Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, May 28, 2012

PERHATIAN DAN PENGUMUMAN KEPADA SEMUA MELAYU YANG MENGAKU UMNO KEDAH..!!!

Dengar sini semua orang Melayu yang mengaku UMNO di Kedah. Tok Bashah dah bersuara dan aku setuju 100% dengan apa yang beliau kata...

Jadi, pada sesiapa yang "capoi" mulut dan dok sebok jugak bercakap pasai isu ni, aku rasa ia menentang semangat kebangkitan GELOMBANG MERAH di Kedah...

Lagi satu aku nak ingatkan, ni aku bagi tau awal-awal....

BARANG SIAPA YANG AKU DAN KAWAN-KAWAN AKU DAPATI CUBA, SEDANG ATAU AKAN SABOTAJ UMNO KEDAH ATAU UMNO PADA ATAU SEBELUM PRU 13 NI...

MAKA AKU DECLARE WAR DENGAN DEPA YANG TERLIBAT TU...FAHAM? ATAU NAK AKU ULANG SEKALI LAGI?

SO, JANGAN SALAHKAN AKU DAN KAWAN-KAWAN AKU KALAU KAMI "SESAH" PENGKHIANAT YANG SABOTAJ TU LEPAS PRU13 NANTI...FAHAM KOT NOOO...

Tapi, kepada sesiapa yang mahu bekerjasama memenangkan UMNO dan BN pada PRU ni..kami akan sokong mereka. Tu saja buat masa ni...

Semua Calon Layak Jadi MB – Ahmad Bashah

ALOR SETAR – Semua calon Umno yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang layak menjadi Menteri Besar, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bakar Bata itu berkata, calon Menteri Besar akan ditentukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak setelahBarisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali Kedah.

“Yang penting sekarang ialah fokus dan bekerja keras untuk menang…lepas itu kita lihat siapa lebih layak (jadi Menteri Besar),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus ketua unit PRU-13 Parlimen Alor Setar di sini Ahad.

Ahmad Bashah berkata, spekulasi bahawa timbalannya Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir bakal menjadi Menteri Besar Kedah dan akan bertanding kerusi DUN pada PRU-13 sengaja ditimbulkan oleh pihak luar bertujuan memecah-belahkan Umno negeri.

“Umno tidak perlu tonjolkan sesiapa untuk jadi Menteri Besar kerana calon yang bakal bertanding pun tidak dihebohkan,” katanya sambil meminta semua media elektronik, cetak termasuk blog segera menghentikan spekulasi tersebut. – BERNAMA

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!