Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, May 29, 2012

PANASSS..!!! SENAMAN TONGGENG PUN GANAS KE POK NIK..??? HEH..!!!

AGAK menarik menarik minat saya untuk mengulas mengenai kenyataan terbaru Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang “disegani” ramai dengan keberaniannya sebelum ini mengeluarkan “fatwa-fatwa” yang bertentangan sabda Rasulullah SAW dan Al-Quran.

Semalam, Nik Aziz menyatakan bahawa dia mempunyai banyak bukti untuk menyatakan bahawa UMNO sering mencetus suasana tegang yang mengheret kepada perlakuan ganas sehingga mencederakan anak-anak buahnya yang dipercayai telah diberi “tiket ke syurga”.

Mursyidul Am PAS itu turut memberikan contoh “senaman tonggeng” yang dilakukan oleh beberapa bekas anggota tentera di depan rumah Pengerusi Bershit, Ambiga Sreevenasan, dan menegaskan bahawa perlakuan itu dibuat oleh UMNO.

“PAS tidak pernah membuat kacau dan menimbulkan keganasan. Kenyataannya sudah terbalik, sebelum ini pun pelbagai keganasan berlaku.

“Siapa sebenarnya yang menimbulkan suasana panas dengan melakukan tindakan tidak bermoral di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga.

“Apa ni.. tindakan mengadakan senaman tonggeng itu bukan budaya orang Melayu. Kita orang yang beradab dan beretika… semua ini budaya liar yang dibawa Umno,” kata Nik Aziz yang dipetik dari laman web rasmi PAS yang kuat menipu, Harakahdaily.

Sebenarnya, saya tertanya-tanya tentang apa yang dikatakan oleh Nik Aziz itu sama ada ia dibuat ketika dia sedang dalam keadaan waras atau sebaliknya. Ini adalah kerana kenyataannya itu sangat bertentangan dengan realiti yang berlaku…

Katanya, PAS tidak pernah membuat kacau dan menimbulkan keganasan?

Baiklah. Kita berikan contoh terbaik yang menunjukkan bagaimana Unit Amal PAS merempuh sekatan pihak berkuasa ketika himpunan Bershit 3.0 di sekitar Dataran Merdeka baru-baru ini.
Unit Amal itu kumpulan dari parti DAP atau PKR? Dari PAS, bukan? 

Jadi, dimana benarnya kata-kata Nik Aziz yang menyatakan bahawa PAS tidak pernah buat kacau dan melakukan keganasan? Mursyidul Am PAS “kebal” dari dosa menipu, kah?

Saya tidak nafikan bahawa “senaman tonggeng” tempohari di depan rumah Ambiga agak kurang sopan untuk menonggeng di depan rumah sekutu Nik Aziz itu. Lagipun, kurang manis untuk seorang wanita yang dipercayai sudah “monopause” untuk melihat lelaki menonggeng walau dalam keadaa menutup aurat.

Namun saya percaya bahawa “senaman tonggeng” itu langsung tidak menjejaskan sedikit pun emosi Ambiga. Malah Malaysiakini sendiri melaporkan bahawa Ambiga menganggap “senaman tonggeng” itu seksi, namun tidak menjejaskan dirinya.

Lagipun, para pesara tentera itu bukanlah mewakili UMNO pun. Mereka hanyalah NGO yang tidak puas hati terhadap Ambiga yang menyusahkan rakyat (termasuk diri mereka sendiri) dengan menghuru-harakan Kuala Lumpur tempohari. UMNO tiada kena mengena pun…

Bagaimanapun, jika dibandingkan dengan cara provokasi dan budaya ganas yang ditunjukkan oleh puak-puak Pakatan Haram, khususnya puak-puak PAS yang “dikeldaikan” oleh pemimpin DAP dan PKR, siapa lebih banyak menimbulkan suasana tegang?

Contohnya, siapa yang sanggup tidur di atas jalanraya? Siapa yang panjat pagar? Siapa yang baling batu, topi keledar dan besi ke arah polis? Dan paling “tegang”, siapa yang serang kereta polis, terbalikkan kereta polis dan belasah polis hingga masuk ICU? UMNO jugak, kah?

Sebenarnya, saya tidak mengharapkan Nik Aziz untuk memuji UMNO. Namun, saya hanya mengharapkan agar Nik Aziz bercakap benar, bertindak dengan adil dan tidak mendahulukan politik melebihi Islam.

Bukankah Islam itu lebih utama dari politik? Rasulullah SAW dahulu tidak pernah berkempen atau berpolitik. Baginda SAW hanya berdakwah membawa perjuangan Islam. Dan dengan akhlak dan sikap benar, adil dan mendahulukan Islam maka Baginda SAW berjaya.

Rasanya, tidak salah jika Nik Aziz bertindak menyatukan umat Islam PAS dengan UMNO sebagaimana yang dilakukan Rasulullah SAW pada kaum Muhajirin dan Ansar. Cuma, bolehkah Nik Aziz contohi akhlak Rasulullah yang mendahulukan Islam berbanding kepentingan duniawi yang lain?

Sumber: Perak Today

1 comment:

Anonymous said...

mesti si tua ni akan ckp "yg belasah polis waktu bersih itu hari bkn org memang org pas tp umno yg ajar" tu standard jwpn dr si nyanyuk ni...dia mana ada salah, diakan maksum, dilahirkan tanpa cacat cela...makin dia ckp makin gila org yg dengar..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!