Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, May 26, 2012

PANASSS..!!! AMBIGA PANGGIL "BOYFRIEND" DATANG KE RUMAHNYA..???

bersih4-psamad
"Boyfriend" Ambiga dikatakan yang rambut beruban tak bersikat tu...serabaii..!!!
Nampaknya kedudukan “Ambiga” semakin parah pada ketika ini. Kebencian dan marah rakyat kepadanya semakin memuncak apabila dilaporkan seramai lebih 100 orang cuba berhimpun di depan rumahnya semalam untuk menunjuk rasa protes terhadapnya.

Tidak kurang juga penyertaan sekumpulan anak muda yang hadir bersama untuk memberikan memorandum “Halau 1.0” yang meminta Ambiga berambus keluar dari muka bumi Malaysia.

Namun, hasrat mereka telah disekat oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis DiRaja Malayasia (PDRM) yang mengawal ketat laluan utama untuk masuk menuju ke rumah Pengerusi Bershit itu.

Bagaimanapun, dikhabarkan bahawa memorandum “Halau 1.0” berjaya juga diserahkan kepada Ambiga. Itu pun ia diserahkan melalui celah pagar dan ia diterima oleh “kekasih gelap Amburger”, Pak Samad Janggut.

Menariknya, 100 peniaga yang cuba berhimpun di depan rumah Ambiga itu tidak pula memaki hamun DBKL atau polis.

Mereka juga tidak bertindak ganas membaling objek keras, topi keledar, botol, batu, besi atau kayu kepada para pihak berkuasa yang berkawal di situ.

Malah, mereka juga tidak pun merempuh sekatan, bertindak ganas atau memukul anggota pihak berkuasa yang menghalang mereka itu.

Dalam ertikata lain, tiada sesiapa yang dipukul sehingga masuk hospital, ICU, mati atau “pura-pura mati” di lokasi tersebut.

Maka jelaslah bahawa mereka-mereka yang berhimpun di situ yang terdiri dari ahli dan penyokong  Majlis  Tindakan Peniaga Kuala Lumpur lebih bertamadun, menghormati undang-undang dan mampu mengawal emosi nafsu yang marah.

Ia berbeza sekali dengan tindakan para pemimpin dan peserta himpunan Bershit 3.0 yang cuba menakluk Dataran Merdeka secara ganas, tidak bertamadun dan menggunakan undang-undang rimba yang direstui Majlis Peguam!

Keributan itu sebenarnya jelas mengganggu Ambiga apabila terpaksa merayu kepada “boyfriend”nya, Pak Samad Janggut untuk datang ke rumah untuk menemani dan mententeramkan hatinya yang gundah-gulana itu.

Pak Samad Janggut yang ditemui media memberitahu bahawa dia dan jawatankuasa Bershit akan bermesyuarat mengenai tindakan selanjut mereka kepada tuntutan dan tindakan pihak Bersih 4.0 yang cuba berniaga pasar malam di depan rumahnya itu.

Bagaimanapun, Pak Samad Janggut menyatakan bahawa dia tidak dapat memberikan sebarang kata putus kerana dikhuatiri bercanggah dengan kenyataan “girlfriend” kesayangannya itu.

“Saya tidak mahu mengeluarkan kenyataan kerana sebagai sebuah jawatankuasa biarlah kenyataan tersebut selari dengan apa yang mahu Ambiga nyatakan nanti,” kata Pak Samad Janggut yang dipetik dari media.

Jelaslah bahawa Pak Samad Janggut “takut” pada “girlfriend”nya itu! Dia tidak berani mengeluarkan sebarang kenyataan dan terpaksa menunggu cakap Ambiga, sedangkan Pak Samad Janggut juga berjawatan yang sama dengan Ambiga di dalam Bershit!

Pak Samad Janggut adalah Pengerusi Bersama Bershit, jadi selain Ambiga, dia juga mempunyai kuasa memutuskan sebarang kenyataan yang membabitkan jawatankuasa Bershit. Apa perlunya tunggu Ambiga yang sedang “kurang waras” akibat tekanan dari depan rumahnya?

Pak Samad Janggut perlu tahu kuasanya yang boleh mengeluarkan kenyataan bagi pihak Jawatankuasa Bershit.

Itu kuasa Pengerusi Bersama. Tentang soal rumah Ambiga, itu tiada kena mengena dengan jawatankuasa tersebut kerana jawatankuasa itu hanya membincangkan tentang tuntutan terhadap SPR dan kerajaan sahaja. Soal rumah Ambiga, biarlah dia yang uruskan sendiri…

Nampaknya, Pak Samad Janggut cuba bertindak seolah-olah dia adalah “suami Ambiga”. Suami Ambiga pun tak cakap apa-apa, tapi dia pula yang lebih-lebih. Sudahlah Pak Samad Janggut! 

Takkanlah bini orang macam Ambiga pun Pak Samad berkenan juga. Nak jadi macam Mat Sabu ke?

Sumber: Klik sini

1 comment:

Serban Hijau. said...

Samad, Samad aku suruh hang balik mandi dulu.

Hang dok pi menyebuk rumah orang pasai apa?

Hang ada apa, apa ka dengan bini orang tu?

Pi balik, jangan pulak hang lupa cukuq. Bulu ketiak sekali. Aku tengok budak Samad ni makin hari makin sasau.

La ni pun dok merayau ke hulu ke hilir, apa nak jadi.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!