Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, May 10, 2012

PANASSS..!!! PEMIMPIN PAKATAN HARAM DI KUALA KEDAH DISERANG LAGI..!!! PENGOTORRRR...#SAVEKEDAH


KUALA KEDAH – Walaupun mengaku bahawa kebersihan adalah sebahagian dari amalan Islam yang menjadi pegangan Kerajaan PAS Negeri Kedah, keadaan Pasar Kuala Kedah yang kotor tidak terjaga dan dibiarkan tanpa penyelanggaraan begitu menyakitkan setiap mata yang memandang.

Namun bagi para penduduk di kawasan ini, mereka tidak punya pilihan lain untuk mendapatkan keperluan harian lain dan terpaksa menahan busuk untuk pergi ke pasar yang kian tidak terurus di Jalan Kuala Kedah itu.

Pasar Kuala Kedah dibina ketika di era pentadbiran bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Datuk Seri Syed Abdul Razak dan sehingga tahun 2008, pasar tersebut dijaga dengan baik, bersih dan teratur untuk kegunaan peniaga serta masyarakat setempat.

Namun rupa pasar yang menjadi tumpuan utama rakyat di sekitar kawasan Kuala Kedah itu bertukar rupa setelah negeri Kedah jatuh ke tangan PAS yang memenangi pilihanraya pada tahun 2008.
Sejak itu, para peniaga dan penduduk di kawasan berkenaan sering merungut dengan keadaan pasar yang semakin teruk dari hari ke hari.

Melihat keadaan itu, ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa pernah sekali melawat pasar itu dan mengakui tentang keadaannya yang semakin mendukacitakan.

Dia menyatakan bahawa pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) sedang dalam perancangan untuk memperbaiki pasar tersebut selain hanya mencadangkan agar diadakan program gotong royong di pasar tersebut.

Difahamkan oleh para peniaga di situ bahawa hanya sekali itulah Nasir melawat pasar tersebut dan tiada lagi lawatan selepas itu. Malah tiada pihak pun yang tampil memperbaiki atau menyelenggara pasar berkenaan atau mengadakan gotong royong di situ.

Berdasarkan aduan beberapa peniaga yang sempat ditemui, keadaan pasar tersebut semakin teruk di mana sumber bekalan air bersihnya hampir tidak berfungsi, bekalan elektrik yang tidak sempurna dan sampah sarap yang tidak diuruskan atau dipantau oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Sikap Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kassim turut dibidas oleh beberapa pengunjung pasar berkenaan di mana dia dikatakan tidak membuat sebarang kerja di kawasan yang diwakilinya.

Dia juga dikatakan lebih banyak menghabiskan masanya di Kuala Lumpur dari meninjau kawasan Parlimen Kuala Kedah dan tidak menjalankan tugas yang diamanahkan rakyat di situ.

“Kalau dia balik ke sini pun, dia balik untuk ceramah politik saja. Tak pun, dia akan balik sini kalau Anwar Ibrahim datang ke Kedah. Kalau tidak, memang dia takdak di kawasan,” kata seorang peniaga yang enggan dirakamkan gambarnya.

Desas-desus memperkatakan bahawa Ahmad Kassim enggan menjalankan tugas di kawasan ini disebabkan PAS Kedah yang dikatakan mahu mengambil alih kerusi Parlimen Kuala Kedah yang kini di bawah penguasaan PKR.
Pun begitu, ada juga desas desus yang menyatakan bahawa masalah Pasar Kuala Kedah itu sengaja dibiarkan berlarutan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Taulan Rasul, kerana mahu “membalas dendam” kepada pentadbiran Menteri Besar Kedah, Azizan Razak, yang “tidak mesra Exco”.

Apa yang dikesali oleh para penduduk setempat dan peniaga di sini ialah sikap permainan politik yang melibatkan Mohd Nasir, Ahmad Kassim, Taulan Rasul dan Azizan Razak telah menyebabkan mereka menjadi mangsa keadaan.

Kawasan Kuala Kedah terbiar dan tanggungjawab menjaga kesejahteraannya “dikuis-kuis” bagaikan bola di mana para pemimpin yang diberi kuasa pada PRU12 yang lalu saling tolak menolak antara satu sama lain.

Persoalannya, Pilihanraya Umum ke-13 menjelang tiba dan apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat Kuala Kedah akan terus terbiar tanpa pembelaan begitu? Siapa yang perlu dipertanggungjawab? - Kedahan69ers.com

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!