Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, May 14, 2012

PANASSS DARI KEDAH..!!! AZIZAN MAKIN HAMPIR DIJATUHKAN...!!!???

Ketika melakukan pelancaran majlis pecah tanah projek pembinaan kampus Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil beberapa tahun lalu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak tersenyum lebar.

Dia menyatakan bahawa ia merupakan satu kenangan manis baginya kerana berjaya membina sebuah universiti di bumi Kedah. Katanya, itu cita-citanya sebagai Menteri Besar Kedah.

Namun malang, kerana cetek pengalaman, tindakan Azizan itu jelas “mengorek kubur”nya sendiri. Dia tidak sedar bahawa dia telah meletakkan KUIN dalam keadaan bahaya dan mungkin muflis.

Projek kampus baru KUIN itu dianggarkan bernilai RM330 juta dan ia dibuat melalui anak syarikat Kedah Sato. Walaupun begitu, Kedah Sato hanya dapat komisyen sahaja memandangkan semua kerja-kerja pembinaan dibuat oleh kontraktor luar dari Kedah!


Kerana marah tidak diberikan projek tersebut, Mahfuz Omar telah meletak jawatan di dalam Kedah Sato dan hubungannya dengan Azizan yang sebelum ini dingin telah hampir “beku” kerana insiden itu.

Kini, Azizan telah terasa bahang kesilapannya menguruskan KUIN. Sebagai pengerusi KUIN, dia bertanggungjawab dengan krisis kewangan universiti itu yang dikatakan sedang “nazak” dan menganiaya para pelajar serta kakitangannya.

Baru-baru ini, beberapa wakil kakitangan KUIN yang tidak tahan dengan penganiayaan yang berlaku, tampil membuat pendedahan mengenai kedudukan kewangan universiti itu yang menyusahkan mereka.

Jika dulu ketika UMNO/BN mentadbir KUIN, gaji mereka tidak pernah lewat dibayar. Tapi kini bila PAS mengambil alih, bukan setakat gaji mereka lewat, malah caruman KWSP dan Socso pun tidak mampu ditampung oleh KUIN.

Gaji yang lewat itu telah menyebabkan ramai kakitangan KUIN yang membayar hutang sewa beli kepada bank melalui skim potongan gaji telah menerima surat amaran berkali-kali kerana tidak mendapat bayaran langsung pada masa yang ditetapkan.

Mana lagi dengan kewajipan menyara keluarga, susu anak, sewa rumah dan lain-lain pembayaran, kakitangan KUIN terpaksa menahan malu dan marah apabila “dihambat” bank dan tuan rumah. Anak isteri mereka terpaksa berpuasa kerana Azizan Razak?

Hak penyelarasan gaji sebanyak 13 peratus sebagaimana yang ditetapkan bagi kakitangan KUIN juga ditangguhkan sehingga ke tarikh yang tidak diberitahu. Kalau tahun depan, maka tahun depanlah.

Kalau ketika itu UMNO/BN yang mengambil alih Kerajaan Negeri Kedah, maka terpaksalah “tahi-tahi” peningggalan PAS itu “dicuci” oleh UMNO/BN…


Lebih mengejutkan, ekoran krisis kewangan KUIN itu, Azizan telah menaikkan yuran pengajian bagi pelajar-pelajar baru di IPT tersebut dari RM60 bagi satu jam kredit sebelum ini kepada RM200 bagi satu jam kredit bermula Julai tahun ini.  Rasanya, Azizan lebih kejam berbanding Ah Long dan Ceti!

Sebenarnya, Azizan tidak tahu menguruskan KUIN dan banyak melakukan kesilapan atas dasarnya yang “syok sendiri” dan “rasa hebat”. Contohnya, dia menjelaskan tentang KUIN yang kini memiliki Fakulti Perubatan melalui Insan Medic, sebuah anak syarikat KUIN.

Bayangkan, seorang doktor yang diambil mengajar secara sambilan di Insan Medic dikatakan telah dibayar dengan gaji lebih RM30,000 sebulan! Jadi, tidak hairanlah jika kos pengoperasian Insan Medic menelan belanja sebanyak RM350,000 sebulan!

Bayangkan lagi, Azizan dengan bangga sebelum ini memberitahu di sidang DUN bahawa seramai 50 mahasiswa telah memohon untuk mengambil kursus perubatan di Insan Medic dan seramai 45 orang dari mereka telah ditawarkan.

Nak tahu apa yang jadi? Hanya lapan orang mahasiswa saja dari 45 orang yang ditawarkan itu datang mendaftar sehingga kini dan hanya dua orang saja dari mereka yang membayar yuran penuh untuk satu semester!

Bayangkan, kos pengoperasian sebanyak RM350,000 sebulan hanya ditampung oleh yuran pengajian mahasiswa seramai lapan orang dan selebihnya terpaksa disuntik dari dana Kerajaan Negeri Kedah!
Inikah lambang “kecekapan” pentadbiran PAS dan Pakatan Haram di Kedah?

Saya fikir, Azizan perlu bubarkan DUN Kedah lebih awal dari tarikh pembubaran Parlimen. Lagi lama Pakatan Haram memerintah, lebih cepat Kedah hancur di tangan mereka. 

Tadbir KUIN pun gagal, bagaimana mereka nak tadbir seluruh Kedah? Dan usah paksa saya sentuh soal KOHILAL pula…

Sumber: Kedahan69ers.com

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!