Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, May 2, 2012

PANASSS DARI KEDAH..!!! USTAZ AZIZAN DISIMBAH CAT..!!!


BALING – Gambar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yang terpamer di kain rentang Majlis Mesra Rakyat dilaporkan telah disimbah dengan cat berwarna hijau bagi menunjukkan tanda protes terhadap kehadiran beliau ke Baling, Kedah.

Wajah Azizan di kain rentang itu telah dicat berwarna hijau oleh individu-individu yang masih gagal dikenal pasti sehingga kini.

Bagaimanapun, kain rentang yang dipercayai bertujuan untuk memalukan Azizan itu sempat diturunkan oleh pihak tertentu sebelum ketibaan beliau di lokasi majlis tersebut yang bertempat di Kampung Lalang pada jam 10.50 pagi, di sini hari ini.

Menurut sumber terdekat, diyakini bahawa tindakan menyimbah cat hijau terhadap gambar Pesuruhjaya PAS Kedah itu dilakukan sendiri oleh penduduk kampung tersebut yang tidak berpuas hati dengan isu pembalakan di sekitar kawasan mereka.

Aktiviti pembalakan di kawasan itu dikatakan telah menjadi punca utama kepada pencemaran sumber air untuk masyarakat Baling di mana ia menyebabkan bekalan air bersih yang disalurkan ke rumah mereka tercemar, keruh dan dipercayai tidak selamat untuk digunakan.

Ramai penduduk kampung mengadu mengenai ahli keluarga masing-masing yang menghadapi masalah gatal-gatal kulit dan terjejas kesihatan mereka serta dikatakan berpunca dari bekalan air tercemar itu.

Ekoran itu, Azizan menjadi mangsa kemarahan rakyat di sini dan ia dikatakan semakin memuncak apabila tiada sebarang tindakan drastik dari Exco bertanggungjawab bagi menyelesaikan masalah penduduk kampung di situ.

Nama Azizan sebelum ini turut tercemar apabila beliau dikatakan tidak menyokong himpunan Bersih 3.0 yang berlangsung di Dataran Merdeka di ibu negara pada 28 April lalu.

Terus membaca di sini...

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!