh berbaju kuning itu.

Apakah tindakan polis terhadap perusuh-perusuh itu ganas? Ya, memang ganas. Namun, perlu diingat bahawa pihak PDRM yang bertindak ganas kepada mereka-mereka yang melampau batas sahaja.
Pada yang tidak melampau dan mengikut arahan pihak berkuasa, mereka sedikit pun tidak dijentik!
Saya ingin bertanya kepada semua peguam-peguam yang kononnya bijak pandai dan profesional itu, sekiranya datang beratus orang berbaju kuning ke rumah mereka, menggoncang pagar, memaki hamun dan membaling objek keras sebagai membantah yuran guaman mereka yang dikatakan tidak berpatutan, apa yang mereka rasa?

Sekiranya mereka mendapat injunksi mahkamah supaya ratusan orang di depan rumah mereka tidak diganggu atau diceroboh dan diberikan puluhan anggota polis berkawal di depan rumah mereka, dan kemudiannya ratusan orang tersebut tetap merempuh masuk ke rumah mereka serta membelasah polis-polis tersebut, apakah tindakan yang sewajarnya dilakukan oleh anggota polis berkenaan?

Apakah anggota polis itu wajar menadah muka, kepala dan tubuh badan mereka untuk dipukul dengan topi keledar, kayu, besi, botol, batu dan pelbagai objek merbahaya yang lain dan bertahan begitu saja tanpa sebarang tindakan lain?

Apakah peguam-peguam itu fikir seluruh anggota polis di Malaysia ini layak dilayan seperti “punching bag”? Apa kata kalau puak-puak yang merusuh itu menjadikan peguam-peguam itu saja sebagai “punching bag”?

Mungkin dengan cara itu maka Majlis Peguam akan menyatakan tindakan ganas PDRM terhadap perusuh itu wajar? Begitu?

Kenyataan SUHAKAM yang menyatakan bahawa “polis tidak wajar menembak gas pemedih mata di kawasan awam” adalah kenyataan yang paling bodoh dalam sejarah hak asasi manusia di seluruh dunia.

Kalau perusuh menggunakan kawasan awam sebagai lokasi untuk mereka merusuh, apakah wajar PDRM menembak gas pemedih mata di kawasan hutan? Kalau tidak ditembak ke kawasan awam tempat perusuh membuat kacau, di mana harus ditembak gas pemedih mata tersebut?

Saya fikir, barisan SUHAKAM yang menyatakan pendirian sebegitu bodoh hanya menjatuhkan reputasi hak asasi manusia sahaja. PDRM menembak gas pemedih mata itu untuk menyuraikan rusuhan yang dilakukan di tempat awam dan perusuh-perusuh itu bertindak melampau terhadap pihak berkuasa itu.

Jelas dalam bukti-bukti yang dipamerkan oleh PDRM menyaksikan puak pelampau itu menceroboh, bertindak ganas dan menyerang pihak berkuasa itu terlebih dahulu sebelum polis bertindak.

Saya fikir, panel-panel SUHAKAM yang mengeluarkan kenyataan tersebut lebih wajar untuk meletak jawatan saja dari badan bebas itu kerana jelas ia merupakan satu kenyataan yang tidak masuk akal dan tidak adil sama sekali.

Majoriti rakyat marah pada Bershit dan Pakatan Haram yang menghuru-harakan ibunegara, mereka bersorak “padan muka” pada puak-puak tersebut dan mengucapkan tahniah kepada pihak PDRM atas kecekapan mereka bertindak “ganas yang wajar” terhadap puak-puak pelampau itu.

Peliknya, Majlis Peguam dan SUHAKAM pula yang “buta” dan mengeluarkan kenyataan bodoh serta tidak adil kepada wira-wira negara yang berjaya mengawal keamanan negara dari keganasan melampau puak-puak perusuh itu.

Apa Majlis Peguam dan SUHAKAM “makan suap” ke?

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!