Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, May 14, 2012

PERLU DIHENTIKAN ATAU TUNGGU SEPENGGAL LAGI UNTUK JAHANAMKAN KEDAH?

Mungkin kerana terlalu alpa dengan permainan politik dalam partinya sendiri, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan terlupa untuk mengambil tahu tentang struktur jalanraya, jambatan awam atau kemudahan infrastruktur lain yang melibatkan kesejahteraan rakyat Kedah.

Perkhabaran terbaru dari beberapa penduduk Sungai Kob, di mukim Karangan, Kulim, memberitahu bahawa jambatan yang menghubungkan jalan utama ke pusat pembuangan sisa pepejal di kawasan tersebut mendap teruk.

Akibatnya, pihak berwajib yang ditugaskan untuk menyelenggara dan memungut sampah di kawasan Kulim dan Bandar Baru dijangka terjejas operasinya akibat mendapan tanah itu.

Selain itu, menurut tinjauan kami dengan ramai penduduk di beberapa kawasan utama di Kedah menyaksikan ketidakpuasan hati mereka tentang keadaan jalanraya yang teruk berlubang di sana sini.

Di sekitar Alor Setar, Sungai Petani, Kulim, Jitra, Baling, Sik dan Langkawi, jalan-jalan yang sepatutnya diselanggara oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah dikatakan terbiar berlubang tanpa dibaiki atau diturap dengan baik oleh pihak berwajib.

Namun begitu, mereka mendakwa bahawa jalanraya persekutuan diselenggara dengan baik dan diturap sepenuhnya jika didapati kurang memuaskan keadaannya.

Meskipun Alor Setar dan Sungai Petani merupakan dua bandar utama di negeri ini, keadaan jalanraya di sekitar kawasan tersebut amat menyedihkan.

“Kalau berlubang, kami komplen, depa mai(mari) turap. Tapi depa turap kat lubang tu saja. Tak cukup sebati dengan jalan. Kalau hujan malam tu, confirm lubang tu ada balik esoknya,” kata Gopalan, salah seorang penduduk di Sg. Layar, Sg Petani.

Di Kulim dan Jitra, keadaannya lebih buruk dari Alor Setar dan Sg. Petani. Bukan saja jalanraya di kawasan pekan, malah jalanraya di kawasan taman-taman perumahan juga rosak teruk dan tidak diperbaiki oleh pihak berkuasa negeri.

Keadaan iitu lebih merumitkan di kawasan Baling dan Sik yang merupakan antara daerah yang agak jauh dari pusat bandar utama dimana bukan saja jalanraya berlubang dan rosak, malah ada yang mendap dan beralun teruk ekoran tidak dipantau dengan baik oleh Kerajaan Negeri.

Menurut Rahmat, 37, yang menetap di Langkawi pula, keadaan jalanraya di pulau pelancongan itu agak menyedihkan apabila kebanyakkan jalanraya di sana tidak diselenggara dengan baik sehingga mengakibatkan ramai para pelancong yang kemalangan kerana jalanraya rosak.

“Ada seorang Mat Saleh dengan isterinya jatuh motor dan luka teruk kerana langgar lopak kat Padang Mat Sirat. Dah la depa kena bayar ganti rugi motor accident, dapat luka teruk pulak tu. Patut la dah tak ramai pelancong yang mai Langkawi la ni berbanding dulu,” katanya ketika ditemui di Alor Setar baru-baru ini.

Tidak cukupkah peruntukkan sebanyak RM150 juta yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan PAS Negeri Kedah setahun untuk menyelenggara jalanraya di negeri ini? Atau ada di kalangan pemimpin Kerajaan PAS Kedah yang khianat dengan amanah tersebut dan “masuk poket sendiri”?

Persoalannya, sampai bila rakyat Kedah harus menderita dengan keadaan jalanraya rosak dan tidak diselenggara dengan baik ini? Apakah sehingga Pilihanraya Umum ke-13 atau mahu diteruskan penderitaan ini sepenggal lagi? Itu kena tanya Azizan Razak dan Exconya.

Sumber: Kedahan69ers.com

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!