
Acapkali
Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Khalid Ibrahim, Nik Aziz dan lain-lain
pemimpin pembangkang gemar bermain kata mendakwa rakyat bersama mereka
dan orang muda sudah beralih arah menyokong pembangkang untuk
menumbangkan kerajaan Narisan Nasional (BN).
Itu biasalah, bab dakwa dakwi dan sebarkan propaganda membesarkan
diri sendiri dah sememangnya menjadi darah daging pembangkang sejak
sekian lama semata-mata untuk mengabui mata penyokong totok yang saban
hari disumbat dengan harapan palsu.
Zaman sekarang orang muda bukan lagi mudah terpedaya dengan
propaganda murahan yang menjanjikan langit dan bintang, dah makin ramai
yang cerdik dan bijak.
Dek kerana kebijaksanaan golongan muda itulah banyak program anjuran pembangkang gagal mendapat sambutan.
Misalnya
yang terbaru Konvensyen Belia Selangor 2012 anjuran kerajaan PKR
Selangor yang diadakan di Seksyen 7, Shah Alam sejak pagi sampai ke
petang jumlah peserta yang hadir boleh dikira dengan jari.
Menurut laporan Agendadaily & Sel13.com,
Anwar Ibrahim yang sepatutnya merasmikan konvesnyen tersebut pun tak
sanggup tayang batang hidungnya dek kerana malu dan takut menjadi bahan
gelak tawa di kemudian hari.
Mana tak malunya kalau sasaran kehadiran sekitar 30,000 orang belia
namun yang hadir hanya lebih kurang 100 orang sahaja tentu sahaja
menjadi bahan ketawa orang ramai.
Walaupun lokasi tersebut begitu dekat dengan Universiti Teknologi
Mara (UiTM) selain dikelilingi dengan rumah flet dan rumah teres yang
didiami ramai mahasiswa UiTM, namun sedikitpun tidak menguja dan menarik
perhatian mereka untuk memeriahkan majlis konsvensyen belia yang di
war-warkan oleh pembangkang sebagai lebih hebat dari Himpunan Jutaan
Belia di Putrajaya.

Malah
aura Anwar ibrahim yang selama ini digendang di palu kononnya dekat
dengan hati nurani pelajar IPT nyata hanya omong kosong, mana tidaknya
kalau dah majlis yang menampilkannya sebagai tukang rasmi pun tiada
orang nak datang raikannya.
Standard Ketua pembangkang patutnya paling cikai 5,000 orang
menghadiri majlisnya, kalau dah hanya 100 orang saja yang sanggup dengar
temberangnya, itu tandanya dah menopaus.
Jauh berbeza dengan Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan di
Putrajaya sejak 23 Mei lepas, sambutan yang diterima amat menggalakkan.
Ratusan ribu orang orang muda, remaja dan masyarakat datang
memeriahkannya.

Dalam
jangka waktu lima hari (23 – 27 Mei) dianggarkan lebih sejuta orang
berulang alik ke himpunan anjuran Kerajaan Pusat yang dikelolakan oleh
Kementerian Belia & Sukan, satu kejayaan terbesar yang pernah
dicapai berbanding hanya sekitar 500,000 orang sahaja semasa himpunan
Jutaan Belia 2011.
Malang bagi pembangkang kerana bukan sahaja gagal menandingi
kehebatan himpunan jutaan belia anjuran Kerajaan Pusat, malah kegagalan
program anjuran kerajaan negeri Selangor itu juga memberi satu petanda
jelas majoriti orang muda sekarang terbukti menolak polisi dan dasar
celaru yang diperjuangkan oleh pembangkang.
PRU ke 13 yang hanya tinggal beberapa bulan dari sekarang tentunya
akan menjadi satu mimpi ngeri untuk Anwar dan pakatan pembangkang yang
dipimpinnya. Orang muda dah tunjukkan signal penolakkan terhadap gaya
kepimpinan Anwar, jadinya tentu sahaja pilihanraya akan datang bakal
menjadi kubur besar untuk Anwar dan pembangkang.
Dulu-dulu bolehlah Anwar kelentong orang ramai dengan ucapan dan
janji bombastik, sekarang silap besarlah. Setakat mampu berjanji itu ini
tapi bila masuk bab praktikalnya asyik gagal saja, masuk angin keluar
asap sajalah jawabnya.
Sumber: Klik sini
No comments:
Post a Comment