Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, May 29, 2012

MAS AKAN DISWASTAKAN TIDAK LAMA LAGI..???


Aku terkedu jugak bila bekas Ketua Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman ni cadangkan agar MAS diswastakan untuk selamatkan kedudukan kewangan syarikat...

Camana kalau MAS diswastakan?

Maksudnya, Khazanah akan jual sebahagian besar dari jumlah saham dalam MAS kepada pihak lain dan kekalnya hanya 20% saja pegangan saham.

Contohnya, jualkan saham MAS tu pada Naza ke...Syed Mokhtar ke...sesapa ke..aku ke...korang setuju? Heh! Dalam ertikata lain, MAS bukan lagi GLC negara...setuju?

So maksudnya lantak MAS la kalau nak lingkup ke apa ke lepas ni...heh! Setuju?

Aku rasa, pada mereka yang cepat putus asa dan tak percaya lagi dengan MAS, maka mereka akan setuju dengan penswastaan MAS.

Tapi, macamana pulak dengan para kakitangan MAS yang berjumlah 20,000 orang tu? Setuju ke? Heh! Setuju ke modus operandi MAS jadi macam Air-Asia yang hanya fikir untung je (profit oriented). Setuju?

Aku rasa, kalau MAS diswastakan, berkemungkinan besar 20,000 kakitangan tu akan buat demo depan KLIA tu..! Diorang takkan setuju punya..kan?

Lagi satu, korang rasa pengurusan tertinggi MAS setuju ke kalau MAS diswastakan? Heh! Rasanya diorang la yang akan "hilang" dulu kalau MAS ditake over oleh syarikat swasta. Selalunya, dah tentu pemilik baru akan bawa new management masuk untuk lead MAS...kan? Heh!

So, hargailah MAS sebelum syarikat GLC tu diswastakan. Kalau tak nak syarikat tu diswastakan, pihak pengurusan perlu bertindak cepat buat perubahan dan plan terbaik untuk MAS. Kalau tidak, bersedia la untuk menjawab pada Khazanah dan pelabur lain dalam MAS...paham? Heh!

CEO MAS, Ahmad Jauhari (AJ) dalam interviewnya bersama The Star baru-baru ni menegaskan bahawa pihak pengurusan memerlukan kerjasama dari semua pihak yang terlibat dengan syarikat itu untuk meningkat produktivi...

Betul la tu. Fund dah ada, plan dan langkah awal dah ada. Jadi, tunggu apa lagi? Produktif la lebih sikit untuk jamin semula kecemerlangan MAS. Lagi pun jika MAS dan kakitangannya produktif, siapa yang untung? Tentunya pihak pengurusan dan kakitangan MAS jugak..kan? Heh!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!