Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, May 5, 2012

PANASSS..!!! MAT SABUN "NORMAH" NAK RASA MAKAN COTA ISMAIL OMAR..???!!!

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau Abang Mat “2 Normah” sesuka hati menyatakan bahawa rakyat kian marah pada polis apabila pihak berkuasa itu sering membuat kenyataan mengenai himpunan Bershit 3.0.

Menurutnya, tindakan PDRM membuat kenyataan tersebut adalah bertujuan untuk sebagai “damage control”, kononnya anggota polis telah secara tidak wajar bertindak ganas terhadap peserta himpunan “beruk-beruk” tersebut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini secara terbuka memohon maaf kepada jurugambar The Malay Mail yang dikasari anggotanya ketika bertugas menghalang “beruk-beruk”di himpunan Bershit.

Persoalan dari kenyataan Mat Sabu itu, apakah benar rakyat kian marah kepada PDRM atau kepada puak-puak Bershit dan Pakatan Haram? Siapa sebenarnya sekarang yang bertungkus lumus siang dan malam sehingga belengas ketiak membuat “damage control”?

Dan apakah permohonan maaf KPN kepada jurugambar The Malay Mail itu dilihat sebagai sesuatu yang mengundang dosa bagi para penganut “agama” PAS dan Pakatan Haram di seluruh negara?

Sebenarnya, hanya puak-puak Bershit sahaja yang kian marah kepada PDRM kerana “membelasah” mereka dan anak-anak pondan mereka yang kurang ajar ketika merusuh di himpunan tersebut.

Memandangkan kesakitan akibat dibelasah anggota pasukan polis hutan yang mengejar mereka tempohari masih lagi belum hilang, maka sama juga dengan perasaan mereka apabila mendengar kenyataan “pedas” dari pihak berkuasa tersebut.

Seperkara lagi, mereka marah dan tersinggung apabila KPN hanya minta maaf pada jurugambar The Malay Mail itu sahaja dan tidak pada mereka. Mereka cemburu sebenarnya dan meminta diberi perhatian, mereka juga mahu popular seperti jurugambar itu.

Ya, benar. Penyokong Bershit juga rakyat. Tapi mereka tidaklah seramai rakyat yang menyokong tindakan polis membelasah puak-puak pelampau pimpinan Mat Sabu itu. Rakyat yang memuji dan menyokong tindakan PDRM itu dipercayai lebih ramai sebenarnya!

Hakikatnya, tindakan pasukan anti-rusuhan pada himpunan Bershit itu telah menyebabkan majoriti rakyat kian bertambah yakin dengan kreadibiliti dan kebolehan pihak PDRM mengendalikan huru-hara yang cuba dicetuskan di negara ini.

Dengan “demo”contoh dari pasukan PDRM itu, rakyat negara ini tidak lagi risau dengan keadaan Malaysia yang cuba dihuru-harakan oleh “beruk-beruk” Yahudi tersebut. Ia juga meyakinkan rakyat bahawa Malaysia tidak akan senasid dengan Mesir, Yaman dan “teori domino” yang melanda di rantau tersebut.

Perkara yang cuba diputar alam oleh Mat Sabu ialah mengenai pihak yang sedang melakukan “damage control”. Menurut sumber dalaman Bershit sendiri, mereka benar-benar marah dengan puak-puak Pakatan Haram yang gagal mengawal orang-orang mereka pada 28 April lalu.

Perkara ini sebenarnya pernah berlaku pada Bershit 2.0 apabila Ambiga bengang terhadap Anwar yang dikatakan penyebab utama keganasan tercetus sehingga ada yang menyerang pihak berkuasa, sekaligus pihak penganjur himpunan itu dipersalah rakyat.

Dan kali ini ia berlaku sekali lagi. Puak-puak Pakatan Haram gagal mengawal emosi penyokong mereka sehingga menceroboh ke kawasan larangan, menyerang polis dan menyebabkan Ambiga terpaksa mengarahkan himpunan itu bersurai sepenuhnya.

Namun memandangkan para penyokong Pakatan Haram degil, mereka terus merusuh dan menyebabkan ada di antara mereka “dijamu” dengan cota, buku lima, penendang dan sebagainya kerana melakukan provokasi serta serangan fizikal terhadap pihak polis.

Melihat kepada kesilapan puak-puak yang mengotorkan Bershit itu, maka pihak penganjur dan Pakatan Haram terpaksa bersengkang mata dan memerah otak setiap masa di sepanjang hari memikirkan cara terbaik membuat “damage control”.

Mereka sedar bahawa majoroti rakyat menyebelahi pihak PDRM kali ini dan semakin marah, geram, bengang, benci, menyampah dan meluat kepada Bershit dan Pakatan Haram secara keseluruhannya. Jelaslah Pakatan Haram yang sedang berhempas pulas membuat “damage control”, bukan PDRM!

Apa masalahnya KPN memohon maaf kepada jurugambar media di mata Mat Sabu? Ketika huru-hara, macam-macam kesilapan boleh berlaku dan tidak mustahil ada di kalangan “beruk”Bershit atau Pakatan Haram yang berlakon sebagai media.

Anggota PDRM juga manusia yang kadangkala melakukan kesilapan dan saya berharap jurugambar terbabit sudi memaafkan kesilapan anggota polis yang bertugas itu. Maklumlah, dalam keadaan tegang, mungkin pelbagai perkara buruk boleh berlaku. Di dalam keadaan perang, kadangkala press juga turut terkena peluru sesat, bukan?

Tapi, sekurang-kurangnya KPN sudi dan sanggup meminta maaf pada jurugambar itu. Berbanding dengan puak-puak Bershit dan Pakatan Haram yang membelasah anggota polis hingga dimasukkan ke ICU, cedera parah, pecah kepala, merosakkan kenderaan polis dan menzalimi hujung minggu rakyat, adakah Mat Sabu terfikir untuk meminta maaf?

Mujurlah anggota polis tak nampak kelibat Mat Sabu merusuh atau melakukan provokasi pada 28 April itu. Kalau tidak, suka saya untuk merakamkan gambar “abang tersayang kepada Normah-Normah” ini diganyang dengan cota dan belantan! Baru tepat dan padan…

Sumber: Kedahan69ers.com

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!