Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, May 4, 2012

MESTI BACA..!!! SUHAKAM NAK TUKAR NAMA JADI SUKAHARAM..???!!!Ni

Ni la rumah agam tu..ehhh..silap...Hasmy Agam tu...macam haram...
SAYA tidak berasa hairan dengan kenyataan SUHAKAM melalui Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam, yang marah dan tidak dapat menerima tindakan keras pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) terhadap para peserta himpunan Bershit 3.0 pada 28 April lalu.

Pada saya, berdasarkan rekod-rekod sebelum ini, SUHAKAM sendiri tidak layak dan gagal untuk memainkan peranan sebagai sebuah badan yang bersifat neutral dalam menghakimi sebarang bentuk isu di negara ini.

Dalam kenyataan Hasmy Agam mengenai Bershit 3.0, kawan baik Ambiga Sreevenasan ini dilihat begitu berat sebelah apabila hanya membicarakan tentang para peserta Bershit 3.0 yang dibelasah anggota polis.

Bagaimanapula dengan nasib anggota-anggota polis yang cedera parah dibelasah para peserta Bershit itu?

Tidakkah Hasmi Agam dan Suhakam tahu bahawa ada anggota polis yang terpaksa bertarung nyawa di ICU disebabkan keganasan melampau yang dilakukan oleh para peserta Bershit itu?

Apakah Hasmy Agam tergerak di fikirannya mengenai keluarga para anggota polis yang menjadi mangsa keganasan “beruk-beruk” Bershit 3.0? Bagaimana dengan anak isteri mereka yang ditinggalkan kerana tugas menjaga “beruk” yang sebenarnya hanya dibuat untuk memburuk-burukkan suami dan bapa mereka?

Bagaimanapula dengan anak isteri mereka yang menangis meraung mengenangkan suami dan ayah mereka yang cedera parah berlumuran darah dan bertarung nyata di hospital gara-gara tindakan ganas peserta Bershit yang menyerang mereka?

Apakah kezaliman peserta Bershit 3.0 itu sengaja dibutakan oleh SUHAKAM? Berapa banyak Ambiga dan Anwar bayar pada SUHAKAM untuk menyebelahi mereka?

Sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, yang kononnya MENJAGA HAK ASASI MANUSIA, apakah Hasmy Agam tidak menganggap anggota-anggota polis di negara ini sebagai manusia sehingga melupakan kezaliman yang dilakukan terhadap mereka?

Di dalam kenyataan akhbarnya itu, dia tidak langsung menyebut mengenai perihal anggota polis yang dibelasah para peserta Bershit dan ia menunjukkan kenyataa itu dibuat dengan prejudis, berat sebelah dan tidak adil sama sekali.

Melihat kepada rekod SUHAKAM sebelum ini, NGO ini juga menghentam PDRM dan Kementerian Dalam Negeri yang mengharamkan program Seksualiti Merdeka, yang didalangi oleh Ambiga.

Sangat bertentangan dengan prinsip kemanusiaan secara fitrah, SUHAKAM yang menjaga hak asasi manusia bertindak menyokong sesuatu yang berlawanan dengan seksualiti hakiki manusia. LGBT pula yang disokonganya? “Hak Asasi Manusia” apa ke jadahnya itu?

Saya tidak pasti tentang siapa yang mengiktiraf SUHAKAM sebagai penjaga hak asasi manusia di negara ini dan apakah makna nama yang dibawa oleh NGO ini.

Namun pada  pandangan saya, biar apapun nama yang digunakan SUHAKAM, nama NGO tersebut lebih sesuai diubah kepada Suruhanjaya Hak Asasi Ambiga Dan Pakatan Haram atau nama singkatannyan, SUKAHARAM.

Sebaiknya, SUHAKAM wajar dibubarkan saja di negara ini dan digantikan dengan sebuah NGO yang bertindak lebih telus, adil, neutral dan berpaksikan Islam. SUHAKAM sudah lama tidak dipercayai dan hilang kreadibilitinya di negara ini.

Rasanya, SUHAKAM sendiri tidak tahu apa yang dimaksudkan atau takrifan perkataan “manusia” yang ada pada namanya. Bubar sajalah NGO itu dari terus menyalak sebagai alat Pakatan Haram dan Ambiga.  - Perak Today

5 comments:

noname said...

nice

Anonymous said...

SUHAKAM ni karut aja...Memang sesuai kalau jadi SUKAHARAM
Tak fikir ke berapa ramai Berok-Berok tu yang merusuh dari jumlah rakyat Malaysia yang inginkan keamanan? Bagaimana dengan hak asasi sebilangan rakyat Malaysia yang tidak jadi Berok-Berok Peliharaan Anuar dan Ambiga tu?

Anonymous said...

tepat sekali, dah lama kami mempersoalkan tentang HAK ASASI MANUSIA oleh SUHAKAM, pe ke jadah...

mat din said...

SUHAKAM INI ADALAH SATU UNIT DARIPADA UNIT UNIT YANG DIGERAKKAN OLIH COPRATOCRACY,ORGANISASI YANG GEMAR MELAKUKAN KEROSAKKAN DIMUKA BUMI INI.DALAM ALQURAN GOLONGAN INI DIGELAR DENGAN NAMA MUFSIDULFILARD.

mat din said...

ahli suhakam adalah golongan yang gemar berbuat kerosakkan dimuka bumi ini.Tugas khusus sebagai pemantua kerosakkan untuk dilapurkan kepada copratocracy yang menaja pergerakkan ini.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!