Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, May 4, 2012

PANASSS..!!! BUKTI TERKINI KEKUFURAN PAS..!!!

fatah_ucap

Baru-baru ini Exco Kerajaan PAS Kelantan, Abdul Fatah Mahmood telah memanggil wakil-wakil NGO di negeri itu untuk beramah mesra dengan mereka dan “menyuap” mereka dengan majlis makan malam bersamanya.

Malangnya beberapa wakil NGO itu telah dihidangkan dengan ceramah politik ketika menghadiri majlis makan malam tersebut. Akibatnya, beberapa orang dari mereka telah meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sikap dan tujuan majlis berkenaan diadakan.

Menurut sumber, sebagai ‘tuan rumah’ yang menjemput wakil-wakil NGO untuk beramah mesra dan merapatkan tali silaturrahim sesama mereka, tidak sepatutnya mereka dihidangkan dengan ceramah memaki hamun dan jelas berunsur politik.

Dalam majlis tersebut, Abdul Fatah mendakwa bahawa ‘duit’ talian hayat akhir Umno bagi meneruskan hayat politiknya di negara ini, dan hanya wang sajalah menjadi faktor penyebab kemenangan UMNO/BN pada setiap pilihanraya sebelum ini.

Saya beristgihfar panjang mendengar kisah salah seorang wakil NGO yang dijemput ke majlis yang dibiayai oleh Abdul Fatah itu.

Pada saya, kenyataan itu sangat berniat jahat terhadap UMNO dan melambangkan kekufuran Abdul Fatah sebagai seorang Islam yang sepatutnya percaya kepada kekuasaan dan kehendak Allah SWT.

Sesungguhnya saya berpendapat bahawa biar sebanyak mana pun duit yang dimiliki oleh sesebuah parti politik, tanpa keredhaan Allah SWT dan kehendakNya, tidak mungkin parti politik itu akan menang pilihanraya di mana-mana negara sekali pun di dunia ini.

Itu fakta yang perlu difahami dan iktikadkan oleh semua umat Islam, termasuk Abdul Fatah sendiri.

Justeru, kenyataannya yang menuduh UMNO hanya menang kerana wang adalah tidak benar sama sekali dan berbaur tohmahan yang sepatutnya haram menurut Islam. Tak tahulah pula jika “agama PAS” menghalalkan “syirik khafi” sebegitu…
Sekiranya Abdul Fatah menganggap UMNO kaya dengan wang ringgit, saya fikir ia adalah tidak benar sama sekali.

Sepatutnya, Abdul Fatah pergi bertanya kepada Ketua Pembangkang yang merupakan Ketua Umum PKR yang dikatakan memiliki dana yang dikatakan berjumlah “infiniti” atau “tiada had”,yang dipercayai diperoleh dari masa ke masa dari luar negara.

Menghairankan bagaimana orang yang tiada sebarang pekerjaan setelah keluar dari penjara dan hanya bekerja sebagai pensyarah sambilan menjual “auta” ijazah tahap kelas bawahan di universiti milik rakan-rakan yahudinya mampu membeli rumah bernilai jutaan ringgit selain kereta mewahnya.

Selain itu, Abdul Fatah perlu bertanya dari mana sumber Anwar Ibrahim memperoleh dana bagi membiayai kempen politiknya yang setiap hari mengelilingi negara mengadakan ceramah menghasut dan menipu rakyat.

Abdul Fatah juga boleh bertanya kepada Mursyidul Am merangkap “boss”nya, Nik Aziz Nik Mat, mengenai PAS yang tiba-tiba saja “mewah” dengan bendera, jentera dan peralatan baru yang canggih sejak PRU ke-12 pada tahun 2008 dulu.

Dari mana PAS dapat dana begitu banyak dan mengapa Nik Aziz dilihat sering tunduk dan menurut kepada setiap kemahuan serta kata-kata yang terbit dari mulut Anwar. Fakta tersebut perlu ditanya Abdul Fatah kepada PAS.

Saya percaya, Allah SWT Maha Mengetahui apa yang akan terjadi kepada negara ini jika Pakatan Haram memenangi pilihanraya. Dan mungkin atas hikmah itulah maka Allah SWT tidak membenarkan kemenangan berpihak kepada pihak PAS, PKR atau DAP.

Berduit atau tidak berduit, jika diizinkan Allah SWT, pastinya sesebuah parti politik itu akan berjaya dan diangkat Allah SWT sebagai pemerintah di negara ini. Usahalah sehebat manapun, dan jika tidak diizinkan Allah SWT jangan harap hendak menjejakkan kaki di Putrajaya! Itu faktanya.

3 comments:

Abang Sayang said...

Utusan Malaysia Wajib Tubuhkan segmen... sex - gay dan lesbian jika mahu tingkatkan jualan ( Lihat sendiri bukti Transformasi 1 Malaysia Berjaya )
1~BUKTI 1
2~BUKTI 2
3~BUKTI 3
4~BUKTI 4 (new)
5~BUKTI 5 (new)
6~BUKTI 6 (hot)

Jangan segan2... Utusan Malaysia Pasti Boleh Buat!!



Sumpah Aku Akan Lingkupkan Putrajaya Jika Generasi Muda Terengganu Tidak Jadi Perdana Menteri Ke-7 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155

Anonymous said...

setuju!!!!!

Anonymous said...

Tepat sekali kupasan duke, telah lama saya perasan bahawa pas ini salah satu sifatnya (pemimpin dan pengikutnya) ialah seolah2 tidak bersandar kepada kudrat Allah serta qada dan qadarnya. Sebab itu mereka berhempas pulas untuk mendapat undi sehingga sanggup berbohong, memaki hamun dan mengkafirkan lawan mereka. Sanggup bersekongkol dgn sifasiq dan kafir harbi. Itulah pas kini dulu dan selamanya.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!