Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

  • Rakyat Diminta Jauhi DAP - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup melabelkan parti DAP sebagai 'raja putar belit' yang menggerunkan dan perlu dijauhi rakyat. Belia...
    28 minutes ago

Wednesday, May 23, 2012

PEDASSS..!!! KALAU PM TAK SEBUT PUN, MAZLAN ALIMAN LAYAK DIPANGGIL "HARAM JADAH"..!!!


TAK habis-habis Mazlan Aliman cuba mencari publisiti murahan.Tidak cukup dengan menghuru-harakan kehidupan para peneroka Felda sebelum ini, Mazlan Aliman yang juga merupakan AJK PAS Pusat itu terus mencari populariti dengan cara yang cukup keji.

Mazlan Aliman baru-baru ini dilaporkan akan menghantar notis tuntutan kepada Perdana Menteri untuk menarik balik dan meminta maaf, kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengeluarkan perkataan “haram jadah” dalam ucapan pemberian durian runtuh kepada peneroka 8 Mei lalu.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) itu menyatakan bahawa kononnya para peneroka merasa “sedih” dengan perkataan yang dikatakan terbit dari mulut Perdana Menteri itu.

Persoalannya, benarkah Datuk Seri Najib mengeluarkan perkataan itu dan ia dimaksudkan serta ditujukan kepada para peneroka Felda?

Mengapa Mazlan Aliman “terasa” sangat dengan perkataan “haram jadah” tersebut?

Seperkara lagi, logikkah jika difikirkan Perdana Menteri melontarkan perkataan maki hamun tersebut kepada hari gembira para peneroka Felda?

Hari mereka diumumkan pemberian runtuh, tapi mereka dihamburkan dengan perkataan “haram jadah”?

Masuk akal atau tidak?

Mungkin saya tidak berada di majlis berkenaan dan saya tidak dapat mengesahkan sama ada Datuk Seri Najib mengeluarkan perkataan itu atau tidak.

Namun, sama ada ia dikeluarkan atau tidak, apa masalahnya?

Bukankah Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat juga pernah mengeluarkan perkataan lebih teruk dari itu?

Malah, Nik Aziz pernah mengeluarkan kenyataan dan menuduh Allah dengan perkataan yang kurang enak dan menyifatkan Tuhan Sekalian Alam itu sebagai “Maha Samseng”, satu sifat yang keji!

Sekiranya Datuk Seri Najib mengeluarkan perkataan sebegitu, saya fikir, saya tahu kepada siapa yang beliau tujukan…

Sudah tentulah Mazlan Aliman dan konco-konconya yang cuba menghalang para peneroka dari mendapat “durian runtuh”! Malah sebelum ini, Mazlan Alimanlah yang menjadi “Abu Jahal Besar” dalam memburuk-burukkan pemberian “durian runtuh”.

Kata Mazlan Aliman, kononnya wang “durian runtuh” itu adalah bersumberkan dari duit milik peneroka sendiri yang dikembalikan kepada mereka.

Padahal, wang tersebut adalah wang imbuhan dari kerajaan yang diberikan kepada para peneroka kerana jasa mereka membangunkan Felda sejak lebih 56 tahu dahulu!

Senang-senang saja Mazlan Aliman lupa pada tohmahannya itu?

Tidakkah Mazlan Aliman ingat bagaimana dia menghasut beberapa orang peneroka untuk memfailkan injunksi kepada mahkamah sehingga menggagalkan penyertaan Koperasi Permodalan Felda (KPF) untuk terbabit dalam penyenaraian FGVH?

Padahal, majoriti peneroka dan ahli KPF sememangnya menyokong dan mengharapkan agar koperasi mereka disenaraikan bersama di dalam penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.

Tapi disebabkan Mazlan Aliman, impian mereka untuk mendapat keuntungan lebih di masa hadapan telah dimusnahkan begitu saja.

Wajarkah Mazlan Aliman yang sebenarnya bukanlah berstatus peneroka tapi berlaku zalim terhadap para peneroka yang sah?

Tidakkah Mazlan Aliman ingat bagaimana dia cuba memesongkan dan mempolitikkan isu Felda dan FGVH sehingga ramai yang keliru, ragu-ragu dan terpaksa pula Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad turun padang untuk menjelaskan kekalutan yang tidak sepatutnya berlaku itu?

Dan dengan onar, huru-hara, kekacauan dan hasutan jahat yang dilakukan oleh Mazlan Aliman yang berniat keji itu, apakah tidak wajar dia diberikan perkataan khas “haram jadah” oleh anak kepada Allahyarham Tun Abdul Razak itu?

Penat-penat arwah bapanya membangunkan Felda, mengubah nasib anak bangsa sehingga ada yang mampu memiliki kenderaan mewah Porshe Cayenne, rumah banglo dan rangkaian perniagaan di luar negeri, tiba-tiba Mazlan Aliman cuba datang mencurah tuba di Felda?

Jika sayalah di tempat Najib, bukan saja Mazlan Aliman akan dinyahkan dari Felda, malah saya akan berpakat dengan semua peneroka untuk menghambatkan keluar dalam keadaan yang hina!

Pada saya, manusia yang tidak bersyukur dan tidak tahu berterima kasih sewajarnya diajar begitu supaya dia tahu menghargai nilai sebuah kehidupan.

Islam sendiri mengajar umatnya untuk bersyukur, sekiranya hambaNya bersyukur, sudah tentu rezekinya bertambah.

Tapi nampaknya Nik Aziz gagal mengajar Mazlan Aliman begitu.

Padanlah semua orang PAS kurang-kurang ajar belaka. Semuanya tidak tahu bersyukur dan tidak mengenang budi terhadap kebaikan kerajaan.

Sumber: Perak Today

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!