Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, May 30, 2012

PANASSS..!!! PAS BAKAL TUMBANG DI BALING..!!!



Best betoi kalau buat kerja ada partner ni. Makin lama, makin ganas! Heh! Semalam, aku dan rakan Kedahan69ers.com dan beberapa rakan blogger Kedah baru balik dari Baling. Perghhh..!!! Macam-macam isu brooo..!!!

Kedahan69ers.com dah main isu ni semalam. Selama ni, bila kami keluarkan isu ni, ramai yang ingat kami serkap jarang, dapat maklumat tak betul dan tak buat homework. Nah! Ambik nihhh..!!!

Hangpa tak percaya, hangpa pegi turun ke Kampung Iboi atau Kampung Bokbak. Kalau nak best lagi, pi jumpa abang-abang dan pakcik-pakcik kat area tu...heh!

Paling best...penyokong PAS yang pacak bendera PAS depan rumah pun marah pasal kes bekalan air depa yang dicemar oleh aktiviti pembalakan "Azizan Timber & Trading" tu..! Muahahahaa...!!!

Kesian! Orang PAS pun rakyat, Orang UMNO pun rakyat. Tapi depa semua dizalimi dan dianiaya oleh ADUN PAS Kupang, Cikgu Jo dan PAS Kedah..!!! Heh! Naya woooo..!!!

BALING – Para penduduk kampung di sekitar kawasan Hutan Simpan Gunung Inas meradang terhadap kegiatan balak yang tidak dipantau sewajarnya sehingga mencemarkan sumber bekalan air bersih untuk kegunaan harian mereka di sini.

Malah mereka mencabar agar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, dan Exco Kerajaan PAS Negeri untuk turun padang melihat sendiri penderitaan rakyat di situ hasil pemerintahan “Kedah Sejahtera”nya.

Menurut mereka, sumber air yang digunakan untuk memasak, minuman, membasuh pakaian dan lain-lain kegiatan harian mula tercemar sejak aktiviti pembalakan dilakukan di kawasan tersebut pada tahun lalu.

Salah seorang wakil penduduk Kampung Iboi, Abdul Razak Che Ahmad, 51, air sungai di Lata Chelak yang menjadi sumber utama bekalan air di lima buah kampung di situ bertukar keruh dan tiada sebarang usaha dari pihak Kerajaan PAS Negeri Kedah untuk mengatasi masalah tersebut.

“Kami dah buat aduan dah.. ada buat melalui JKKP, MKK, suruh ambil tindakan la..sebab saluran tu ada kat depa…

“Kami ada bawak pi kat JKKP..JKKP bawak pi kat wakil rakyat kami..wakil rakyat kami dah bawak ke atas tanya depa..tapi wakil rakyat depa kata ‘takpa lah..takpa lahh..takpa lahh”..

“Tapi ni dia la rakyat dok makan..bukan ahli-ahli UMNO ja yang dok makan air ni..orang-orang PAS un dok makan air ni..dengan wakil-wakil rakyat PAS pun dok makan air nih.. Tapi takpa la dia ada SADA..depa boleh hantar air pi kat dia..kami ni..?!” ujarnya dalam nada yang marah dan kesal terhadap Kerajaan PAS Negeri Kedah.

Menurut Harun Jusoh, 51, atau lebih dikenali sebagai Pak Teh di kalangan penduduk di situ, selain menjadi sumber bekalan air bersih, Lata Chelak juga merupakan sebuah lokasi pelancongan utama di daerah Baling.

Namun setelah airnya bertukar menjadi keruh, tiada seorang pelancong pun yang datang di situ untuk tujuan berkelah atau rekreasi sehingga menjejaskan peluang ekonomi dan menghilangkan tarikan pelancongan di kawasan air terjun itu.

Wakil kaum ibu, Hamidah Md Nor, 36, dari Kampung Bokbak turut menyatakan rasa kesalnya apabila pakaian yang dibasuh menggunakan air yang bersumber dari Lata Chelak itu bertukar menjadi perang dan kekuning-kuningan ekoran airnya yang keruh berbanding dahulu.

“Susah la kami kalau nak basuh pakaian…terutama pakaian sekolah anak-anak la.. yang putih tu akan jadi warna perang-perang la, tak elok untuk pergi sekolah.

“Memang kami rasa kecewalah kerana perkara ni dah berlaku dari tahun lepas lagi… Nak suruh depa (Exco Kerajaan PAS Kedah) mai sendiri lah.. mai tengok..”, katanya di sini hari ini.

Menurut Abdul Rani Salleh, 56, atau nama panggilannya Pak Tam, air di rumahnya bertukar menjadi merah, berkarat dan menyebabkan keladak air kotor berkumpul di takungan air simpanan air di rumahnya.

“Air di rumah kami ni dah jadi merah dah..berkarat! Kalau boleh ni kami nak depan hentikan aktiviti balak tu segera..serta mertalah..sebab ia mencemar sumber air bersih yang disalurkan ke rumah kami”, katanya ketika ditemui di Lata Chelak hari ini.

Sehubungan itu, para penduduk Kampung Iboi, Kampung Bukit Iboi, Kampung Masjid Iboi, Kampung Bokbak dan Kampung Padang Hang menggesa agar pihak Kerajaan PAS Negeri Kedah untuk datang ke situ bagi melihat sendiri kesengsaraan rakyat.

Menurut mereka, tiada gunanya mencanang slogan “Kedah Sejahtera” di seluruh negara sedangkan keadaan rakyat terbukti sengsara dan tidak dipedulikan begitu saja oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah. 

1 comment:

Anonymous said...

alaaa...baru 4 taun ayaq kotoq bekeladak. Nu org kelantan dah lebih 20 taun, takpa pun. Tak mampuih pun, tiap kali PRU dok pangkah Pas sedia. Takpa aaiih...pangkah la lagi kali ni no.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!