Iklan Berbayar

Portal Berita Kedah

Bila Kak Su Bersuara... Heh!

Wednesday, May 9, 2012

PANASSS..!!! ADUN PAS KEDAH MAKAN GAJI BUTA..!!! RAKYAT KUALA KEDAH MENGAMUKKK..!!!

DEMO BANTAH DUDUK BERKHEMAH DEPAN RUMAH NASIR..!!!

Woi Nasir Mustapha..!!! Apa cerita ni? Apahal sampai Jeti nak tenggelam ni? Hang tau atau tidak perkara ni berpunca dari mana? Hang ada turun padang tak?

Tak guna punya ADUN Kubang Rotan! Orang bagi undi kat dia dulu, dia tak buat kerja pulak dah! Nak rasa "penangan" orang "Kola" Kedah kot?

Tu hang nampak tak ayaq naik kat area Jeti tu? Dah lama dah benda ni berlaku. Apa yang hang buat untuk selesaikan masalah depa? Cheissss..!!!

Sembang pasal Islam cukup derassss..! Tapi bak kata Azizan, hang "tak buat kerja cara Islam"! Hang tak jaga amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat Kubang Rotan kat hang.

Mana sekoq lagi tu...Ahmad Kassim? Awat? Pasal hang marah kat PAS sebab nak ambik balik Parlimen Kuala Kedah, maka PKR tak payah buat kerja dah kat situ..! Jenis manusia apa hang ni?

Exco Kerajaan Tempatan, Taulan Rasul mana pi pulak dah? Ni nak sabotaj Azizan Razak ke ni? Tokai tu tak jauh dari Kuala Kedah la Taulan..! Turun la tengok masalah rakyat. Dok makan gaji buta ka???

KUALA KEDAH -  Para penduduk dan peniaga di kawasan sekitar jeti nelayan dan perkhidmatan Feri Kuala Kedah – Pulau Langkawi kecewa dengan tindakan Kerajaan PAS Negeri Kedah yang tidak mempedulikan masalah mereka yang dlanda banjir setiap kali air laut di kuala itu pasang.

Keadaan air pasang di Kuala Kedah telah menjejaskan kawasan sekitar jeti-jeti nelayan, jeti feri Kuala Kedah – Pulau Langkawi, kawasan tempat meletak kenderaan, jalan-jalan utama seperti Jalan Tok Pasai dan persimpangan lampu isyarat di jalan itu dengan Jalan Kuala Kedah.

Menurut salah seorang penduduk di kawasan terbabit, Shuib Hassan, 64, air laut yang melimpah membanjiri kawasan tersebut disebabkan oleh sistem perparitan yang tersumbat dan gagal diselenggara dengan baik oleh pihak berkuasa negeri.


Akibatnya, kawasan mereka akan dinaiki air setiap kali air laut pasang dan menjejaskan kehidupan masyarakat setempat di kawasan tersebut.

Meskipun masalah tersebut telah berlaku sekian lama sejak dua tahun lalu, wakil rakyat di kawasan tersebut, Ahmad Kassim dari PKR, langsung tidak turun padang untuk mengambil tahu masalah dan rintihan masyarakat di kawasan terbabit.

“Dia tak turun langsung ke kawasan ni. Kami ada jugak cuba jumpa dia, tapi dia takdak. Pembantu dia kata dia ada kat KL. Pembantu dia tak boleh buat apa-apa.

“Saya hairan pasai YB Ahmad Kassim ni. Dulu masa dekat pilihanraya tahun 2008, tiap-tiap hari dia turun padang dengan geng-geng dia. Tapi dah 4 tahun sampai ke hari ni batang hidung pun tak nampak, kat sapa kami nak mengadu?,” katanya yang kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab Ahli Parlimen Kuala Kedah itu.

Menurut Hussain Che Mat, 51 dan rakannya, Boon Teck Huat, 57, mereka juga kesal dengan ADUN Kubang Rotan yang juga “ghaib” dan tidak mengendahkan masalah rakyat di kawasan DUN yang diwakilinya itu.

“YB Nasir pun sama. Dia pun tak turun padang jugak. Dengar kata dia dah dilantik jadi Exco. Tapi kawasan dia sendiri dia tak jaga.

“Masalah ni dah berlaku 2 tahun dah kat sini, tapi dia tak buat apa-apa pun untuk selesaikan masalah ni. Kami tak larat dah nak ‘ligan’ (kejar) dia suruh buat kerja. Macam ni kah perangai wakil rakyat?,” ujar mereka.

Menurut tinjauan kami, air laut yang melimpah membanjiri kawasan Kuala Kedah telah menyebabkan kawasan tersebut tenggelam sedalam lebih 1 kaki dan menjejaskan beberapa aktiviti di jeti nelayan dan premis-premis perniagaan di kawasan itu.


Longkang-loangkang utama yang tersumbat teruk dijangka menjadi faktor utama yang menyumbang kepada masalah banjir air masin yang menjadi rungutan utama penduduk dan peniaga di Pekan Kuala Kedah sejak dua tahun lalu.

Tanggungjawab Exco Kerajaan Tempatan, Taulan Rasul juga wajar dipersoalkan dalam hal berkenaan memandangkan amanah mengenai hal permasalahan ini.

Kalau benar pun para Exco dan ADUN tidak puas hati terhadap kepimpinan Azizan Razak, amanah yang dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan masalah rakyat perlu ditunaikan secara dedikasi. Mana perginya janji kepada rakyat sebelum mendapat kuasa? - Kedahan69ers.com

No comments: