Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, May 28, 2012

PEDASSS BERAPI..!!! KENAPA PAKATAN HARAM SUKA SANGAT BERSKANDAL SEKS..?


PENULIS sebenarnya benar-benar tidak faham dengan Pakatan haram pembangkang.  Sejak Anwar ‘berjaya’ meloloskan diri dari kecaman ahli-ahli partinya dengan taktik ‘looks like me but not me’, semakin galak pulak pemimpin Pakatan haram yang lain mengikut jejak yang sama.

Seronok melakukan perkara terkutuk tersebut tanpa ragu-ragu dan takut-takut seperti dulu.  Maklumlah, sudah ada precedent case yang boleh dijadikan rujukan untuk mengatakan bukan dia yang terlibat (walaupun terakam).

Dari parti Anwar sendiri ada (PKR), dari PAS ada, malah terbaru ini dikhabarkan, dari DAP pun ada juga.

Sebelum itu pun kita dah digemparkan dengan skandal ‘mengangkang’ Elizabeth Wong.  Itu pun lepas juga tapi tak guna taktik macam Anwarlah, nak guna macam mana, terang-terang muka dan ‘kemaluannya’ yang ditayangkan milik dia.

Manakala lelaki yang terlibat ditaja duduk di luar negara secara haram, pasport dan KTP (kartu tetap penduduk @ kad pengenalan), semuanya disediakan.  Macam itulah cara Pakatan haram mendiamkan perbuatan salahnya, ini pun masih ramai yang gila babi menyokong, betul tak faham.

Soalan penulis, kenapa semua ini boleh berlaku?  Apa sudah jadi dengan Pakatan haram sekarang?  Takkanlah tidak ada langsung sedikit pun rasa bersalah kerana terlibat dalam perilaku moral yang seumpama ini?

Yang penulis diberitahu, ramai yang terlibat ini (kecuali sorang), bukan muda-muda lagi, malah ada tu yang umurnya dah cecah 60-an pun masih ligat cari pelacur, terutama dari China (China doll).

Semua ini sebenarnya menanti masa untuk didedahkan.  Dedah sekarang pun terlalu awal, malah bagi peluang untuk yang terlibat mencari alasan menafikan, kalau tidak mendiamkan diri dari sebarang publisiti.  Kadang-kadang dia tampil juga, tapi walaupun batang tubuhnya ada disitu, mulutnya terkunci rapat. Takut-takut ada pulak soalan yang menjurus ke situ.


Penulis yakin, setelah masa yang dinantikan itu sampai, berbondong-bondonglah klip video yang berkenaan keluar.

Ini berbeza dengan pemimpin UMNO.  Setakat yang penulis dengarlah, tidak ada skandal seumpamanya itu berlaku.  Kalau ada pun membabitkan pemimpin dari Sabah, itu dah disebut adalah isterinya yang nombor dua.  Tak dikecoh-kecoh untuk mengelak perasaan yang pertama terganggu, walaupun khabarnya tahu.

Yang selalu dikaitkan dengan UMNO ini selalunya soal rasuah, walaupun tak berapa banyak kes rasuah membabitkan pemimpin UMNO dibuktikan di Mahkamah.  Kalau pun didapati bersalah di Mahkamah Tinggi, ramai yang bebas selepas perbicaraan di Mahkamah Rayuan dan Persekutuan.

Macamlah dalam Pakatan haram tidak berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa, tapi sebab baik punya cover, maka masalah itu tidak menjadi kudis kepada sesiapa.  Penulis yakin setelah kita merampas semula negeri-negeri itu, semua penyelewengan ini akan dibongkar.

Selebihnya, banyak dakwaan kepada pemimpin UMNO ini penulis lihat yang bersifat dakwaan air liur semata-mata.  Dia tunjuk apa yang nampak, yang tak nampak dia tak peduli nak ambil tahu pun, sedangkan resmi biasa dalam menghukum, semua fakta perlu diambil kira.  Tapi, itulah resmi Pakatan haram.

Sementara dia sendiri, banyak buat onar dalam bilik tidur.  Ada dengan pelacur, ada dengan jantan, ada juga dengan bini orang.  Bila ada bukti video, “oohh itu bukti besi, tak boleh dipakai”, tapi bab Altantunya, semua pun angguk-angguk dan percaya walau apa bukti pun takde.

Paling tidak, belanja wang hantar peguam pergi Perancis, ambil gambar depan mahkamah Perancis dan buat tuduhan kononnya ada kes rasuah dan pecah amanah.  Betul punya sengkek pemikiran yang semacam itu.  Kalau betul ada kes, mana sapinanya, mana pertuduhannya, mana pendakwaannya?

Kepada orang-orang ini penulis nak katakan, bawak-bawaklah bertaubat.  Kalau tak malu dengan manusia pun, malu dengan tuhan.  Dunia ni mungkinlah boleh lepas, tapi akhirat besok nak lari kemana?

Sumber: Klik sini

1 comment:

Anonymous said...

LGBT dan Islam liberal tidak lah sesempurna kebebasan binatang.

Kebebasan binatang adalah kesempurnaan tujuan LGBT. Gasak jer mana yang boleh. Kalau biar lama sikit ada yang gasak anak sendiri. Bab bagi isteri untuk orang balun dah ada...

Islam liberal pula nak halalkan belasah belakang, LGBT, arak dan lain lain.

Tu Zaid Jack Danial tak puashati tu...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!