Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, May 7, 2012

PANASSS..!!! PAKATAN HARAM DISARAN BUAT PERSIAPAN AWAL UNTUK TERIMA KEKALAHAN..!!!

SEORANG Adun PAS yang mewakil DUN Titi Serong, Khalil Idham Lim, nampaknya sudah mula gentar dengan kebangkitan rakyat yang kembali menyokong Barisan Nasional setelah mereka ditipu ‘hidup-hidup’ oleh Pakatan Haram selama sepenggal.

Dalam kenyataannya, Khalil Idham meminta agar BN bersedia lebih awal untuk kalah teruk pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Sebenarnya, saya tertanya-tanya sama ada Khalil Idham ini berpijak pada bumi yang nyata atau masih lagi terbuai di alam mimpi yang berlaku pada PRU ke-12 yang lalu.

Memang benar pada PRU ke-12 yang lalu merupakan antara kekalahan terburuk BN di dalam sejarah pilihanraya umum di Malaysia di mana pihak kerajaan telah kehilangan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan PAS berjaya mempertahankan Kelantan. BN juga hilang Wilayah Persekutuan.
Namun, perlukah saya ulangi sebab-sebab “tsunami politik” yang melanda BN pada tahun 2008 itu?

Setahu saya, pelbagai analisis telah dibuat dan pelbagai kajian juga telah dijalankan oleh ramai pihak 
untuk mengetahui faktor-faktor utama kekalahan BN di lima buah negeri dan satu wilayah tersebut.

Ingin saya mengingatkan Khalil Idham sejelas-jelasnya bahawa faktor utama kekalahan BN itu ialah kerana kepimpinan UMNO yang agak lemah ketika itu.

Dan yang paling penting, Khalil Idham perlu tahu bahawa UMNO dilanda kekalahan itu BUKAN KERANA PEMBANGKANG KUAT!

Sebenarnya, para pemimpin pembangkang sendiri terkejut mereka boleh menang di beberapa buah negeri kerana mereka tahu kekuatan mereka di negeri masing-masing.

Contohnya di Kedah, Azizan Razak tengah bergolek baring-baring dan tidur-tidur ayam di rumahnya  apabila Kedah berjaya dijajah PAS.

Dalam keadaan “mamai”, dia diberitahu bahawa PAS berjaya merampas Kedah dari BN dan dia sangat terkejut mengelabah!

Hakikatnya, ramai pemimpin pembangkang ini tahu bahawa mereka menang kerana kepimpinan UMNO yang ketika itu lemah, protes dari penyokong UMNO sendiri dan ramai penyokong BN yang enggan keluar atau pulang mengundi kerana kecewa dengan “sebuah keluarga”.

Namun kini setelah 4 tahun berlalu, situasi itu telah jelas berbeza. Seorang “hero” telah muncul dan “keluarga itu” pun sudah tidak lagi membebankan reputasi UMNO. UMNO kini semakin kuat dan semakin diterima masyarakat ‘atas pagar’.

Lebih parah lagi bagi Pakatan Haram, bangsa Cina dan India yang dahulu yakin dengan pembangkang telah kembali menukar haluan dan menyokong BN setelah mereka serik ditipu sepenggal di bawah pentadbiran Pakatan Haram yang kuat menipu mereka.

Misalnya, kaum India ditipu Anwar di Pulau Pinang. Walaupun Anwar bersumpah di atas kepala seorang India di sana, sumpah tersebut tidak pun ditunaikan sehingga sekarang. Nantikanlah pembalasan “sumpah tidak tertunai” dari kaum India.

Begitu juga dengan kaum Cina di Kedah yang hampir kini hampir bankrap dikerjakan Kerajaan PAS Kedah.

Menurut mereka, kalau dibiarkan sepenggal lagi PAS memerintah, bukan saja bankrap, mungkin lebih ramai lagi yang akan “mati kebuluran” akibat “business tak jalan”!

Manifesto PRU ke-12 juga masih gagal ditunaikan oleh semua Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Haram. Sama ada di Negeri Selangor yang menuju ke arah muflis dan defisit teruk, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan masih gagal menunaikan janji-janji mereka.

Yang bernasib baik hanyalah rakyat Perak yang berjaya diselamatkan setelah Kerajaan Nizar “Puppet Nga & Ngeh” telah ditumbangkan dari sudut perlembagaan.

Saya tahu Nizar, Nga, Ngeh dan Sivakumar tak puas hati dengan cara peralihan kuasa di Perak, namun ketahuilah bahawa majoriti rakyat Perak sangat bersyukur nasib mereka tidak seburuk rakyat Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan yang semakin tertekan ditipu Pakatan Haram!

Justeru itu, saya ingin berpesan kepada Khalil Idham dan seluruh pemimpin Pakatan Haram MEMBUAT PERSIAPAN LEBIH AWAL  UNTUK MENERIMA KEKALAHAN TERUK YANG SEMEMANGNYA AKAN DIALAMI OLEH MEREKA pada PRU ke-13 nanti.

Janganlah berkecil hati. Rakyat sudah beri peluang memerintah selama sepenggal dan Pakatan Haram mensia-siakan peluang itu dengan menipu rakyat sendiri.

Jadi, bersedialah untuk menjadi pembangkang kembali di beberapa buah negeri. Cuba lagi di lain hari…

Sumber: Perak Today

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!