Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, May 17, 2012

PANASSS..!!! GUAN ENG MATI AKAL BERDEPAN KAUM INDIA..!!!

TAKTIK mempergunakan isu agama dan kaum yang cuba dimainkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang menyatakan bahawa kuil-kuil Hindu akan terancam sekiranya Barisan Nasional (BN) kembali mendapat kuasa nampaknya telah “makan diri”.

Semalam, membidas kenyataan Guan Eng yang tebal dengan sifat fanatik keagamaan dan menyentuh sensitiviti perkauman itu, Presiden MIC, G Palanivel menegaskan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang itu adalah satu dakyah fitnah yang berniat jahat.

Dalam kenyataannya itu, Palanivel menyatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional selama ini memberikan jumlah peruntukan yang besar untuk membina dan membaik pulih rumah-rumah ibadat agama Hindu di negara ini, khususnya di Pulau Pinang.

Sebenarnya, agak menghairankan apabila Guan Eng membuat kenyataan yang menyentuh tentang soal pembinaan atau membaik pulih kuil Hindu memandangkan dia bukanlah seorang yang beragama Hindu.

Menurut tafsiran saya dari lenggok fahaman komunis yang dianuti oleh Guan Eng, saya berpendapat bahawa mungkin dia sendiri tidak mempunyai agama.

Setahu saya, komunis menentang kewujudan agama di dalam kehidupan mereka…

Lebih besar lagi kesilapan taktiknya itu apabila dia memberikan komen tentang sesuatu yang dia sendiri tidak tahu hujung pangkalnya.

Apa yang Guan Eng tahu tentang kepentingan agama hindu dan masyarakat India di Pulau Pinang?
Lainlah Palanivel. Beliau tahu dan layak untuk bercakap mengenai rumah-rumah ibadat agamanya sendiri.

Sebenarnya, mengikut perkembangan semasa, Guan Eng sedar bahawa DAP dan kerajaan Pakatan Haramnya di Pulau Pinang sememangnya semakin mendapat tentangan hebat dari kaum India yang kebanyakannya beragama Hindu.

Guan Eng dilihat masih “fobia” dengan insiden Kampung Buah Pala yang terjadi ketika di awal pemerintahannya di Pulau Mutiara itu.

Dalam insiden tersebut, Anwar Ibrahim dengan selamba meletakkan tangan di atas kepala seorang India beragama Hindu sambil bersumpah untuk menyelesaikan masalah penempatan mereka di situ yang tidak mempunyai sebarang dokumen pemilikan tanah. Guan Eng saksinya…

Namun malang bagi penduduk kaum India yang turun temurun mendiami Kg Buah Pala itu, sumpah janji Anwar itu tidak pun dilaksana, bahkan mereka dihalau keluar oleh Guan Eng yang menyerahkan tanah kampung itu kepada sebuah syarikat pemaju.

Sejak itu, kaum India di Pulau Pinang dan sekitar selatan Kedah dan utara Perak mula membenci Guan Eng dan kerajaan DAP Pakatan Rakyat itu.

Pada mereka, cukuplah sekali sumpah dilakukan di atas kepala mereka dan kali ini giliran mereka pula yang akan “menyumpah” Pakatan Haram.

Menurut sumber risikan kami di Pulau Pinang, Guan Eng kini sedang “pening kepala” memikirkan cara untuk memujuk dan menambat hati kaum India di negeri tersebut.

Beliau risau sekiranya tempohnya menjawat jawatan Ketua Menteri akan “expired” tidak lama lagi.

Biar apa pun, Guan Eng terpaksa juga mengakui bahawa kemelut yang melanda DAP di antara Pengerusinya, Karpal Singh dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Profesor Ramasamy turut memberikan impak.

Ramasamy dikatakan menjadi dalang kepada demonstrasi memprotes pentadbiran Guan Eng dan DAP Pusat yang bersifat perkauman serta tidak memperjuangkan nasib kaum India di negeri itu.

Kalau dulu Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang pernah “dihalau” oleh rakyat Melaka, tidak mustahil bahawa dia juga akan “dihalau” oleh rakyat Pulau Pinang.

Lagipun, kedua-dua negeri itu punya persamaan kerana keduanya adalah merupakan negeri kolonial yang ditadbir penjajah sepertinya.

Kalau dulu Melaka dan Pulau Pinang ditadbir penjajah dan penjajahan tersebut berjaya dinyahkan oleh rakyat, tidak mustahil Guan Eng akan menerima nasib yang sama…

Sumber: Perak Today

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!