Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, May 26, 2012

PEDASSS..!!! 50 TAHUN BERMUNAJAT..TAPI TAK MAKBUL PUN..!!! APA PUNCANYA..???

Mursyidul Am PAS semalam mengeluarkan “fatwa” terbarunya yang mewajibkan semua ahli PAS yang beragama Islam untuk menghadiri masjlis ijtimak dan munajat parti itu pada 1 Jun ini di Stadium Darulaman, Alor Setar.

Menurutnya, majlis berkenaan adalah untuk berdoa kepada Allah SWT sambil bermunajat dan bermubalahalah tentang kezaliman oleh “pihak tertentu” yang dikatakan menghalang perjuangan parti itu.

Saya percaya bahawa Nik Aziz maksudkan “pihak tertentu” itu sebagai UMNO kerana selama ini PAS sememangnya bermusuhan dengan parti yang menjadi tunjang pemerintahan dan kestabilan pentadbiran negara ini.

Kononnya, UMNO itu zalim terhadap PAS dan menghalang perjuangan “Islam” parti itu? Nampaknya semakin tua, semakin nyanyuk Nik Aziz ini…

Benarkah UMNO zalim terhadap PAS? Atau PAS yang menzalimi dirinya sendiri? Persoalan itu harus dikupas dan difikirkan oleh rakyat untuk membetulkan “kepala” Nik Aziz.

Dahulu, ketika PAS berdiri di atas kaki sendiri, perjuangan PAS agak dihormati. Cuma yang dimarahkan rakyat ketika itu ialah tindakan parti itu yang melacurkan nama Islam untuk memancing undi rakyat sedangkan perlakuan mereka tidak pun mencerminkan akhlak yang dianjurkan Islam…

PAS ketika itu hanya disokong kerana dasar perjuangannya sahaja dan bukan disokong atas dasar muamalah para pemimpin yang memimpin parti itu.

Namun PAS hari ini sudah “direformasi”kan oleh DAP dan Anwar Ibrahim. Hari ini PAS terpesong terus dari dasarnya dan yang paling mengecewakan ialah mengenai tindakan parti itu yang menukar perjuangan asalnya.

Kalau dulu PAS memperjuangkan penubuhan “kerajaan Islam”, kini PAS tunduk “kow tow” kepada DAP dan menukar perjuangannya kepada penubuhan “kerajaan kebajikan”. Pokoknya, DAP tidak dapat menerima perkataan “Islam” dan PKR bersetuju dengan DAP. PAS terpesong.

Kalau dulu PAS berjuang untuk melaksanakan hukum hakam Allah berdasarkan syariat Sunnah Wal Jamaah, kini PAS bertukar wajah dengan tidak lagi mengutamakan hukum Allah tersebut, termasuk hudud yang dilaungkan sebelum ini.

Sebut saja mengenai hudud, DAP akan melenting marah. PKR menyebelahi DAP dan PAS ekali lagi terkedu dan tunduk “kow tow” kepada kehendak kafir harbi dan agen Yahudi itu. Dan PAS terpesong lagi…

Jadi, siapakah yang menzalimi PAS kalau tidak para pemimpin parti itu sendiri? Siapa pemimpin tertinggi PAS yang mempunyai kuasa veto melebihi kuasa Presiden kalau bukan Nik Aziz? Jelaslah Nik Aziz yang menzalimi PAS dan dia berdoa untuk Allah membalas kezalimannya itu?

Seperkara yang perlu diingat oleh para penganut “agama PAS” bahawa parti politik yang mereka sertai itu sudah beribu-ribu kali berdoa, bermunajat dan berijtimak meminta kuasa politik dari Allah dan mengapa sampai sekarang permohonan itu tidak dimakbulkan Allah?

Malah, PAS telah ditakdirkan untuk “dilondeh” dan “dimalukan” dengan lebih dahsyat dari hari ke hari sejak mereka bersekutu dengan DAP dan PKR. Mengapa?

Jelaslah kerana doa para pemimpin PAS itu tidak mustajab meskipun ia dikatakan telah disertai oleh “para ulama muktabar PAS”. Setahu saya, antara sebab doa hambaNya tidak dimakbulkan Allah kerana mereka berdosa dan zalim terhadap diri mereka sendiri.

Pernahkah para pemimpin PAS dan penyokongnya berfikir tentang doa mereka yang tidak dimakbulkan sejak lebih 50 tahun mereka berdoa? Tidakkah mereka bermuhasabah dan melihat kepada kesilapan diri sendiri sebelum menuduh “pihak tertentu” sebagai zalim?

Pada saya, sekiranya PAS berjiwa zuhud, tawadhuk dan benar-benar beriman kepada Allah dan RasulNya, sudah tentu mereka akan sedar tentang kesilapan mereka itu dan kembali ke jalan Allah SWT.

PAS perlu ingat bahawa parti itu bukanlah Islam dan Islam itu bukanlah PAS. Tiada dakwa-dakwi lagi. - Kedahan69ers.com

4 comments:

Anonymous said...

berdoalah kamu pasti akan dimakbulkan....tetapi mengapa doa ditolak setelah sekian lama.....?
muhasabahlah diri sendiri.

Anonymous said...

Dah syaitan rakan subahat dia. Sama saja dengan orang yang menyembah berhala yang bernama Syaitan.

Oleh itu dia cuma menunggu apa yang di anugerah Syaitan.

Kalau lah N.ajis pernah baca Quran tentu dia tahu yang Syaitan sendiri mengaku Yang janjinya adalah tipuan belaka.

Tunggulah janji Syaitan yang tak kunjung Tina.

Allah bukan budak pejabat yang boleh di suruh suruh dan digula gulakan dengan doa! Tunggulah akibahnya nanti kerana memperbodohkan Allah.

Anonymous said...

macam mana doa' nak makbul kalau isi hati jahat.

hangkedee said...

Satu stadium bermunajat kepada mahadir mahafiraun.tenguk sendiri TUN M masih sihat.Berdoa agar DSNajib pecah perut,beginikah Iman seorang Islam yang mengakui bersaudara.cubit paha kiri pasti paha kanan tersasa.PAS bukan parti Isle .sebut betul betul ISLAM.celako...celako...celako.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!