Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, May 24, 2012

LAWAK TERBARU DARI "MR. BEAN" POKOK SENA..!!!


Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar sekali lagi memalukan rakyat di kawasan Parlimen yang diwakilinya apabila bertindak “tunjuk pandai” mengulas mengenai bekas Peguamcara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang bertukar haluan mewakili Anwar Ibrahim bagi kes rayuan bicara Liwat II.

Mahfuz yang beberapa kali tidak lulus SPM dalam kenyataannya mengandaikan persepsi buruk terhadap sistem perundangan negara dan menyatakan sistem berkenaan kononnya dilanda “krisis besar” serta “bermasalah”.

Komen dari Mahfuz itu dibuat secara semberono terhadap sebuah sistem yang melepaskan Anwar dari sebarang hukuman meskipun air mani Anwar dibuktikan berada di dalam lubang anus Saiful Bukhari.

Mohd Yusof sebelum ini mengetuai barisan pendakwaraya bagi mengendalikan kes liwat membabitkan Anwar dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, yang berjaya ditangguh selama 3 tahun.

Setelah bersara, Mohd Yusof tetap mengamalkan profesyen perundangan dengan menjadi peguam secara profesional dan telah bersetuju untuk mewakili Anwar bagi menghadapi kes rayuan kes yang dikendalikannya sebelum ini.

Persoalannya, siapa Mahfuz untuk membuat sebarang kenyataan mengenai sistem perundangan Malaysia? Tahukah Mahfuz apakah yang dikatakan dengan sistem perundangan? Di mana dia menghabiskan kursus LLB?

Tahukah Mahfuz tentang erti “profesional”? Dan apakah wajar Mahfuz menganggap tindakan Mohd Yusof mewakili Anwar itu sebagai satu tanda sistem perundangan di negara ini bermasalah? Mahfuz tahu tentang “krisis perundangan”?

Pada saya, tindakan Mohd Yusof menerima pelawaan Anwar untuk mewakilinya bagi rayuan kes liwat tersebut adalah satu tindakan yang tidak bercanggah dengan etika profesyen perundangan.

Meskipun ia dianggap aneh apabila seorang peguam yang bertengkar dan menuduh Anwar sebagai peliwat di dalam mahkamah itu bertukar untuk menyebelahinya, saya melihatnya sebagai satu tindakan yang profesional.

Tidak dapat dinafikan bahawa ada dikalangan para pembenci seorang peliwat seperti Anwar menyatakan rasa kecewa dengan keputusan Mohd Yusof dan ada yang mengganggapnya sebagai satu pengkhianatan.

Namun pada saya, tidak menjadi masalah bagi mana-mana peguam profesional untuk menerima tawaran yang lumayan sekiranya ditawarkan oleh pelanggan.

Misalnya, mungkin pada Mohd Yusof, dia tidak mempedulikan tentang soal moral atau khianat sekiranya Anwar menawarkan bayaran guaman yang lumayan sehingga mencecah RM10 juta. 

Pada Mohd Yusof, mungkin dia sanggup meskipun akan dituduh sebagai pengkhianat. Biarlah dituduh pengkhianat, asalkan diri dan keluarganya kaya dengan wang dari Anwar itu. Moral mungkin menjadi perkara nombor dua padanya.

Sebenarnya, peguam tidak penting. Yang penting ialah Hakim. Peguam hanya mampu berusaha meyakinkan Hakim dan terdapat dua pihak peguam yang mengendalikan kes, selain peguam pemerhati.

Akhirnya, Hakim yang akan membuat keputusan berdasarkan hujah, bukti, fakta yang relevan dari sudut perundangan. Jadi, Hakim yang membuat keputusan, bukan pendakwaraya mahupun Mohd Yusof.

Jadi, apahalnya yang Mahfuz mahu menyebarkan persepsi buruk kepada sistem perundangan? Mohd Yusof sendiri yang mengaku sanggup mengendalikan kes rayuan Liwat II mewakili Anwar dibuat secara profesional dan tiada pun dinyatakan tentang sistem perundangan negara bermasalah sebagaimana yang dinyatakan Mahfuz.

Apa halnya pula Mahfuz mengaitkan sikap profesional peguam dengan masalah sistem perundangan negara? Tak ada kena mengena pun sebenarnya…

Tapi, Mahfuz cuba “tunjuk bijak” dengan persepsi bodohnya itu. Mungkin dia mengharapkan rakyat memandangnya sebagai “bijak”, padahal bagi “ulul fikr”, kenyataan Mahfuz itu hanya layak “dibakul sampahkan” sahaja.

Dia tiada isu, tapi cuba mencipta isu. Padahal ia hanya akan menunjukkan kebodohannya saja sebagai Ahli Parlimen. Dan Mahfuz tidak pernah sedar bahawa rakyat di Parlimen yang diwakilinya marah dengan kebodohan wakil rakyat mereka itu…- Kedahan69ers.com

1 comment:

Anonymous said...

Mr Bengong ni dikawasan dia pun bukan hebat. Kerja tak buat, kawasan tak jaga, masyarakat dia tak peduli. Nak buat kerja macam mana dia tak reti.
Yang dia tahu cuma politik bodoh dia saja. Maki orang, cerca orang,sumpah seranah orang. Orang politik lah katakan.
Dia ikut perangai bos bos dia je.Kawan jadi Naib President PAS walaupun bodoh.
Nilaikanlah orang yang pilih dia.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!