Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, May 17, 2012

PANASSS..!!! MAT SABU SENTAP BILA "AWEK"NYA MENOLAK...???!!!

PENGUMUMAN yang dibuat oleh Jawatankuasa Bershit yang menyatakan bahawa pihak mereka tidak akan menganjurkan himpunan Bershit 4.0 dijangka telah memberikan satu tamparan hebat kepada PAS, khususnya kepada Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat dan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu.

Jawatankuasa berkenaan melalui Pengerusi Bersamanya, A Samad Said menjelaskan bahawa himpunan Bershit 4.0  tiada di dalam kalender perancangan mereka dan hanya mahukan dua perkara dilaksana pada pilihanraya umum (PRU) nanti.

Dua perkara tersebut ialah memastikan rakyat yang layak mengundi keluar menunaikan tanggungjawab mengundi dan sama-sama memantau sekiranya terdapat sebarang bentuk penipuan ketika mengundi. Itu saja?

Beberapa hari sebelum Jawatankuasa Bershit mengeluarkan kenyataan tersebut, Nik Aziz dan Mat Sabu mendabik dada memberitahu bahawa mereka akan menganjurkan himpunan Bershit 4.0 dengan mensasarkan penyertaan seramai sejuta orang.

Apa cerita sekarang Mat Sabu? Beriya-iya benar mahu menganjurkan Bershit 4.0 sehingga ‘terlebih sudu dari kuah’?

Kenyataan dari penganjur sebenar Bershit itu jelas menunjukkan bahawa mereka kurang senang dengan PAS dan parti pembangkang lain yang dilihat seolah-olah cuba mengambil alih peranan dan tujuan mereka berdemo.

Sebelum ini, timbul desas-desus yang menyatakan tentang rungutan Ambiga dan rakan-rakannya yang kecewa dan marah terhadap PAS, PKR dan DAP yang ‘melebih-lebih’ ketika menyertai jawatankuasa itu ketika berhimpun.

Menurut sumber terdekat, sebelum mengadakan perhimpunan, Bershit telah menggariskan sebuah himpunan yang aman dan tidak ada sebarang provokasi serta patuh kepada garis panduan yang ditetapkan undang-undang.

Namun kehadiran penyokong-penyokong Pakatan Haram yang melakukan provokasi melampau, mengganas dan menyerang pihak berkuasa yang menjaga keamanan serta gagal dikawal oleh pemimpin-pemimpin parti mereka telah membuatkan jawatankuasa Bershit marah.

Khabarnya, mereka kecewa dengan cara penyokong parti pembangkang yang disifatkan sebagai tidak bertamadun dan tidak menghormati penganjur himpunan itu.

Isu kemarahan Bershit kepada parti pembangkang ini mula kedengaran ada himpunan Bershit 2.0.
Maka dengan sebab itulah A. Samad Said secara tegas menekankan tentang cara berdemo Bershit 3.0 yang mahu penyokong mereka hanya “duduk dan bantah”, dengan harapan tiada sebarang provokasi, keganasan atau tindakan melanggar undang-undang.

Mungkin sedar tentang injunksi mahkamah yang melarang Bershit 3.0 berhimpun di Dataran Merdeka maka Ambiga dan Pak Samad hanya berlegar di “sempadan” sahaja dan tidak melanggar perimeter yang ditetapkan.

Malangnya, datang puak-puak yang mengamalkan “hukum rimba”, mereka merempuh perimeter pihak berkuasa, menceroboh, menyerang dan melakukan provokasi melampaun sehingga mengundang tindak balas yang agak keras dari pasukan polis.

Apatah lagi mendengar kenyataan Mat Sabu yang menyatakan bahawa dia dan PAS sendiri mahu menganjurkan Bershit 4.0 tanpa merujuk kepada jawatankuasa asalnya, lagilah Ambiga dan konco-konconya bengang dan sakit hati!

Hakikatnya, Nik Aziz dan Mat Sabu memang “muka tak malu”.

Mereka seolah-olah tidak sedar bahawa Bershit memang tidak berkenan dengan cara mereka yang tidak bertamadun, ganas dan liar.

Justeru itu, kita nantikan apakah Mat Sabu dan Nik Aziz berani menganjurkan Bershit 4.0 dan melakukan “hijack” kepada program yang asalnya dianjurkan oleh Ambiga dan rakan-rakan LGBTnya.

Kalau Mat Sabu buat juga Bershit 4.0 bagus juga, kerana majoriti rakyat memang benci dan marah pada himpunan yang tidak memberi sebarang faedah dan menyusahkan ramai pihak itu.

Tapi, kalau Mat Sabu tidak memastikan Bershit 4.0 menjadi kenyataan, maka jelaslah bahawa PAS sebenarnya bukan saja menjadi “keldai” kepada DAP dan PKR, malah ia mengesahkan bahawa mereka juga tunduk kepada Bershit dan Ambiga!

Mat Sabu sudah tersepit sebenarnya dan mari kita saksikan bagaimana dia melepaskan diri…

Sumber: Perak Today

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!