Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, May 25, 2012

PEDASSS..!!! MAT SABU TERUS MAKI HAMUN POLIS, MEMANG ITU YANG "ISLAM" SURUH?

MUNGKIN tidak punya modal untuk terus memburuk-buruk dan menyerang anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang masih bertugas dan telah bersara, PAS menuduh anggota pihak berkuasa yang menyertai UMNO mempunyai rekod jenayah. 

Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu dalam kenyataan semalam menyatakan bahawa para anggota polis yang takut untuk menyertai PAS atau mana-mana parti dalam Pakatan Haram dianggap terlibat dalam jenayah, rasuah dan melindungi gangster.

“Saya yakin sangat, jika seseorang bekas polis tidak terlibat dengan jenayah, rasuah atau melindungi gangster, dia tidak akan takut menyertai PAS atau mana-mana parti di dalam PR,” katanya yang dipetik dari laman lidah rasmi parti itu, Harakahdaily.

Mungkin Mat Sabu belum puas hati lagi setelah menghina para anggota polis yang terkorban kerana mempertahankan tanahair di dalam insiden Bukit Kepong, Timbalan Presiden PAS itu meneruskan siri memperlekehkan anggota pihak berkuasa itu di negara ini.

Sebelum ini, Mat Sabu seolah-olah buta sejarah apabila menegaskan pendirian PAS bahawa para anggota polis Bukit Kepong dan yang berkhidmat di zaman British merupakan pengkhianat negara dan kononnya mereka yang bersabung nyawa itu melindungi penjajah.

Akibat dari kenyataannya yang memutar belitkan fakta dan menyokong tindakan komunis yang membunuh beribu-ribu anggota pihak keselamatan dan penduduk kampung di zaman tersebut, Mat Sabu dikecam oleh majoriti rakyat, khususnya waris mangsa tragedi Bukit Kepong.

Dan kini, nampaknya dia belum serik-serik lagi untuk mencetus kontroversi dan bermusuh dengan ratusan ribu anggota PDRM di seluruh negara dan di kalangan anggotanya yang telah berpencen.

Tidakkah dia sedar bahawa ramai di kalangan penyokong PAS sendiri terlibat dalam jenayah, salah laku moral, penyelewengan, rasuah, melindungi gangster dan pelbagai perlakuan negatif yang mengaibkan partinya?

Tidakkah Mat Sabu ingat tentang dirinya yang “mengorat” isteri rakan baiknya sendiri dan “meruntuhkan masjid” orang? Apa Mat Sabu lupa pada rakaman audio perbualan lucahnya dengan isteri rakannya sendiri? Mat Sabu mahu diulang dengarkah rakaman itu?

Apakah Mat Sabu fikir rakan-rakan Pakatan Haramnya itu suci bersih dari sebarang jenayah? Punca kes kematian mendiang Teoh Beng Hock masih lagi menjadi tanda tanya dan DAP dikaitkan dengan kes pembunuhan mendiang!

Lupakah Mat Sabu mengenai Ronnie Liu yang dikatakan “taiko besar” Lembah Klang yang melindungi pusat-pusat maksiat, rumah urut, pusat pelacuran dan sebagainya?

Apakah Mat Sabu lupa mengenai “bapa rasuah” yang kini menjawat jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen dan PAS mahu dia dijadikan Perdana Menteri pada tarikh “16 September”?

Dan bagaimana pula dengan skandal-skandal seks sama ada yang “di dalam” atau “diluar” tabi’i yang dikaitkan dengan Anwar, Azmin, ADUN Selinsing, Elizabeth Wong dan ramai lagi, termasuk Setiausaha Agung PAS sendiri, Mustapha Ali?

Itu belum lagi disebut mengenai fitnah-fitnah dan tohmahan yang  dilemparkan oleh PAS dan Pakatan Haram terhadap pihak kerajaan dan para anggota polis di negara ini!

Sebenarnya, PAS dan Pakatan Haram sendiri tidak suci, tapi mereka cuba mencemar nama baik pihak yang melindungi keselamatan rakyat dan negara.

Mat Sabu dan konco-konconya cuba menanam persepsi negatif dan prejudis terhadap anggota polis dan para pegawainya dengan menggelar pihak berkuasa itu sebagai “a*jing”, “b*bi” dan pelbagai lagi kata nista yang sama sekali tidak patut disebut oleh sebuah parti yang kononnya berteraskan Islam!

Tapi apabila rumah mereka dirompak, anak mereka dirogol, para demonstran menyerang pejabat dan premis kerajaan jajahan mereka, maka anggota polis yang dihina, dicaci, dimaki, dicarut dan dihamunkan itulah yang dirayu untuk melindungi mereka!

Tak malukah mereka bersikap begitu zalim dan tidak adil terhadap para anggota polis yang menjaga keamanan negara dan rakyat? Dan sejauh manakah rakyat “percaya” dan “terpengaruh” dengan persepsi yang ditabur Mat Sabu ini?

Rasanya kalau diberi pilihan, saya yakin majoriti rakyat semakin sedar dengan permainan keji Mat Sabu dan Pakatan Haram di negara ini. Dan Mat Sabu cukup sakit hati bila rakyat semakin sayang pada anggota PDRM..!!!

Sumber: Perak Today

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!