Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, May 10, 2012

MEMALUKAN..!!! KETUA PKR LANGKAWI DIHALAU DARI RUMAH SEBAB TAK BAYAR SEWA..!!! #SAVEKEDAH



Berita ini mungkin sudah agak ketinggalan memandangkan kejadian berlaku pada 26 April lalu. 

Namun apabila ianya membabitkan seorang pemimpin parti politik yang ketika berkempen bukan main lagi menceritakan tentang kejujuran, ketelusan dan amanah yang perlu dipertanggungjawabkan kepada setiap orang pemimpin. 

Dan kononnya, pemimpin UMNO dan Barisan Nasional pun, tiada seorang pun yang dapat menandingi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. 

Kalau dengar cerita daripada penyokong-penyokong Ketua PKR Kedah, Wan Salleh Wan Isa,  maka yang menyita rumahnya dan memotong bekalan air serta elektrik adalah orang UMNO yang sakit hati dengannya.

Kononnya, UMNO sudah terdesak serta sangat takut dengan kekuatan PKR serta pengaruh Wan Salleh Wan Isa yang sedang berkembang di Kedah, khususnya di Langkawi. 

Namun hakikatnya, yang menyita rumahnya, yang memotong bekalan air dan elektrik ke rumah yang didiami oleh Wan Salleh Wan Isa adalah PEMILIK SEBENAR RUMAH berkenaan. 

Wan Salleh Wan Omar hanyalah penyewa di rumah tersebut. Bagaimanapun, sikap yang ditunjukkan oleh Wan Salleh Wan Isa tidak seperti seorang penyewa sebaliknya tidak ubah seperti seorang lanun yang kerjanya hanya ingin menyamun, merompak dan merampas hak orang lain. 

Pemilik rumah berkenaan bernama Puan Rodhiah binti Abdul Rahman. Rumah yang digunakan oleh Wan Salleh Wan Isa untuk 'menyimpan' isteri keduanya dan seorang anaknya beralamat di Lot 31C, Taman Indah Fasa 3, Kuah, Langkawi. 

Tindakan menyita dan memotong bekalan elektrik serta air selain beberapa barangan berharga lain di rumah tersebut terpaksa dilakukan oleh Puan Rodhiah kerana kegagalan Wan Salleh mengikut terma perjanjian lisan berkaitaan sewaan bulanan selain pelbagai alasan serta kerenah yang dilakukan oleh Wan Salleh apabila tiba waktu pembayaran sewa bulanan berjumlah RM800.

Kerenah Wan Salleh membuatkan pemilik rumah itu berasa dia seperti seorang peminta sedekah. Masalah bermula dari Disember 2008 sehinggalah awal 2012.

Justeru, tindakan mengusir Wan Salleh dan keluarganya dari rumah itu terpaksa dilakukan berikutan tanggungan hutang bil elektrik sebanyak RM1693.87, bil air sebanyak RM277.45 selain sewa bulanan rumah yang langsung tidak dijelaskan oleh Wan Salleh. 

Wan Salleh cuba mengungkit tentang ketiadaan sebarang surat perjanjian sekaligus menyebabkan tindakan yang dilakukan oleh tuan rumah dituduh sebagai keterlaluan. 

Tuan rumah sebaliknya mengingatkan Wan Salleh bahawa dia telah bertolak ansur walaupun sepatutnya sebelum memasuki rumah itu, Wan Salleh perlu membayar deposit dua bulan sewa tetapi dia hanya membayar RM800 sahaja.
Perjanjian bertulis pula tidak dibuat memandangkan Wan Salleh memberi jaminan dan tegaskan kepada pemilik bahawa DIA ADA NAMA dan tidak mungkin akan lari daripada membayar sewa bulanan. 
Walaupun pelbagai rayuan, janji dan alasan diberikan oleh Wan Salleh dan isterinya, ternyata tuan rumah tidak dapat berlembut lagi. Wan Salleh dan keluarga keduanya itu tetap diminta keluar dari rumah tersebut. 

Campurtangan dan jaminan dari pihak ketiga melembutkan sedikit hati pemilik rumah. Puan Rodhiah akhirnya membenarkan Wan Salleh dan keluarga keduanya tinggal di rumah itu sehingga 28 April dengan jaminan, tiada sebarang kerosakan dilakukan ke atas rumah berkenaan.

Seandainya terdapat kerosakan atau mana-mana bahagian atau peralatan di rumah tersebut dipecahkan, maka tuan rumah berhak mengusir Wan Salleh dan keluarga keduanya itu secara serta-merta dan tanpa budi bicara. 
Menariknya, walaupun gagal membayar sewa, gagal menjelaskan bil elektrik dan bil air, Wan Salleh masih lagi menganggap dia dan keluarga keduanya berhak tinggal di rumah tersebut selama tiga bulan lagi secara PERCUMA!!! - Kedahan69ers.com

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!