Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, May 11, 2012

PANASSS..!!! KHALID GAGAP GUNAKAN "ANJING" UNTUK SELAMATKAN DIRI DARI DEMO KAUM INDIA..!!!

P1170893

SEMALAM berlangsung demonstrasi oleh sekumpulan masyarakat India di depan bangunan SUK Selangor, menuntut hak mereka yang dijanjikan kerajaan Pakatam haram ini sebelum berkuasa pada Mac 2008.

Soal demonstrasi ini tidak penting kerana sebagai Pakatan yang gila berdemonstrasi untuk menjatuhkan kerajaan, memang kenalah kembali di muka mereka sendiri bila rakyat negeri itu pula berdemonstrasi menuntut hak yang dijanjikan.

Lagipun Selangor ialah negeri yang mencatatkan jumlah janji pilihanraya 2008 yang paling banyak tidak dilaksanakan, memang patut kalau orang nak demonstrasi hari-hari pun.


Yang penting semalam ialah bila Pasukan Simpanan Persekutuan dipanggil untuk mengawal keadaan setelah para demonstran mula menggoyang-goyangkan pagar bangunan SUK sehingga berpotensi untuk roboh, setelah penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam, menarik kereta peserta demonstrasi yang di letakkan di tepi-tepi jalan.

Tindakan menarik kereta ini adalah bagi memberikan tekanan kepada para demonstran supaya bersurai.

Hebatnya ialah, disitu sahaja ada 2 kisah yang menarik untuk dibincangkan.  Pertama, menggunakan FRU untuk mengawal keselamatan, kedua, memberi tekanan kepada para demonstran dengan mengarahkan MBSA tarik kereta peserta yang diparkir di tepi jalan.

Kedua kisah ini bolehlah kita kaitkan dengan kejadian hampir sama dengan rusuhan Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April lepas.  Ketika itu apa yang beruk-beruk Pakatan ini kata dan lempar kepada FRU?  Penulis yang berada disitu mendengar sendiri ada antara mereka yang menuduh FRU sebagai ‘anjing’ Najib dan sebagainya.

Tapi bila mereka ada masalah yang hampir sama, ‘anjing’ ini juga yang dipanggil untuk mengawal keadaan.

Dah tu diberikan pula tekanan kepada para demonstran dengan mengarahkan MBSA menarik kereta peserta.  Kenapa dibuat semua itu?  Biarkanlah mereka nak berdemo dan sebagainya, bukannya depa pecah kereta MBSA ke kereta MB ke?

Nampak tak berapa besar punya hipkorit puak-puak ini?  Kalau dia buat kecoh, dia harap polis layan lemah lembut, kalau orang lain buat kecog dekat dia, pandai pulak nak suruh polis ambil tindakan?
Munafik punya puak.

Ini yang kita katakan, ‘harapan baru’ yang dijanjikan Anwar itu hanyalah pembohongan.  Tidak akan ada apa-apa yang berubah malah keadaan akan lebih teruk lagi kerana ‘acara’ balas membalas dendam akan berlaku, ditakdirkan Pakatan haram ini mengambil alih kerajaan.

Gebang sebelum dapat bolehlah, bila dah dapat haram apa pun takde.

Sumber: Klik sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!