Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

  • Rakyat Diminta Jauhi DAP - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup melabelkan parti DAP sebagai 'raja putar belit' yang menggerunkan dan perlu dijauhi rakyat. Belia...
    44 minutes ago

Monday, May 28, 2012

PEDASSSS UNTUK NURUL IZZAH..!!! IZZAH PATUT BERTANGGUNGJAWAB APA YANG BERLAKU DALAM "RUMAH"NYA..!!!

nurul izzah

Saya terbaca mengenai insiden baling telur dan batu ketika ceramah Ummi Hafilda dan Anwar Ibrahim berlangsung serentak dalam kawasan yang jaraknya hanya sekitar 100 meter dari kedudukan pentas masing-masing.

Kecoh juga insiden itu di mana dilaporkan bahawa penyokong kedua-dua belah pihak mengalami kecederaan. Malah melihat gaya gambar mangsa penyokong PKR yang terkena balingan batu di Malaysiakini, lelaki itu bagaikan sudah “nyawa-nyawa ikan”!

Saya cepat menghubungi rakan-rakan wartawan di Utusan, Berita Harian, UMNO Online, Malaysiakini, Harakah dan beberapa media lain untuk mendapatkan maklumat mengenainya secara adil.

Seperti selalu, Anwar akan menyalahkan UMNO dalam hal ini dan atas insiden itu dia telah menjerit memaki hamun, “Pemuda UMNO sial! Pemuda UMNO sial!”, secara spontan di pentas ceramah tersebut.

Dan sepertimana selalu, para editor Malaysiakini, Harakah dan beberapa media pembangkang menyiarkan berita yang menyalahkan UMNO dan berhari-hari menyiarkan gambar “lelaki yang hampir mati” yang dilontar batu…

Manakala sehingga kini, tiada tuduhan dari pihak UMNO mahupun Pemuda UMNO terhadap pihak PKR atau Pakatan Haram mengenai insiden tersebut. Yang diminta oleh UMNO hanyalah supaya pihak pembangkang hentikan segala tuduhan mereka yang tidak punya sebarang bukti itu.

Pada saya, sama ada UMNO atau Pakatan Haram, tiada sesiapa pun punya bukti kukuh terhadap insiden yang berlaku. Sehingga kini, tiada sebarang bukti yang menunjukkan insiden itu dilakukan oleh pihak UMNO mahupun Pakatan Haram.

Sebenarnya, jika dilihat dari sejarah pertembungan ceramah di antara Ummi Hafilda dan Anwar bukanlah satu perkara baru dan ia telah berlaku sebelum ini di beberapa siri ceramah politik ketika PRK mahupun pilihanraya negeri Sarawak sebelum ini.

Namun yang peliknya, tiada pula sebarang kekecohan yang membabitkan kejadian membaling objek keras, batu, telur dan sebagainya sebelum ini. Tapi mengapa kali ini ia berlaku di kawasan Lembah Pantai, atau lebih tepat lagi PARLIMEN YANG DIWAKILI NURUL IZZAH..!!!

Dalam hal ini, selalunya polis pun agak payah untuk menyiasat tentang siapa yang baling batu atau sebagainya kerana tiada mata yang melihat dalangnya. Mungkin penyokong PKR dan mungkin penyokong UMNO dan mungkin orang yang diupah. Tiada siapa yang tahu.

Namun, memandangkan ia kawasan Nurul Izzah, maka Nurul Izzah lah “tuan rumah”nya. Ummi dan penyokong UMNO pada saya hanyalah “tetamu”. Selalunya, “tuan rumah” lebih faham dan tahu tentang situasi atau selok belok kawasan yang diwakilinya, kan?

Misalnya, saya berkunjung ke rumah musuh saya. Kemudian, oleh kerana bencikan saya, musuh saya dalam diam menyuruh anaknya membaling mainannya ke arah saya dan dia sendiri, dengan niat mahu membuat saya tidak selesa dan mahu saya segera tinggalkan rumah mereka. Mungkin juga, kan?

Pada saya, tidak mustahil juga puak-puak PKR sendiri yang mengupah mana-mana pihak untuk bertindak samseng membaling telur dan batu ke arah pendengar ceramah Ummi dan Anwar. Mungkin!

Mungkin juga, penyokong PKR sengaja mengupah orang-orangnya membaling telur dan batu ke arah pendengar ceramah Anwar sendiri dan kemudiaannya menuduh Pemuda UMNO yang kononnya samseng dan bertanggungjawab dalam insiden tersebut. Siapa tahu, kan?

Jadi, pada saya, “tuan rumah”lah yang sepatutnya bertanggungjawab atas apa yang berlaku di dalam kawasan “jajahan”nya dan bukan “tetamu”. Apalah sangat yang “tetamu” tahu tentang “rumah orang”…kan?

Sumber: Klik sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!