Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

  • Rakyat Diminta Jauhi DAP - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup melabelkan parti DAP sebagai 'raja putar belit' yang menggerunkan dan perlu dijauhi rakyat. Belia...
    30 minutes ago

Tuesday, May 22, 2012

MAJLIS PEGUAM PERLU TERUS JADI BUDAK SURUHAN PAKATAN HARAM..!!!

Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengeluarkan satu kenyataan yang sangat kebudak-budakan mengenai isu Majlis Peguam dan menyatakan bahawa badang pengamal perundangan itu perlu “menjadi budak suruhan UMNO” untuk memastikan ia tidak digantikan dengan Akademi Undang-Undang.
 
Ketua Penerangannya, Ridhuan Mohd Nor dalam kenyataannya kepada lidah rasmi PAS, Harakahdaily, begitu mengada-ngada mengandaikan Majlis Peguam perlu menyokong UMNO jika mahu selamat.

Kenyataan itu jelas menunjukkan ketidakmatangan Dewan Pemuda PAS yang cuba memburuk-burukkan UMNO dalam isu identiti Majlis Peguam yang dilihat melampau dan menyalahi etika amalan guaman yang sepatutnya neutral tanpa sebarang pengaruh fahaman politik.

Sebenarnya, Majlis Peguam sudah lama dilihat tidak relevan, khususnya selepas ia diambil alih oleh Ambiga Sreveenasan dan kini ia diketuai oleh Lim Chee Wee.

Ketika Ambiga mengetuai Majlis Peguam, dia telah mencetus kontroversi apabila menuntut 14 perkara yang sangat mustahil untuk dilaksanakan di negara Islam ini.

Salah satu tuntutan melampau yang dibuat Ambiga melalui InterFaith Commission (IFC) ialah mengenai status bayi yang baru dilahirkan supaya tidak ditetapkan beragama Islam selagi usia bayi tersebut tidak mencecah umur 18 tahun.

Bayangkan tuntutan se”gila” ini dibuat oleh Presiden Majlis Peguam!

Apakah ibubapa beragama Hindu, Buddha dan Kristian bersetuju jika anak-anak mereka yang baru lahir dan tidak mencapai umur 18 tahun tidak boleh dianggap menganut agama ibubapa mereka?

Orang beragama Islam setuju? Bagaimana pula dengan penganut agama Hindu, Buddha, Kristian, Sikh dan lain-lain agama? Setuju dengan tuntutan Presiden Majlis Peguam itu?

Lebih menarik lagi apabila Ambiga turut menjadi penyumbang kepada pemecatan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin yang dipecat PKR kerana mempertahankan aqidah umat Islam yang diancam gejala murtad seperti yang diperjuangkan oleh Ambiga yang menjadi Presiden Majlis Peguam ketika itu.

Kemudian, Ambiga yang menjadi dalang agenda murtad Lina Joy telah menyokong penggunaan kalimah “Allah” oleh para pendakwah dan artikel Kristian yang kemudiaannya disokong pula oleh Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad.

Persoalannya, sebagai Presiden Majlis Peguam, apakah Ambiga fikir dia boleh mempergunakan kepakarannya memanipulasikan undang-undang dan atas kuasanya sebagai Presiden itu maka dia boleh sesuka hati mencetus kemarahan umat Islam?

Bagaimanapula dengan program Seksualiti Merdeka yang dianjurkan Ambiga? Apakah hanya kerana berpaksikan undang-undang, Presiden Majlis Peguam boleh sesuka hati membawa budaya songsang dan menuntut kerajaan mengiktiraf golongan LGBT di negara ini? 

Malah pada tahun 2007, Ambiga dan Pakatan Haram bersekutu bersama untuk melancarkan himpunan Bershit, pada Julai tahun lalu Bershit 2.0 dan Bershit 3.0 baru-baru ini di Dataran Merdeka dengan hanya berpandukan maklumat yang diputar alamkan pembangkang.

Selepas Ambiga mendapat tempat dihati para pemimpin pembangkang, Lim Chee Wee mengambil alih Majlis Peguam, namun dia dipercayai telah “dikawal” oleh Ambiga.

Hasilnya, Majlis Peguam mengecam tindakan polis yang mengawal dan menyekat Himpunan Bershit 3.0 yang diketuai oleh “mentor” Lim Chee Wee itu. Padahal, himpunan seperti itu hanya akan dilayan dengan “peluru getah” jika ia cuba dilakukan di negara maju dan lebih ketat undang-undangnya.

Cuba lihat di UK, US, Jepun dan sebagainya. Jika perusuh mula mengganas, apakah pihak berkuasa di negara itu akan melayan penyangak-penyangak itu dengan cubitan manja dan senda tawa gurauan?

Majlis Peguam cukup bernasib baik kerana ditubuhkan di negara ini. Jika di negara-negara seperti Saudi Arabia, Mesir dan beberapa negara asing lain, sudah tentu badan itu sudah lama ditutup pihak kerajaan.

Sebagai memulangkan “paku buah keras” kepada “budak-budak hingusan” Dewan Pemuda PAS, apakah wajar Majlis Peguam bertindak sebagai “budak suruhan Pakatan Haram” pula?

Untuk pengetahuan Pemuda PAS, UMNO tak pernah halang para peguam untuk menyokong mana-mana parti. Tapi jika Majlis Peguam hilang kewarasan etika profesionalnya, maka rasanya ia patut diganti oleh badan yang lebih berintergriti dan neutral! - Kedahan69ers.com

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!