Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, May 11, 2012

PANASSS..!!! BUKAN SETAKAT RAKYAT, SAUDARA SENDIRI PUN KATA ADUN KUBANG ROTAN TAK BUAT KERJA..!!!

Aku tak tahu la apa yang rakyat Kedah khususnya di Kubang Rotan fikir tentang ADUN PAS mereka, Nasir Mustafa. Mungkin ada yang suka dan mungkin ada yang tak suka.

Pada aku, kalau ADUN PAS tu bagus dan perform, sebagai manusia yang waras, aku pun suka. Aku pernah siarkan cerita mengenai Nasir ni. Tapi ada segelintir yang tak percaya...

Dan kali ni, darah daging dia sendiri yang cerita...kalau tak percaya jugak, memang jelas hangpa ada otak tapi takdak akal...heh!

Tapi berlainan pula kisahnya dengan Nasir Mustafa ni. Saudara dia sendiri yang tak suka dia! Depa kata, Nasir tak pernah turun padang pun. Sekali pun tak pernah jejak kaki kat kampung depa...

Padahal, depa ialah pengundi tegar PAS yang memberikan undi mereka kepada Nasir pada PRU12 yang lalu. Ikuti cerita Mak Tom kat bawah ni. Mak Tom ni bukan mak Azmin tu...ni Mak Tom Kubang Rotan, mak mertua Pak Karim, seorang bekas penyokong PAS paling tegar kat kampung tu...heh!

Aku tertanya-tanya, pasal apa Nasir Mustapa dok ambil tahu pasal Taman Pelangi saja? Taman Pelangi tu area Cina. Area yang majoriti Melayu langsung tak nampak batang hidung dia...

Apa cerita tu, Nasir? Cina-Cina di Taman Pelangi tu nanti akan solat jenazah Nasir bila sampai ajal kot? Aku tak kisah la hang nak tarik undi Cina, tapi jangan lupa saudara seagama sebangsa yang bagi undi kat hang dulu...

Baru nak turun? Dah terlambat dah weiiii...!!! Aku dengar puak-puak PAS dah marah mintak tukar calon pada PRU13 ni. Golongan atas pagar patah balik ke pangkuan BN...salah sapa semua ni? Nasir Mustapa atau UMNO jugak? Heh!


KUALA KEDAH – Meskipun Mak Tom adalah merupakan saudara mara kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, YB Nasir Mustafa dari parti PAS, dia tidak pernah sekali pun dilawati oleh wakil rakyat itu sejak tahun 2008.

Warga emas itu sudah lebih lapan tahun tidak mampu berjalan dengan baik dan perlu dipimpin atau berpaut pada dinding, alang atau tiang rumahnya untuk bergerak di dalam rumahnya.

Menurutnya lagi, sejak tidak mampu bergerak seperti insan lain, Mak Tom hanya bergerak di sekitar rumahnya sahaja dan tidak mampu pergi jauh.

Mak Tom dan keluarganya yang menetap di Kampung Sg. Kubang Rotan di sini sudah sekian lama merupakan penyokong kepada parti PAS kerana percaya bahawa parti itu mampu memperjuangkan nasib rakyat seperti mereka sebagaimana yang dianjurkan Islam.


Kemenangan Nasir yang ada pertalian darah dengannya itu membuatkan mereka dan sanak saudara mereka yang tinggal di kampung tersebut bangga dan mengharapkan keprihatinan pemimpin PAS itu untuk membantu mereka.

Namun malangnya, mereka semua begitu kecewa dengan Nasir yang tidak pernah berkunjung bertanyakan khabar sanak-saudaranya itu. Bayangnya pun tidak pernah kelihatan dan dia dikatakan tidak pernah menjejakkan kaki langsung di rumah Mak Tom.


“Tidak..dia tak pernah mai rumah Mak Tom. Tanya khabaq pun tak pernah aihhh..Dia tak pernah mai kampung ni pun. Dia tak peduli pun pasai kami kat sini,” katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.

Menurut menantunya yang hanya dikenali sebagai Pak Karim, mereka mula marah dan kecewa dengan ADUN PAS Kubang Rotan itu apabila dia dikatakan tidak turun menjengah kawasan ketika bencana banjir besar yang melibatkan kampung mereka ketika itu.

Bukan sekadar tidak turun padang, Nasir juga dikatakan tidak menghulurkan sebarang bantuan kepada orang-orang kampung, termasuk saudara maranya yang tinggal di kampung tersebut.


Yang hadir memberi bantuan segera ketika itu ialah beberapa pihak dari UMNO yang tidak memilih bulu dan sanggup menghulurukan bantuan kepada para penyokong PAS tegar di kawasan terbabit.

Sejak itu menurutnya, kawasan itu yang dahulunya terkenal sebagai “kubu kuat PAS” telah bertukar arah untuk menyokong UMNO yang dilihat begitu ikhlas membantu tanpa mengharapkan sokongan politik dari mereka.

Ketika kami berkunjung ke rumahnya, Mak Tom juga telah dikunjungi oleh beberapa wanita dari kawasan tersebut untuk menghulurkan bantuan kepada warga emas itu dengan menghadiahkannya kerusi roda bagi kegunaan seharian.

Terharu dengan pemberian tidak seberapa itu, Mak Tom tidak lupa berterima kasih kepada Allah SWT dan pihak Wanita UMNO Kuala Kedah yang memberikan hadiah yang cukup bererti baginya itu. - Kedahan69ers.com

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!