Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, May 22, 2012

PANASSSS DARI KEDAH..!!! AZIZAN BALUN BALAK HABIS-HABISAN SEBELUM KALAH PRU13..!!!


PEDU – Meskipun kawasan Hutan Simpan Tasik Pedu merupakan sebuah kawasan eksklusif penyimpanan kehijaua alam semula jadi hutan hujan tropika negeri Kedah, ia tetap tidak selamat dari kerakusan Kerajaan PAS Negeri Kedah untuk menjana sumber pendapatan mereka.

Sementara mereka masih punya masa untuk “merompak” habis-habisan hasil balak dari kawasan larangan tersebut sebelum Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13), Kerajaan pimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak tidak melepaskan peluang untuk menggondolkan kehijauan alam semula jadi kebanggaan rakyat negeri Kedah itu.

Kawasan Hutan Simpan Tasik Pedu merupakan Kawasan Hutan Pemeliharaan Bernilai Tinggi di mana hutan hujan tropika itu begitu kaya dengan kayu balak berkualiti tinggi dan sangat mahal harganya di pasaran.

Kawasan itu juga merupakan kawasan tadahan air utama kepada hampir seluruh kawasan di negeri Kedah di mana sebarang pembangunan atau aktiviti di kawasan tersebut perlu dijalankan secara berhati-hati tanpa mencacatkan ekosistem di situ.


Malangnya, Kerajaan PAS Kedah yang gagal mendapat sebarang sumber kewangan dari pertumbuhan ekonomi di bawah pentadbirannya telah memilih jalan mudah untuk mendapatkan wang untuk mereka.

Meskipun mendabik dada dengan pulangan RM80 juta dari hasil balak pada tahun 2011, Kerajaan PAS masih gagal membawa sebarang penambahbaikan prasarana, kemudahan awam, keperluan rakyat mahupun kebajikan rakyat.

Dalam tinjauan kami di kawasan Hutan Simpan Tasik Pedu semalam, kegiatan pembalakan masih bergerak aktif meratah bumi Kedah tanpa simpati.


Kelihatan juga beberapa buah jentolak sedang asyik beroperasi dengan “senang hati”, sedangkan sewajarnya pembalakan di kawasan tersebut patut menggunakan khidmat helikopter yang lebih menjamin pemeliharaan kawasan hutan hijau berkenaan.

Peliknya, tanpa rasa bersalah dengan papan tanda yang bertulis “Kawasan Hutan Pemeliharaan Bernilai Tinggi” yang diletakkan di situ oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, kontraktor balak di situ jelas tidak sensitif tentang soal “pemeliharaan” tersebut.


Dikhuatiri, sekiranya PAS dan Pakatan Haram kekal mentadbir Kedah sepenggal lagi selepas PRU ke-13 nanti, berkemungkinan besar Hutan Simpan Tasik Pedu akan menjadi “padang jarak padang tekukur”, ditarah sehingga botak licin hingga ke akar umbinya.

Mungkinkah rakyat Kedah rela? - Kedahan69ers.com

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!