Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, May 6, 2012

PANASSS DARI KEDAH..!!! AHLI PARLIMEN PAS TAK PEDULI DERITA DARAH DAGINGNYA SENDIRI..!!!


Inilah Pakcik Zakaria, bapa saudara kepada Ahli Parlimen PAS Baling, Taib Azamuddin.
Anda kenal siapa Zakaria Awang? Pakcik ini adalah bapa saudara kepada Ahli Parlimen PAS Baling, Ustaz Taib Azamuddin. Dia juga adalah pengundi setia PAS di kawasan Baling...

Melihat kepada gambarnya yang tertera pada kad pengenalan, semuanya okay sahaja. Tapi malangnya, Pakcik Zakaria kini sedang menderita mengidap kanser mulut. Cuba lihat gambar yang dipetik dari blog TMK ini...kesian, kan?

Ini wajah asal Pakcik Zakaria Awang ketika masih sihat...
Namun menurut anak saudara Taib Azamuddin ini, anak saudaranya itu tidak pernah bertanya khabar mengenai penyakit yang dideritainya itu dan jauh sekali untuk dihulurkan bantuan bagi mendapatkan rawatan...

Sebagaimana maklum, penyakit kanser memerlukan rawatan khas dan perlu diberikan perhatian khusus. Malangnya, bapa saudara Ahli Parlimen PAS ini tidak mendapat bantuan sewajarnya dari 'darah daging'nya sendiri...

Namun, atas dasar perikemanusiaan dan prihatin terhadap rakyat tanpa mengira fahaman politik, muncul pihak yang datang menghulurkan bantuan. Khabarnya bantuan tersebut datangnya dari Yayasan Pembangunan Rakyat Baling yang ditaja oleh "seseorang"...

Tak perlulah diberitahu siapa "seseorang" tersebut kerana yang pentingnya ialah Pakcik Zakaria mendapat rawatan sewajarnya...

Saya musykil. Mengapa Ustaz Taib tak mengendahkan bapa saudaranya itu? Mengapa pula dibiarkan UMNO yang datang menghadiahkan "kesejahteraan" kepada bapa saudara pemimpin PAS itu?

Mungkin Ustaz Taib sebok berceramah politik di atas pentas PAS, kot? Dia sebok sangat tu...sampai tak peduli dengan tugas dan amanah yang diberikan untuk menjaga kebajikan rakyat? Ermmm... Tak apalah..."undilah" PAS lagi untuk menjamin ke"SUSAH"teraan rakyat..! Heh!

2 comments:

Anonymous said...

masa sakit baru ingat adik beradik. penyakit tu tuhan bagi. terima & berikhtiar & berserah jer lah. si taib pun bukan boleh buat apa. Setakat nak suruh mai jenguk muka tak payah la. Kita undi pi parti mana pun nasib manusia tak akan berubah kecuali dgn usaha diri sendiri.

Anonymous said...

Ustaz politik mana ada kelas. Ustaz cap ayam aja.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!