Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, May 24, 2012

PEDASSS BERAPI..!!! SIAPA PEMIMPIN PAS YANG PALING BUTA CYBER WAR..???!!!

idris

Saya ketawa besar apabila membaca kenyataan “bekas” Ketua Penerangan PAS yag diturunkan pangkat, Idris Ahmad yang memperlekeh langkah UMNO yang bekerjasama dengan golongan veteran parti untuk menghadapi PRU ke-13 melalui media baru.

Dia memperlekehkan kebolehan ahli-ahli Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat dan veteran UMNO (Mubarak) yang dituduhnya sebagai “tidak celik IT” dan “out-dated”.

Selain itu, Idris juga menganggap UMNO “ditolak” oleh golongan muda serta tidak punya pilihan lain dan “terpaksa” meminta pertolongan dari “orang tua” yang hanya tahu mengenai perang politik secara konvensyenal.

Ketawa saya lebih besar apabila dia mengatakan bahawa Malaysiakini dan Malaysian Insider sebagai “blog” dan komen-komen askarnya di laman-laman web pro-Pakatan Haram itu “tidak terlawan” oleh para cybertroopers UMNO.

Siapa sebenarnya yang tidak celik IT? Apakah benar majoriti anak muda menolak UMNO dan menyokong PAS dan Pakatan Haram? Dan apakah benar Mubarak tidak tahu tentang corak peperangan di media baru?

Pada saya, kenyataan Idris Ahmad itu jelas membuktikan bahawa dia sendiri yang “buta kayu” mengenai media baru atau penggunaan IT sebagai medium peperarangan siber.

Malaysiakini dan Malaysian Insider dikatakan sebagai “blog”? Untuk pengetahuan Idris Ahmad yang “terlalu celik IT”, kedua-dua laman web itu dipanggil “PORTAL” dan bukannya “blog”!

 
Ketua Penerangan PAS yang diturunkan pangkat kerana kebodohannya…

Padanlah Idris Ahmad digugurkan dari jawatan Ketua Penerangan PAS! Beza antara blog dan portal pun dia tidak tahu. Memang sangat-sangat mengaibkan jika seorang Ketua Penerangan mana-mana parti sekali pun untuk tidak tahu membezakan antara dua laman berlainan sifat itu!

Idris Ahmad menzahirkan lagi kebodohannya mengenai perang siber apabila menyatakan bahawa komen-komen para penyokong pembangkang di Malaysiakini dan Malaysian Insider “tidak mampu dipatahkan” dan “tidak terjawab” oleh para cybertroopers pro-UMNO.

Tahukah dia bahawa Malaysiakini dan Malaysian Insider sememangnya terkenal dengan tindakan “memadam komen cybertroopers pro-UMNO” di laman-laman web pro-Pakatan Haram itu?

Bukan saja para cybertroopers, malah komen saya sendiri pernah berkali-kali dipadam oleh pihak admin kedua laman portal itu kerana mereka tidak dapat membalas fakta dan hujah yang diberikan di situ!

Sebaliknya, di portal myKMU.net, Idris Ahmad boleh melihat sendiri bagaimana puak-puak pembangkang seperti bujuk, C4, C5 dan lain-lain lagi dibuli serta dipermainkan saja oleh pemberi komen pro-UMNO, sama ada di ruangan ini mahupun di ruangan forum.

Jadi, tak malukah bagi seorang yang “buta” dan “tuli” seperti Idris Ahmad untuk memberi kenyataan tentang sesuatu yang dia sendiri tidak tahu atau faham?

Pada saya, pengetahuan Idris Ahmad tentang dunia siber sangat cetek, mentah, bodoh dan dia tidak layak sama sekali untuk mengulas mengenai peperangan siber.

Siapa kata Mubarak tidak tahu IT, berblog, berfacebook, bertwitter dan sebagainya?

Sepanjang saya berkecimpung dan bergaul bersama anggota Mubarak dan para veteran UMNO, mereka sangat kenal dengan portal Mykmu.net dan ada yang begitu aktif memberikan komen serta berhujah di laman ini.

Cuma, mereka juga bijak menyembunyikan identiti mereka dan lebih senang sebagai “anonymous”. Bukan apa, menurut mereka, mereka enggan nama dan identiti mereka menghentikan kerancakan perang politik siber.

Jangan terkejut jika saya katakan ada di antara ahli-ahli Mubarak dan veteran UMNO yang menjadi blogger “anonymous” tersohor di negara ini!

Sumber: Klik sini

2 comments:

Bingai @ Bangang said...

umur 53 tahun boleh dianggap veteran ke?
SPM grade 3 tahun 1977 boleh dianggap buta IT ke?
Cuma aku tak boleh dianggap blogger UMNO tersohor kerana aku ni Bingai @ Bangang. hehehe

bujangsenang said...

tuyuk kata orang sarawak

Bila Kak Su Bersuara... Heh!