Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, May 30, 2012

PEDASSS BERAPIII..!!! MAMPUKAH KIT SIANG COVER RAHSIA DAP YANG DIDEDAHKAN KARPAL INI..???!!!

SELAGI saya hidup, saya akan berjuang untuk melihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri. Saya tidak pasti sama ada hasrat untuk melihat bukan Melayu menjadi Perdana Menteri termakbul dalam era saya, namun saya tetap akan memperjuangkan impian ini,” – Karpal Singh, 24 Mei 2012.
Kata-kata diatas adalah apa yang terbit dari mulut Pengerusi DAP, iaitu pemimpin parti yang paling berhak dan boleh mengeluarkan kenyataan bagi sesebuah pertubuhan yang dipercayai direkod oleh wartawan Utusan Malaysia pada 24 Mei yang lalu.

Sepanjang pengalaman saya sebagai wartawan, tidak pernah sekali pun saya melihat rakan wartawan dari Utusan yang tidak merekodkan kenyataan pemimpin politik dengan perakam suara.

Maklumlah, orang politik memang suka bermain kata-kata dan kenyataan mereka wajib direkod sebagai bukti para wartawan berkenaan. Itu perkara biasa.

Namun, kerana kenyataan itulah juga, Penasihat Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang lebih rendah jawatannya menghubungi Karpal melalui telefon untuk mengetahui maksud kata-kata Pengerusi DAP yang disiarkan Utusan itu.

Dalam kata lain, Kit Siang mendapati bahawa ada yang tidak kena pada kenyataan yang dibuat oleh Karpal itu. Sebab itu dia menghubungi ketuanya itu untuk mendapat kepastian.

Tapi, tiba-tiba saja Kit Siang menyalahkan Utusan, kononnya akhbar itu tidak memahami dan tidak melaporkan perkara sebenar yang dinyatakan oleh Karpal.

Persoalannya, benarkah Utusan tersalah lapor tentang apa yang dinyatakan oleh Karpal kepada wartawannya itu? Apakah Utusan sengaja suka-suka mereka-reka cerita dan membuat berita palsu mengenai Karpal Singh?

Siapa yang berani memutar belit kata-kata Karpal Singh? Sedangkan semua wartawan tahu bahawa dia adalah seorang peguam yang suka menyaman mana-mana pihak yang cuba “memutar belit” kenyataannya.

Setahu saya, sekiranya mana-mana pihak yang salah lapor tentang kata-katanya, Karpal tidak akan teragak-agak untuk membuat kenyataan balas meminta pihak tersebut meminta maaf secara terbuka atau mereka baka berhadapan surat saman darinya. Itu perangai Karpal.

Persoalannya, kali ini bukan Karpal yang membantah. Kali ini, Kit Siang pula yang menyebok! Kerana apa? Kerana Kit Siang sedar bahawa kenyataan Karpal itu akan menimbulkan kontroversi yang merugikan DAP dan Pakatan Haram!

Lagipun, mungkin Kit Siang sedar bahawa Karpal telah “terlepas cakap” dan mendedahkan “rahsia dalaman parti” kepada umum! Dan mungkin kerana itulah maka Kit Siang terpaksa menyalahkan Utusan, kononnya akhbar itu tersalah lapor…

Meneliti kenyataan Karpal itu, apa yang saya faham bahawa perjuangan Karpal (DAP) ialah untuk memperjuangkan seorang individu bukan Melayu untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Itu perjuangan Pengerusi DAP itu.

Walaupun dia tidak pasti sama ada sempat atau tidak untuk melihat seorang Perdana Menteri dari kalangan seorang bukan Melayu, dia bertegas untuk terus memperjuangkan niat perjuangannya itu selagi hayatnya masih ada. Itu tekad Pengerusi DAP itu lagi.

Jadi, isu yang timbul dari kenyataan Karpal tersebut ialah mengenai perjuangan Perngerusi DAP yang mahukan seorang Perdana Menteri dari kalangan bukan Melayu. Itu faktanya dan saya fikir bahawa semua orang yang mahir bahasa Melayu bersetuju dengan kefahaman saya mengenai kenyataan Karpal itu.

Rasnya, Kit Siang tidak punya alasan konkrit untuk menyelamatkan keadaan memandangkan apa yang dinyatakan oleh Karpal itu dipercayai direkod oleh perakam suara milik wartawan Utusan yang melaporkan kenyataan tersebut.

Persoalan yang terakhir dari saya, siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haram berkuasa di negara ini?

Semua orang tahu bagaimana Anwar tergila-gilakan jawatan Perdana Menteri. DAP pula sudah menyatakan bahawa mereka mahu Perdana Menteri dari kalangan bukan Melayu (khabarnya Guan Eng!). Dan PAS hanya akan “mengangguk” dan “ikut saja” kehendak DAP dan PKR…

Siapakah antara mereka yang akan berjaya menjadi Perdana Menteri? Anwar atau Guan Eng? 

Pemimpin PAS? Maaflah, PAS terpaksa dikeluarkan dari senarai calon PM memandangkan mereka hanya “keldai” yang dipergunakan oleh DAP dan PKR…

Sumber: Perak Today

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!