Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, May 26, 2012

PEDASSS BERAPI..!!! 4 ORANG NI "SAMPAH"..KALAU PKR NAK...AMBIK LAAAHH..!!! HEH..!!!

aziz bari
Orang macam ni memang tak diperlukan UMNO pun...heh!
Selepas bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Fauzi Shaari, menyertai PAS baru-baru ini, PKR juga tidak mahu ketinggalan dalam hal tersebut apabila mengumumkan “empat orang tokoh profesional” menyertai parti mereka.

Presiden “puppet” PKR, Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan penyertaan “empat orang tokoh profesional” itu ke dalam PKR semalam, dan ia dilihat seolah-olah cuba menunjukkan bahawa lebih ramai golongan “profesional” memilih partinya itu.

Namun, apabila diumumkan nama-nama “tokoh-tokoh profesional” yang menyertai PKR itu, saya secara spontan berbisik di dalam hati…
“Kalau orang macam 4 ekor ni..tak masuk UMNO pun tak mengapa..Elok lah tu masuk PKR…PKR memang tempat simpan orang-orang macam tu pun…” kata hati saya yang kemudian dipersetujui oleh akal…

“Tokoh profesional” yang dimaksudkan oleh Kak Wan itu ialah Pengurus Kanan Am Jabatan Antarabangsa di Nam Fatt Corporation Berhad, Koh King Kee, Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khattab, bekas Pengarang The Malaysian Insider, Praba Ganesan dan Dr Abdul Aziz Bari, bekas pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Koh King Kee merupakan bekas tahanan ISA yang ditahan pada tahun 1974 kerana memperjuangkan “keadilan sosial”. Padanlah dia masuk PKR…

Orang yang mempunyai ideologi sosialis memang patut masuk PKR kerana  di dalam BN, ideologi sosialis sememangnya ditolak. Contoh individu yang memperjuangkan sosialis ialah Hisyamuddin Rais yang menyalak macam orang gila macam orang tak ada agama…

Abdul Hadi pula ialah bekas pegawai TUDM yang dikatakan terbabit dalam skandal penjualan enjin pesawat F5E di kem TUDM Sungai Besi. Padanlah…

Depan orang, takkanlah dia mahu mengaku bersalah menjual enjin pesawat milik TUDM itu. Macam Anwar juga, takkanlah dia mahu mengaku dirinya di dalam rakaman video skandal seks dengan China Doll itu pula, kan?

Jadi, Abdul Hadi dan Anwar memang “sekepala”lah, kan…

Praba? Apa yang mengejutkan tentang Praba? Sudah terang-terang dia adalah bekas pengarang Malaysian Insider. Malaysian Insider itu pro kepada siapa? Standardlah kalau dia masuk PKR. Tiada yang mengejutkan…
Dan Aziz Bari? Tak payah ulaslah tentang Aziz Bari. Rasanya satu Malaysia kenal dan tahu latar belakang Aziz Bari yang dipecat dari UIAM. Semua orang tahu dia memihak kepada siapa dan semua orang tahu dia banyak salah dan buruk berbanding benar dan betulnya.

Namun jika difikirkan, semua ke-empat-empat “tokoh profesional” itu mempunyai kes yang tersendiri dan semuanya boleh dikatakan tentang perkara negatif yang mereka lakukan dan tiada apa yang boleh dibanggakan dengan pencapaian mereka.

Lainlah kalau yang masuk PKR itu ialah tokoh-tokoh profesional seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari, Datuk SM Faizal Tan Sri SM Nasimuddin, Tan Sri Lim Kok Wing atau Tony Fernandez. Kalau mereka yang masuk PKR, mungkinlah PKR boleh mendabik dada sedikit…

Seperkara lagi, layakkah mereka-mereka yang menyertai PKR itu digelar sebagai “tokoh profesional”?

Pada pengamatan saya, mereka lebih sesuai untuk digelar sebagai “penyangak” dan “poyo” atas apa yang mereka lakukan selama ini. Tiada apa yang boleh dibanggakan tentang pencapaian mereka. Lagipun, mereka memang orang pembangkang pun…

Saya fikir, tidak perlulah saya menyebut tentang siapa dan berapa ramai golongan atau mereka yang benar-benar “TOKOH” dan “PROFESIONAL” yang menyertai UMNO atau BN kerana tidak terbilang ramainya.

Lagipun, sudah sekian lama para tokoh profesional ini menyokong dan ramai dikalangan mereka yang menjadi ahli UMNO seumur hidup. Kenapa mereka menyokong UMNO dan BN adalah kerana mereka bijak dan benar-benar punya akal untuk berfikir.

Hanya mereka yang dungu tetapi kosmetiknya “profesional” sahaja yang akan menyokong Pakatan Haram. Sebab itu UMNO dan BN tidak hairan dengan penyertaan ke-empat-empat “ekor” itu ke dalam PKR.

Lagipun, orang macam itu memang tidak ada tempat di dalam UMNO dan BN. Maaflah yer..!

Sumber: Klik sini

1 comment:

Anonymous said...

Memang teramatlah benar dan sangat diterima akal. Hanya mereka yang kecewa dalam hidup, gagal menjadi insan soleh sahaja yang terjun ke lubuk pembangkang. Dalam usaha nak mencari sandaran mengejar habuan duniawi. Sedar-sedarlah bagai dikatakan oleh Sasterawan tersohor negara A.Samad Said jangan hidup ini dibiarkan sia-sia sahaja. Lakukanlah perkara kebaikan dan kebajikan untuk bekalan hari muka. Jangan salah pilih jalan seperti insan yang berkata sedemikian itu sendiri..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!