Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, May 6, 2012

PANASSSS..!!! ANWAR SIANG LELAKI SEJATI, MALAM PAKAI COLI..???!!!

Tu diaaaa..!!! Betul-betul LGBT...dan hanya Ambiga dan Anwar saja yang faham benda ni. Apa ke jadahnya "siang lelaki sejati, malam pakai coli"? Heh! Jangan tiru la wehhhh..!!! Hanya puak Anwar saja yang buat lagu ni...

“Di siang hari, dia lelaki sempurna dan melaksanakan semua tanggungjawab termasuk pergi bekerja kontrak, tetapi pada waktu malam kelakuannya berubah seperti wanita dengan bersolek tebal, memakai coli, pakaian pelangsing dan baju tidur perempuan.”

Demikian keluh wanita mahu dikenali sebagai Zaleha, 40, yang buntu dengan sikap pelik suaminya dan terpaksa membendung penderitaan itu sejak awal mereka mendirikan rumah tangga lebih 15 tahun lalu.

Menurutnya, setiap malam selepas mengubah perwatakan daripada lelaki kepada wanita, suaminya yang dikenali sebagai Mamat, 42, hanya berkurung dalam rumah bagi mengelak orang ramai melihat penampilan peliknya itu.

Zaleha berkata, perkahwinan dia dan Mamat dirancang keluarga dan dia tidak mengetahui tabiat aneh lelaki itu sehingga mereka berpindah dari rumah mentua ke kediaman sendiri di sebuah kawasan perumahan di sini, selepas dua bulan mendirikan rumah tangga.

“Saya berpakaian begitu kerana mengikut kehendak naluri. Saya tidak kisah apa tanggapan orang lain kerana lebih penting saya puas dengan apa yang saya lakukan,” kata Mamat, 42, ketika dihubungi, semalam.

Mamat mengaku dia menjalani kehidupan dua alam iaitu pada waktu siang menjadi lelaki sejati sebagai suami dan ayah kepada seorang anak remaja, namun berubah dengan memakai pakaian wanita di malam hari.

“Bagi saya, apa yang saya lakukan ini tidak salah kerana saya tidak mengganggu orang lain. Ini ketentuan Allah yang ditakdirkan kepada saya kerana sejak kecil, saya mempunyai naluri pelik ini dan keluarga saya juga tahu,” katanya.

Mamat berkata, dia berasa seronok apabila berpakaian seperti wanita, namun bantahan keluarga mengenai sikap peliknya itu menimbulkan tekanan kepadanya.

“Ketika bujang, saya mula mengumpul pakaian wanita dan memakainya di luar rumah. Keluarga saya tidak tahu perkara itu,” katanya.

Menurutnya, dia juga tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin, namun bersetuju dengan kehendak keluarga yang menjodohkannya dengan wanita pilihan mereka.

“Saya ingin menjadi diri sendiri dan saya percaya isteri dan anak sudah menerima keadaan saya ini. Oleh itu, saya tidak kisah mengenai pandangan serong jiran mahupun saudara-mara,” katanya. - Klik sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!