Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, May 30, 2012

PEDAS CILI APIII..!!! KALAU NAMA PUN PAKATAN HARAM, APATAH LAGI LOGONYA..!!!

pakatan haram logo

Logo-logo dan lambang-lambang parti gabungan pembangkang sekali lagi menjadi isu panas apabila Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar menyatakan bahawa Pakatan Haram tidak akan dibenarkan untuk menggunakan logo sendiri pada PRU ke-13.

Menurut beliau, penegasan itu dibuat memandangkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum meluluskan pendaftaran gabungan tersebut.

Justeru itu, SPR dijangka tidak akan membenarkan mana-mana parti pembangkang untuk menggantung atau memacak bendera parti yang tidak bertanding di DUN atau Parlimen yang tidak berkenaan pada PRU ke-13 nanti.

Ternyata kenyataan itu agak mengganggu emosi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, yang dihalau Nik Aziz dari Kubang Kerian kembali ke negeri asalnya, Johor.

Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily semalam, Salahuddin seolah-olah “merajuk” apabila mengharapkan agar rakyat kenal dengan lambang atau logo parti Pakatan Haram pada PRU ke-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Selain itu, Salahuddin turut merungut kononnya ROS tidak meluluskan permohonan pendaftaran Pakatan Haram dan menyalahkan pihak pendaftar itu selain menuduh pihak kerajaan BN menjadi dalang menghalang kelulusan permohonan tersebut.

Persoalannya, walaupun SPR menegaskan bahawa parti tidak bertanding tidak boleh menggantung atau memacak bendera mereka di DUN atau Parlimen yang dipertandingkan, apakah Pakatan Haram selama ini menghiraukan larangan tersebut?

Sebagaimana maklum, Pakatan Haram sememangnya terkenal dengan sifat mereka yang tidak mengikut undang-undang atau larangan yang dikenakan oleh SPR itu pada PRU atau PRK yang berlangsung sebelum-sebelum ini.

Itu memang perangai mereka sejak azali dan sangat sukar untuk diubah memandangkan mereka memang semulajadi tidak bertamadun begitu.

Mengenai pendaftaran Pakatan Haram sebagai parti gabungan pembangkang yang sah, isu tersebut telah pun dijelaskan oleh ROS pada 10 November tahun lalu melalui Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman.

Menurut Abdul Rahman, permohonan pertama yang dibuat oleh bekas pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim adalah terbatal secara automatik selepas beliau keluar PKR pada November, 2010.

Ini adalah memandangkan undang-undang daftar pertubuhan menetapkan bahawa mana-mana pemohon yang membuat permohonan tersebut keluar dari parti yang dipohon pendaftarannya itu, maka permohonan itu akan terbatal secara automatik.

Dari itu, sebagai mereka yang mengaku “bijak pandai”, “berpengalaman”, “mahir undang-undang” dan “profesional”, Pakatan Haram sepatutnya faham sangat dengan prosedur dan ketetapan tersebut.
Namun sejak itu, ROS tidak pernah pula mendapat sebarang permohonan baru dari pihak Pakatan Haram sehingga kini!

Maka jelaslah bahawa Pakatan Haram memang tidak serius untuk mendaftar gabungan parti mereka secara sah! Sebab itulah juga saya menggunakan nama “Pakatan Haram” bagi mewakili “perjanjian syaitan” antara DAP, PAS dan PKR!

Dan kini, ketika bahang PRU semakin terasa dan dikatakan Parlimen bakal dibubarkan tidak lama lagi oleh Datuk Seri Najib, mereka sekali lagi cuba menggunakan isu “logo” Pakatan Haram untuk menagih simpati rakyat dan memburuk-burukkan keadaan.

Itu adalah satu lagi perangai mazmumah di dalam Pakatan Haram yang diterapkan pada diri mereka sejak zaman berzaman. Saya sendiri pun tidak tahu sampai bila mereka akan terus hidup di dalam kegelapan itu.

Akhirnya, kalau dikatakan “haram”, memang perangai pun macam “haram” juga barangkali. Harap-harap mereka berubah dan insaflah selagi hayat dikandung nyawa. Jika Tunku Aziz boleh sedar sebelum terlewat, mengapa pula mereka tak boleh?

Sumber: Klik sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!