Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, May 25, 2012

PANASSS..!!! PAS BUBAR PARTI...PAS BARU AMBIL ALIH..??!!!

PAS BURUK



Baru-baru ini PAS begitu seronok menyiarkan berita-berita mengenai seorang bekas Pengarah Jabatan Siasatan Bukit Aman yang menyertai parti itu pada satu majlis ceramah yang berlangsung di negeri Perak.

Pelbagai kenyataan dan puji-pujian dibuat mengenai Datuk Fauzi Shaari yang menyertai PAS, yang menyatakan bahawa kononnya tujuan penyertaannya itu adalah untuk “memperjuangkan Islam mengikut lunas demokrasi yang dibenarkan”.

Malah laman lidah rasmi PAS, Harakahdaily, berlebih-lebih memuji Fauzi dengan menyatakan bahawa penyertaan individu seperti itu akan memberikan pengaruh positif yang meluas kepada parti tersebut.
Layaknya, penyertaan seorang Fauzi itu bagaikan PAS disertai oleh 1,000 orang UMNO ke dalam PAS pula…

Pada saya, penyertaan Fauzi ke dalam PAS adalah satu tindakan yang melambangkan semangat demokrasi sememangnya subur di negara ini. Dalam ertikata lain, setiap individu bebas untuk memilih parti politik masing-masing.

Namun, apa yang dipersoalkan ialah tujuan dan perjuangan setiap parti yang dipilih oleh setiap rakyat di negara ini. Bagi konteks bangsa Melayu, UMNO dan PAS dilihat parti politik Melayu yang dominan.

Persoalannya, apakah benar PAS memperjuangkan Islam mengikut lunas demokrasi yang dibenarkan?

Sedangkan rata-rata majoriti rakyat Melayu Muslim di negara ini melihat PAS kini sangat berbeza pejuangannya dengan PAS dulu. Situasinya kini bagai ada “PAS lama” dan “PAS baru”. Maknanya, ada perubahan dan perbezaan dalam perjuangan kedua jenis PAS itu.

Kenyataan “PAS baru” telah menyimpang dari tujuan dan perjuangan asal “PAS lama” bukanlah menjadi satu rahsia di kalangan umat Islam dan para pemerhati politik di negara ini. Bukan saja begitu, perkara tersebut turut diakui oleh Mufti Perak yang disegani, Tan Sri Harussani Zakaria.

Misalnya, undang-undang tubuh PAS sejak ditubuhkan adalah untuk memperjuangkan sebuah ‘Daulah Islamiyyah” (kerajaan Islam) dan melaksanakan hukum hakam Allah SWT yang berasaskan sumber sunnah wal jamaah (Al-Quran, Hadis, Qias dan Ijmaq).

Namun sejak bersekutu dengan “syaitan”, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dan melalui Presidennya, Abdul Hadi Awang, selamba sahaja menegaskan bahawa PAS kini memperjuangkan “kerajaan kebajikan” dan hukum hakam Islam, termasuk hudud, bukanlah lagi satu keutamaan mereka.

Itu baru satu contoh sahaja. Belum lagi disebut mengenai perlaksanaan atau muamalah pentadbiran PAS yang dihapuskan begitu saja di beberapa negeri jajahan Pakatan Haram seperti yang berlaku di Selangor, Perak (hampir setahun), Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang.

Malah, mana-mana pemimpin PAS yang cuba melaksanakan perjuangan dan dasar PAS di dalam kerajaan negeri Pakatan Haram, pasti akan menerima bantahan, disingkir dan dipecat begitu saja oleh parti “isle” tersebut.

Namun, bila ditegur mengenai pemesongan perjuangan PAS itu, maka para pemimpin PAS itu akan menuduh individu yang memberi teguran ikhlas itu sebagai “agen UMNO”, “barua UMNO”, “anjing UMNO” dan pelbagai carutan lagi. Apakah itu cara orang Islam menerima teguran?

Nik Aziz pula cuba menyatakan bahawa “kerajaan kebajikan” itu sebahagian dari agenda “kerajaan Islam” yang diperjuangkan PAS. Padahal, selepas dia berkata begitu, teruk juga dia diherdik dan dihentam oleh DAP! Tapi Nik Aziz tetap “tebal muka” dan tetap “menyondol” Karpal…

Jika nak dikatakan konsep “kerajaan kebajikan”, UMNO dan BN sejak dari merdeka lagi sudah melaksanakan dasar tersebut. Contohnya, kebajikan itu diberikan melalui PTPTN dan Felda. Tapi, Pakatan Haram cuba pula putar belitkan dan cuba hapuskan pula kebajikan itu. Patutkah begitu?

Sebenarnya, saya sedih dengan apa yang menimpa PAS sekarang. Tapi, nak buat macamana? Bila ditegur secara membina, kita dikatakan berniat jahat dan “anjing” Sedangkan Harussani yang menegur pun digelar sebagai “anjing” di dalam khutbah, apatah lagi kita…

Harap kawan-kawan dalam PAS yang faham tentang apa yang cuba disampaikan ini supaya berusaha melakukan transformasi untuk mengembalikan PAS kepada perjuangan asalnya. Tak payahlah jadi “keldai” kafir harbi dan agen Yahudi lagi. Mereka hanya mahu “kuda”kan PAS sahaja…insaflah.

Sumber: Klik sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!