Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, May 11, 2012

SERIUS LAWAK..!!! AMBIGA GABRA BERDEPAN BRADER JUAL BURGER..!!! HEH!


burger ambiga


Saya tersengih-sengih apabila mendapat tahu ada peniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman yang marah sangat pada Ambiga sehingga membuka gerai burger di depan rumah Pengerusi Bershit itu.
Meskipun gerai itu hanya dibuka selama lebih kurang dua jam, rasanya peniaga itu puas hati kerana berjaya memalukan Ambiga.

Saya berpendapat, peniaga itu bertujuan untuk memberi peluang Ambiga merasai bagaimana suasana apabila premis dan privasinya diganggu dengan sengaja oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sepertinya.

Selain dapat memberikan pengalaman “berharga” itu kepada Ambiga, peniaga gerai burger itu berjaya memalukan kawan baik Anwar, Pak Samad Janggut dan Marina Mahathir itu.

Syabas saya ucapkan kepada “brader” tersebut dan saya mengharapkan agar lebih ramai lagi peniaga yang akan mengikut jejak langkahnya esok dan pada hari-hari seterusnya. Kalau buat macam pasar malam, lagi cantik..!

Bila media tulis bahawa para peniaga di kawasan yang dihuru-harakan Bershit dan Pakatan Haram itu marah pada mereka, ramai yang tak percaya. Sekarang?

Sebelum ini, Ambiga telah menyebabkan para peniaga di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Masjid India, Masjid Jamek dan premis perniagaan di sekitarnya rugi berjuta-juta ringgit.

Ketika himpunan Bershit dan Bershit 2.0 dilakukan dulu, para peniaga di kawasan tersebut pernah mengadu kepada DBKL dan media tentang kerugian yang mereka alami.

Setiap kali Ambiga membawa “geng-geng kuning”nya dan Pakatan Haram membawa penyokong-penyokong yang berjaya ditipu mereka, para peniaga di sekitar kawasan itu terpaksa tutup kedai dan tidak beroperasi seharian.

Siapa nak bayar ganti rugi kepada para peniaga itu? Takkanlah kerajaan pula yang harus membayar?

Sebelum ini, beberapa peniaga di kawasan yang dihuru-harakan Pakatnan Haram dan Ambiga itu malas untuk menunjukkan protes. Maklumlah, orang “business”.

Mereka risau kalau-kalau pelanggan mereka yang menyebelahi pembangkang tidak lagi mahu masuk ke kedai mereka. Takut nanti protes mereka itu dianggap sebagai menyokong BN pula.

Dan pada himpunan Bershit 3.0 kali ini, saya difahamkan bahawa mereka tidak lagi dapat menahan sabar. Biarlah mereka dituduh sebagai penyokong BN sekali ini.

Lagipun, memang mereka sudah beralih kepada BN setelah melihat perilaku “beruk-beruk” Pakatan Haram merosakkan perniagaan mereka.

Hakikatnya, perkara ini tidak disedari oleh Pakatan Haram dan Ambiga yang konon-kononnya rakyat serta para peniaga di Jalan TAR, Masjid India dan Masjid Jamek semuanya “orang-orang mereka”!

Padahal, para peniaga dan rakyat rasa nak “muntah” bila mendengar pembohongan yang dilakukan oleh Pakatan Haram dan Ambiga itu.

Tak mengapalah. Kalau Pakatan Haram tak sedar pun dan masih “syok sendiri” pun, saya tak kisah. Kalau nak anjurkan Bershit 4.0, 5.0 dan hingga 1000.0 pun saya alu-alukan. Dan kita lihat siapa yang kena maki dengan rakyat nanti…

Sumber: Klik sini

2 comments:

Anonymous said...

Memang lawak ler bro. Harap peniaga bagi shit lagi kat Beruk Ambiga ni. Dia ingat semua orang sokong tindakan dia. Teruskan pejuangan peniaga dan IKHLAS wa salute lu.

Anonymous said...

Memang lawak ler bro. Harap peniaga bagi shit lagi kat Beruk Ambiga ni. Dia ingat semua orang sokong tindakan dia. Teruskan pejuangan peniaga dan IKHLAS wa salute lu.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!