Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, May 16, 2012

PANASSS..!!! UNIT AMAL PAS TERIMA BUNGA DARI GAY LGBT..???!!!

DSC_0017 (2)

Saya agak terharu membaca laporan Harakahdaily yang menyiarkan tentang Unit Amal PAS yang menerima  sebakul bunga dari seorang tukang jahit berbangsa Cina yang sama-sama menyertai himpunan ‘ganas’ Bershit 3.0 hujung April lalu.

Wong Kow Kong, 58, dilaporkan menghantar sebakul bunga tersebut sebagai tanda “terima kasih” kerana menjaga keamanan peserta Bershit tempohari dan menafikan Unit Amal PAS itu bertindak ganas ketika himpunan itu berlangsung.

Katanya, dia sudah lama “memerhatikan” Unit Amal PAS itu dan menyatakan bahawa dia tidak akan menghantar bunga kepada mereka sekiranya “tentera” ciptaan PAS itu bertindak ganas.

Namun, benarkah dakwaan Kow Kong mengenai Unit Amal yang dikatakan menjaga keamanan himpunan Bershit 3.0?

Mari kita imbas kembali kepada kenyataan dari Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi seminggu sebelum Bershit 3.0 berlangsung. Dalam kenyataannya pada media, Nasrudin mendabik dada bahawa PAS memang “pakar berdemonstrasi”.

Namun “pakar demonstrasi” itu memohon pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk mengawal keamanan himpunan tersebut. Sedangkan, Nasrudin sedar tentang kewujudan Unit Amalnya yang selalu berlakon bagai “polis PAS” setiap kali berdemo.

Dalam pengalaman saya, saya sendiri melihat bagaimana persiapan sekumpulan Unit Amal PAS di lorong-lorong sekitar masjid India. Mereka memakai topi, memakai cermin mata hitam, berikat di kepala dan memakai topeng Bershit 3.0, seolah-olah tidak mahu dikenali.

Kemudian, beberapa gambar yang dirakamkan dan tersiar jelas menunjukkan bahawa Unit Amal PAS itu bertindak merempuh anggota polis yang membentuk barisan pemisah antara kawasan larangan dan kawasan mereka berhimpun.


Polis hanya membentuk barisan dan kekal menunggu dilokasi sebagaimana yang diarahkan. Namun Unit Amal PAS yang datang merempuh. Jika difikirkan secara rasional, pihak yang menyerang selalunya merempuh pihak yang bertahan, bukan?

Persoalannya, apakah serangan yang dilakukan oleh Unit Amal PAS ini boleh dikategorikan sebagai “menjaga keamanan perhimpunan” atau “mengganas”?

Mungkin Kow Kong yang menghantar bunga kepada Unit “Ganas” PAS itu “buta” mata dan hatinya apabila tidak dapat melihat dan menilai dengan baik tentang pasukan yang dikatakan terlatih oleh “pakar kawal demo”.

Satu persepsi nakal tiba-tiba muncul dalam fikiran saya mengenai identiti Kow Kong ini. Apakah Kow Kong ini selalu memperhatikan Unit Amal PAS? Setahu saya, kebanyakkan bangsa Cina yang menyertai Bershit 3.0 tempohari ialah dari golongan LGBT.

Ia dilihat dari aspek pemakaian mereka, “body language” dan subang di telinga mereka. Apakah Kow Kong cuba “memikat” Unit Amal PAS?

Selain itu, benarkah Kow Kong wujud? Dalam laporan Harakah, yang disiarkan hanyalah gambar bunga dan gambar Kow Kong langsung tidak ada.

Sedangkan selalunya, jika media menyiarkan kenyataan seseorang, selalunya media itu akan menyiarkan gambar individu yang mengeluarkan kenyataan itu. Ini adalah etika media bagi membuktikan individu mengeluarkan kenyataan itu benar-benar wujud.

Sekiranya Harakahdaily tidak menyiarkan gambar Kow Kong, tidak mustahil bahawa pihak Harakahdaily sendiri pergi membeli bunga tersebut, membawanya pulang dan menyerahkan bunga itu kepada Unit Amal mereka sendiri, bukan?

Sekiranya Kow Kong tidak wujud, maka jelaslah PAS cuba mengangkat martabat pasukan Unit “Ganas”nya itu sebagai pasukan “Al-Maunah” dan nampak sangat mereka hanya ‘syok sendiri” dengan memberi bunga kepada diri sendiri, bukan?

Sumber: Klik sini

1 comment:

cikgu det said...

Jangan jadi unit anal udah le...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!