Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, May 21, 2012

SEKSI DAN GHAIRAH..NORA DANISH MASIH MEMBISU...!!!

Ketika gambar Nora Danish dalam gaya seksi dan agak ghairah keluar di sebuah majalah, maka ramai yang terperanjat.

Ada yang cuba berlagak bijak pandai dengan mengatakan ia dihasilkan dengan teknik pertindihan (super impose) sedangkan majalah itu dijual di hampir semua kedai buku utama dan dengan jelas meletakan muka Nora Danish serta temuramah dengan artis itu.

Sejak itu, ramai yang ternanti-nanti penjelasan dari Nora Danish akan mengapa dia sanggup bergambar dalam keadaan begitu.

Setakat ini, dia hanya berdiam diri seperti yang dilaporkan akhbar Sinar Harian semalam;


HAMPIR dua minggu berada di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah, akhirnya aktres jelita, Nora Danish selamat tiba di tanah air, 10 Mei lalu.

Rasanya ramai yang mencari Nora kerana sepanjang pemergiannya di Tanah Suci, gambar pelakon drama Tentang Dhiya ini beraksi seksi di sebuah majalah menjadi perbualan hangat.

Penampilan Nora mengejutkan peminatnya kerana biarpun sering tampil dengan imej seksi, namun Nora kelihatan lebih ‘berani’ dalam majalah itu.

Zass cuba menghubungi Nora bagi mendapatkan kenyataannya berkenaan perkara itu tetapi gagal. Mungkin Nora masih mahu berehat selepas pulang ke tanah air.

Apa pun, sama-samalah kita tunggu Nora memberikan kenyataannya dalam masa terdekat.

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!