Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

  • Rakyat Diminta Jauhi DAP - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup melabelkan parti DAP sebagai 'raja putar belit' yang menggerunkan dan perlu dijauhi rakyat. Belia...
    37 minutes ago

Wednesday, May 9, 2012

LAWAK GILERR..!!! MARI RAMAI-RAMAI KETAWAKAN MAHFOOOOZZZZ..!!!

mahfuz bodo

Baru-baru ini Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, telah menuduh media dan beberapa laman blog yang dikatakan pro-kerajaan telah menjatuhkan imej Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengenai laporan-laporan yang dikeluarkan berkaitan Bershit 3.0.

Dalam kenyataan, dia yang lebih dikenali sebagai “Mr. Bean” ekoran sering mengeluarkan kenyataan bodoh, mendakwa bahawa laporan media dan blog-blog UMNO itu telah menjadi rujukan utama PDRM untuk menahan seorang pelampau mahasiswa, Khalid Ismath.

Menurutnya, PDRM tidak wajar menggunakan gambar yang diambil dari media dan blog pro-UMNO yang memaparkan Khalid Ismath menendang seorang anggota polis pada himpunan Bershit 3.0 yang berlangsung di Dataran Merdeka pada 28 April lalu.

Sebenarnya, apabila membaca laporan Harakahdaily mengenai kenyataan Mahfuz ini, saya dan seluruh 32 orang staf di pejabat kami ketawa beramai-ramai kerana membayangkan kebodohan Mahfuz ini.

Sangat melucukan apabila PAS mempunyai seorang pemutar alam yang bodoh sepertinya!

Boleh dikatakan hampir seluruh rakyat di negara ini tahu mengenai agenda ketiga-tiga himpunan Bershit dan para penyokongnya yang mahu menjahanamkan imej polis pada setiap kali mereka berhimpun.

Tapi, media dan blog-blog pro-UMNO juga yang dipersalahkan Mahfuz?

Pada himpunan Bershit yang pertama, rakyat Malaysia dihidangkan dengan “propaganda” pihak Pakatan Haram yang menyalahkan pihak PDRM, kononnya bertindak ganas terhadap mereka.

Padahal ketika itu kalau mereka bersurai secara aman dan tidak menyerang pihak polis, sudah tentu mereka tidak akan merasa “penangan” FRU. Beberapa anggota polis cedera diserang peserta Bershit dan polis pula dituduh ganas!

Pada himpunan kedua pula, para perusuh tersebut telah melakukan “operasi terancang” apabila membuat provokasi melampau dengan bertujuan mengundang anggota polis untuk bertindak terhadap mereka.

“Selagi mereka tak datang dan bertindak pada kita, kita tidak berjaya,” kata mereka yang terus membuat provokasi kerana mahu mengumpan polis untuk mengejar mereka.

Hasilnya, pada Bershit 2.0, salah seorang dari pesertanya “mati mengejut” dan tiba-tiba saja kembali “bernyawa” ketika dikejarkan ke hospital oleh pihak berkuasa. Siapa yang cuba memburukkan imej polis sebenarnya?

Dan pada Bershit 3.0 kali ini, difahamkan bahawa pihak PDRM telah bersedia lebih awal. Selain bersenjatakan cota, mereka juga bersenjatakan kamera canggih dan perakam video berkualiti. PDRM tidak bodoh seperti Mahfuz..!!!

Hakikatnya, saya percaya bahawa PDRM memiliki lebih banyak gambar dari media dan para pemilik blog yang hadir membuat liputan pada hari himpunan “ganas” itu berlangsung.

Jadi, tidak benar sama sekali PDRM berpandukan kepada gambar dari media dan bloggers untuk menahan mahasiswa pro-syiah yang memukul curi polis berkenaan.

Lagipun, penahanan Khalid Ismath hanyalah sebahagian dari prosedur siasatan dan dia hanyalah merupakan suspek yang dipercayai memukul anggota polis berkenaan. Takkanlah polis nak minta gambar dari media atau penulis blog pula untuk mendakwa Khalid Ismath? Mahfuz tak pakai ilmu logik, kah?

Saya nasihatkan agar PAS kawal “mulut” Mahfuz selepas ini. Apatah lagi menjelang PRU13 ini, PAS patut risau jika Ahli Parlimen Pokok Sena itu bakal mengeluarkan kenyataan yang “memakan diri” PAS.

Biarlah Mahfuz saja yang bodoh dan apakah PAS pun nak dilihat bodoh seperti Mahfuz juga?

Sumber: Klik sini

5 comments:

Anonymous said...

Soalan Keramat PRU13...
Siapakah yang paling ngok duduk kat pokok sena? Jawapannya, "Mahfuz BEAN NGOK" @ BONNGOK .... KAH KAH KAH KAH...

Anonymous said...

A person expression and his standard of communication largely dependable on his level of education. I dont blame Mamphoss cause he does not possess tertiary education , he could not even pass the SPM examination despite many attempts.At best he could do well as a peon or even aeroplane cleaner.May God bless him in the coming general election.

Anonymous said...

aku tak fikir pas akan mengawal mahfuz dari terus mengeluarkan kata kata. pas sangat perlukan orang saperti mahfuz ni. kerana kebodohan saperti inilah yang pas harapkan untuk membodohkan pengikut pengikutnya. pas tahu pengikut pengikut semestinya akan percaya apa saja yang diluahkan oleh pemimpin mereka. disebabkan itulah pengkikut pengikutnya terdiri dari orang orang yang bodoh. bodoh tak boleh diajar dan pandai tak boleh di ikut. inilah pas yang sangat inginkan pengikut yang robot dan disebabkan itulah hukum diputarbelitkan dan syurga neraka dapat ditentukan.

Anonymous said...

mahfuz...mahfuz....anda tak pernah mengecewakan kami dgn menyajikan bahan ketawa kpd semua. Comic relief la...sesekali keluar kenyataan dr mulut anda, ada jer yg melawakkan. Gelak aje la..jgn ambik hati. Tak boleh pakai langsung la.

Anonymous said...

lawak gila tengok polis belasah orang awam kat bersih dalam youtube,20 polis belasah sorang.orang xde otak je yang sokong polis kan.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!