Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, May 27, 2012

PEDAS DAN IKHLAS..!!! DARI RAKYAT KEDAH UNTUK RAKYAT JOHOR...!!!


Secara peribadi, saya tidak pernah memandang rendah terhadap Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dihalau dari Kelantan untuk pulang ke Johor, ke negeri asalnya. Ahli Parlimen Kubang Kerian itu memang mampu “menjual auta”nya di Johor.

Baru-baru ini Salahuddin menyatakan bahawa dia mendapat sambutan hangat dari ribuan penduduk Melayu Johor pada satu siri ceramahnya di sana. Dia menyatakan bahawa ia menunjukkan sikap Melayu Johor yang mahu PAS memerintah di negeri itu.

Lalu, Salahuddin menawarkan untuk melakukan “perubahan” di Johor sekiranya rakyatnya memberikan mandat kepada PAS untuk memerintah negeri paling selatan di Semenanjung tanahair tersebut.

Namun, apakah yang bentuk perubahan yang diperlukan oleh rakyat Johor di dalam pentadbiran negeri itu? Perubahan positif atau perubahan negatif? Transformasi atau reformasi?

Secara jujur, saya sebagai rakyat Kedah sangat terasa dengan “perubahan” yang PAS bawa di negeri di sebelah utara Semenanjung ini. Maksud saya, kami di Kedah mengalami situasi “perubahan negatif” dari kesan pentadbiran baru Kerajaan PAS Kedah.

Misalnya, kalau banjir melanda Kedah ketika pentadbiran BN, maka seluruh jentera kerajaan dan pemimpin akan berhempas pulas membantu sebaik mungkin rakyat Kedah yang terlibat sebagai mangsa banjir.

Malangnya, ketika banjir melanda Kedah ketika PAS memerintah, bukan saja Kerajaan PAS Kedah menghulurkan “bantuan terpilih” kepada segelintir orang-orang PAS sahaja, malah begitu ramai mangsa banjir Kedah yang terdiri dari orang UMNO, golongan atas pagar dan orang PAS sendiri yang tidak menerima sebarang bantuan.

Lebih teruk lagi, para pemimpin PAS bukan saja tidak turun padang mengambil tahu hal banjir, malah ada di kalangan mereka yang lari “keluar makan angin” ketika rakyat di kawasan mereka menghadapi bencana itu. Mahukah rakyat Johor menerima nasib yang sama nanti?

Bukan itu saja, dasar-dasar PAS juga dilihat tidak efektif di mana tahap pertumbuhan ekonomi Kedah jatuh merudum dan menakutkan para pelabur untuk melabur di Kedah.

Contohnya, Kedah yang dulu berbangga dengan kehebatan Kulim Hi-Tech Park, terpaksa “gigit jari” apabila melihat para pelabur membawa keluar pelaburan mereka dari negeri itu dan tiada pula pelaburan masuk di Kedah melainkan para pelabur yang di bawa masuk oleh MITI dan MIDA (Kerajaan Pusat).

Hakikatnya, PAS Kedah yang mentadbir ekonomi negeri hanya keluar “melancong” dan “melencong” di luar negara dengan menggunakan alasan “mencari pelabur asing”. Padahal, satu habuk pun tidak di bawa pulang untuk menjana ekonomi negeri itu. Johor mahu jadi begitu?

Saya difahamkan bahawa jalanraya di Johor diselenggara cantik oleh Kerajaan BN Johor. Kalau rakyat Johor mahu senasib dengan rakyat Kedah yang dicuri wang penyelengaraan jalan oleh Kerajaan PAS Kedah dan jalanraya berlubang di sana sini, maka bolehlah tukar kerajaan negeri kepada PAS.

Mungkin itulah yang dimaksudkan Salahuddin tentang “perubahan” di dalam ceramahnya itu. Setakat cakap saja, sudah tentu yang terbit adalah yang molek-molek belaka. Tapi secara realitinya, PAS telah membuktikan bahawa mereka tidak mampu mentadbir dengan baik.

Pada saya, sekiranya rakyat Johor mahu melihat PAS melingkupkan negeri itu sebagaimana yang berlaku di Kelantan dan Kedah, maka bolehlah beri peluang kepada Salahuddin dan konco-konconya di sana.

Justeru itu, saya berharap agar rakyat Johor tidak terpedaya dengan “mulut manis” PAS dan Salahuddin.

Kalau benar rakyat Johor mahukan perubahan, pilihlah perubahan “transformasi” yang mengubah sesuatu yang kurang baik atau kelemahan yang ada kepada sesuatu yang lebih baik dan memberikan faedah kepada seluruh rakyat.

Bukan apa, bukti jelas telah menunjukkan bahawa perubaha jenis “reformasi” hanya akan memburukkan dan menghuru-harakan kehidupan rakyat sahaja. Perubahan jenis itu hanya tahu bercakap dan memperlekeh saja, tapi mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka nak buat!

Maksus saya, untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat, rakyat Johor boleh mendengar “auta” mereka, tapi percaya jangan sekali-kali. Susah kalau nasib rakyat Johor jadi macam rakyat di Kedah. Serik memang serik, tapi Kedah hampir punah ranah dikerjakan PAS..! - Kedahan69ers.com

1 comment:

Ular Menyusur Akar said...

Ohhhh Tidaaaak, Salahuddin hanya dilamun dek mimpi.Salah dah tau kerja dia dan sampai kat hujung. Kena buat gempak.....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!