Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, May 3, 2012

PANASSS..!!! AZIZAN LEBIH PENTINGKAN KADIAQ DARI ORANG KAMPUNG SG KOB..?!!!

Baru-baru ini saya mendedahkan di laman web ini mengenai seramai 200 penduduk Kampung Sungai Kob sanggup meninggalkan kampung halaman masing-masing untuk berhimpun di depan Wisma Darulaman bagi membantah kezaliman pentadbiran Kerajaan PAS Kedah.

Marah dengan tindakan kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Azizan Razak, mereka sanggup berhujan dan berpanas di depan pintu masuk Wisma berkenaan sambil berteriak memanggil-manggil nama Persuruhjaya PAS Kedah itu berkali-kali.

Menurut Ustaz Wahi yang mengetuai rombongan bantahan rakyat terhadap tindakan Azizan yang meluluskan projek membina Memorial Park (jirat Cina) di atas tanah rizab Melayu di kawasan mukim Karangan, Kulim, MB Kedah itu telah berjanji untuk bertemu mereka pada hari tersebut.

Malangnya, kedatangan mereka tidak dilayan dengan baik dan rakyat marhain yang datang dari jauh itu seolah-olah dipermainkan oleh orang-orang kanan Azizan Razak yang mengarahkan agar pintu besar Wisma Darulaman itu ditutup rapat dengan segera.

Bertambah kecewa dan hancur hati mak long, pak long, abang, kakak dan adik-adik yang datang dari kampung itu apabila mereka terpaksa menunggu selama beberapa jam untuk dibenarkan bertemu Menteri Besar Kedah itu.

Mereka tiba di perkarangan Wisma Darulaman pada jam 1.15 tengahari dan wakil Azizan Razak hanya membawa wakil-wakil penduduk kampung itu pada sekitar jam 3 petang.

Sudahlah begitu, dari enam wakil penduduk kampung yang dibenarkan untuk menemui Azizan, dipotong satu nama tinggal lima orang. Itupun hanya tiga orang sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam pejabat MB Kedah, manakala dua orang lagi terpaksa menunggu di luar pejabat.

Selidik punya selidik, ada sumber memberitahu saya bahawa Azizan Razak tidak melayan penduduk-penduduk Kampung Sungai Kob itu kerana sedang “sebok” melayan seorang individu yang ‘sangat istimewa’.

Nak tahu siapakah gerangan individu yang dimaksudkan itu?

Menurut sumber tersebut, individu itu adalah tidak lain tidak bukan, Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir, seorang bekas pemimpin UMNO yang mengisyhtihar keluar parti dan menaiki pentas PAS untuk berceramah baru-baru ini di Baling.

Khabarnya, Azizan sedang sebok melayan Kadir di dalam pejabatnya dan enggan diganggu oleh pihak lain ketika menerima kunjungan pemimpin yang suka memakai “bow tie” itu. Betulkah Ustaz?

Sampai hati Ustaz Azizan! Hanya kerana Kadir, beliau melupakan ratusan rakyat yang datang dari jauh untuk bertemu dengannya bagi menyelesaikan masalah besar yang melanda kampung dan kawasan tempat tinggal mereka.

Apakah Kadir Syeikh Fadzir lebih penting daripada rakyat Kampung Sg. Kob yang memberikan undi pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu sehingga menyebabkan Azizan naik menjadi Menteri Besar dan duduk “bersemayam” di kerusi empuk di Wisma Darulaman?

Mentang-mentanglah penduduk kampung yang datang itu tidak kaya, tidak pakai bedak sekati dan tidak memakai “bow tie” seperti Kadir Syeikh Fadzir, maka senang-senang saja Azizan menolak kehadiran mereka untuk membincangkan masalah rakyat.

Mungkin Ustaz Wahi tidak mampu memberikan projek dan tidak sekaya Kadir, namun beliau begitu kaya dengan perjuangan untuk mempertahankan tanah rizab Melayu yang cuba dicabul oleh Kerajaan PAS Kedah.

Pada para penduduk Kampung Sungai Kob, adalah sangat mengerikan sekiranya tanah rizab Melayu di kawasan mereka akan menjadi senasib dengan tanah wakaf di Madrasah Salihiyyah, di Kanchut, yang telah diberikan kepada Belleview, sebuah syarikat milik Cina DAP dari Pulau Pinang.

Tidak mengapalah kalau Ustaz Azizan menganggap penduduk Kampung Sungai Kob tidak penting. 

Namun saya berharap agar Pesuruhjaya PAS Kedah itu tidak akan berkecil hati sekiranya seluruh rakyat Kedah menganggap bahawa undi mereka kepada PAS juga tidak lagi penting pada PRU ke-13 nanti…

Sumber: Kedahan69ers.com

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!