Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, May 29, 2012

PANASSS..!!! ADA LELAKI NAK BERLUCAH-LUCAH DENGAN WARDINA..???!!!

Bahaya orang yang suka suka menyamar menjadi wartawan ini. Wardina Saffiyah mangsa terbaru aktiviti tidak sihat ini apabila dua kali di’ganggu oleh pemanggil lucah.

Seorang lelaki yang menamakan diri beliau sebagai Arif mendakwa bekerja sebagai kakitangan salah sebuah stesyen TV dan ingin menembual Wardina Saffiyah.

Namun, lelaki itu menolak untuk menyatakan beliau bekerja dengan stesen TV mana & mula mengeluarkan kata kata lucah yang Wardina Saffiyah sendiri malu untuk dedahkan.

Lelaki itu menelefon selebriti popular ini pertama kalipada jam 5.00 pagi namun panggilan tidak berjawab dan panggilan kedua pada 9.15 pagi yang menyebabkan Wardina Saffiyah bertindak membuat laporan polis.

“… dia mula mengeluarkan perkataan-perkataan yang saya sendiri malu untuk sebut. Saya tidak faham kenapa ada orang yang sanggup melakukan perkara seperti itu,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Sebelum ini rumah Wardina pernah dipecah masuk dan dirompak oleh tiga perompak bersenjatakan parang mengakibatkan kerugian lima buah komputer riba milik keluarganya.

Menurut Wardina yang berkongsi pengalaman yang mencemaskan keluarganya itu melalui laman sosial Twitter memberitahu bahawa suaminya, Ikhwan Johari telah dipukul perompak tersebut manakala anak-anaknya sedikit trauma akibat insiden yang berlaku.

Agak melucukan juga apabila perompak-perompak yang dipercaya warga Indonesia itu sempat memarahi Wardina sekeluarga kerana tidak menyimpan barang kemas di rumah mereka untuk dicuri.

Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu juga percaya bahawa perompak yang memasuki rumahnya itu masih berkeliaran di sekitar Ampang dan meminta orang ramai melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ternampak beberapa warga Indonesia yang mencurigakan. - Mynewshub.my

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!