Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, May 6, 2012

MESTI BACA..!!! LUAHAN RASA HATI WAKIL RATUSAN RIBU ANAK POLIS SELURUH NEGARA..!!!

Sejujurnya, sebagai seorang muslim, seorang manusia rasional dan seorang warganegara, aku terkedu membaca tulisan seorang anak polis yang mewakili ratusan ribu anak-anak polis yang meluahkan rasa hatinya...

Ini bukan soal politik. Ini soal agama, kemanusiaan, kewajaran dan kezaliman yang dilakukan oleh pihak-pihak yang memanipulasi rakyat untuk kepentingan pihak tertentu. Kalau korang anak polis, apa yang korang rasa?

Sebagai salah seorang anak kepada anggota polis, saya ingin bersuara bagi pihak rakan-rakan saya. Memang negara ini negara demokrasi tapi tak bermakna sikap puak pembangkang terutama Bersih berhak memaki hamun sehingga menjatuhkan maruah serta harga diri pihak polis.

Anda menggelarkan anggota polis sebagai ‘anjing kerajaan’. Jadi siapakah kami anak-anak polis ini? Adakah kami anak-anak ‘anjing’? Tuduhan, cacian yang tak terbatas seolah-olah semua anggota polis kaki rasuah, tak boleh dipercayai dan sehingga tak sanggup saya menulis di sini.

Berlinangan air mata saya apabila melihat ada di antara anggota polis dipukul, diterajang seolah-olah mereka tak punya sanak saudara enanti kepulangan mereka daripada bertugas.

Saban hari bila-bila waktu kritikal seperti Bersih ini, saya sering terfikir apakah lambaian dan ciuman ayah untuk kali terakhir kerana ayah akan berhadapan dengan makhluk-makhluk yang BENCIkan tugas ayah.

 Apakah tugas anggota polis itu terlalu hina di mata puak pembangkang? Apakah selama ini rezeki yang ayah dan anggota polis dapat selama ini untuk menyara hidup anak isteri mereka adalah rezeki yang tidak halal semata-mata mereka bekerja untuk kerajaan yang dipilih rakyat?

Apa yang saya tahu setiap kali sebelum ayah pergi bekerja, ayah kami adik-beradik bersama ibu akan bersalam dan mencium tangan ayah setiap kali itu juga pesanan ayah akan diulangi.

Jangan lawan ibu, dengar cakap ibu, jangan BIADAP dengan orang lain, hormati hak orang lain dan yang paling-paling terguris di hati saya ialah ayah akan berkata jangan sesekali tinggal SOLAT kerana itu adalah tiang agama kita.

Sedangkan di luar sana, ayah dan rakan-rakan dicerca, dimaki, diludah dan dipukul semata-mata untuk menjaga keamanan negara.

Anda yang berkelakuan demikian fikirlah, dengan penghinaan yang sedemikian takkan kami anak-anak anggota polis akan berdiam, membiarkan orang tersayang dalam hidup kami diperlakukan seperti HAIWAN, sedang tingkah laku saudara-saudara pendemo itulah yang kelihatan amat keji seolah-olah negara kita tiada undang-undang, seolah-olah anda semua tiada agama, sehingga sanggup menghina, memukul, menerajang dengan niat polis itu mati adalah KEJAYAAN anda.

 Inikah yang dikatakan perjuangan menegakkan keadilan sedangkan keadilan di pihak kami, pihak ayah dan rakan-rakannya, pihak yang cintakan keamanan anda ketepikan?

Maaf…Bersih 3.0 ini menutup pintu hati kebanyakan kami terhadap perjuangan puak anda kerana kami melihat betapa RAKUS dan LIARnya perbuatan pendemo-pendemo itu. Negara akan hancur seandainya jatuh ke tangan puak yang tak punya peri kemanusiaan ini.

Kepada ayah dan rakan-rakan polis ayah, saya amat berbangga dan kagum melihat kesabaran dan dedikasi anda semua dalam melaksanakan tugas menjaga keamanan negara.

InsyaALLAH ayah, saya akan belajar rajin-rajin supaya menjadi insan yang berguna terhadap AGAMA, bangsa dan Negara, menyara hidup keluarga agar ayah tak perlu mengharungi lagi episode duka dan hina ini.

Saya tetap berbangga dengan tugas ayah sebagai anggota polis, yang sanggup menggadai nyawa demi keselamatan Negara. Ayah kaulah wira ku…..Amin

1 comment:

Anonymous said...

ini video masa perhimpunan HINDAFF la....................

Bila Kak Su Bersuara... Heh!