Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

  • Rakyat Diminta Jauhi DAP - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup melabelkan parti DAP sebagai 'raja putar belit' yang menggerunkan dan perlu dijauhi rakyat. Belia...
    28 minutes ago

Friday, May 18, 2012

"LATAH MUZAKARAH" NIK AZIZ: ADA CERITA DI SEBALIKNYA..???

ScreenHunter_01 May. 17 15.59



Baru-baru ini Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat membuat satu kenyataan media yang menjelaskan bahawa parti pimpinannya sedia untuk bermuzakarah dengan UMNO, Majlis Fatwa Kebangsaan atau siapa saja berkenaan sesuatu yang melibatkan PAS.

Kenyataan itu dibuat oleh Nik Aziz ekoran kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mendakwa PAS sekian lama mempergunakan nama Islam demi kepentingan kuasa politik dan meminta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bermuzakarah bagi membincangkan kedudukan perkataan “Islam” yang ada pada nama parti itu.

Maksdunya, dalam cadangan Mufti Perak itu, beliau hanya meminta Majlis Fatwa bermuzakarah sesama jawatankuasanya dan tidak ada pun timbul soal PAS diajak bermuzakarah bersama.

Jadi, apahalnya pula Nik Aziz tiba-tiba memberikan kenyataan PAS bersedia untuk bermuzakarah dengan UMNO atau mana-mana pihak? Kenapa tiba-tiba keluar nama UMNO? Tan Sri Harussani ada sebut nama UMNO, kah?

Latah Nik Aziz yang tiba-tiba menyebut nama UMNO dan membabitkannya dengan ‘muzakarah’ membuatkan saya tertanya-tanya mengenai respon luar biasanya itu. Dan saya mengambil keputusan untuk menghubungi beberapa sumber yang rapat dengan pemimpin PAS di Kedah.

Menurut sumber yang dikenal pasti pro – Harun Din, kenyataan Nik Aziz itu dikatakan berdasarkan kesedaran Mursyidul Am itu mengenai penurunan drastik sokongan umat Islam kepada PAS sejak bersekutu dengan PKR dan DAP.

Menurutnya, ramai akar umbi khususnya dari golongan anak muda dan penyokong PAS mempersoalkan hubungan parti itu dengan PKR dan DAP yang dilihat seolah-olah tidak ikhlas dan tidak ada titik persamaan.

Dalam ertikata lain, mereka tidak puas hati melihat dasar-dasar PAS dipijak sewenang-wenangnya oleh PKR dan DAP, malah para penyokongnya pula seolah-olah dipergunakan seperti ‘kuli kang’ dan ada kalanya mereka disuruh melakukan sesuatu yang tidak masuk akal!

Bila ditanya tentang apa yang dimaksudkan tidak masuk akal itu, sumber itu memberikan contoh “menafikan video-video seks Anwar yang memang benar lelaki itu adalah Anwar”!

Justeru katanya, melihat PAS semakin kurang sokongan umat Islam yang beralih menyokong BN kerana yakin pada kepimpinan Najib, Nik Aziz yang “baru sedar di anak tirikan” PKR dan DAP itu melihat gabungan Pakatan Haram tidak menguntungkan PAS sama sekali.

Justeru itu, katanya berkemungkinan besar ‘latah muzakarah’ Nik Aziz itu dibuat akibat untuk mencuba nasib, manalah tahu jika UMNO sudi berbincang dengan PAS untuk membentuk kerjasama sebagaimana yang dicadangkan pada 4 tahun lalu.

Beberapa sumber lain yang rapat dengan kepimpinan Azizan, Nasharuddin Mat Isa, Nasrudin Hasan dan Harun Taib juga memberikan pandangan yang lebih kurang sama dengan pendapat tersebut.

Salah seorang dari mereka turut menambah bahawa PAS benar-benar marah tentang pembahagian kerusi DUN dan Parlimen di antara parti Pakatan Haram kerana PKR dan DAP cuba mencuri banyak kerusi-kerusi PAS di beberapa buah negeri, khususnya di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Mereka melihat, sekiranya PAS bekerjasama dengan UMNO, bukan setakat kerusi, malah “meja” di Putrajaya pun mungkin akan PAS perolehi!

Begitu rupanya… Maksudnya Nik Aziz, ada “udang di sebalik batu”..?

Saya sebenarnya tak kisahlah jika benar PAS mahu bekerjasama dengan UMNO/BN. Cuma, jika mahu bekerjasama dengan UMNO/BN, maka kenalah ikut gaya dan corak UMNO/BN. Kalau PAS boleh terima gaya kafir harbi dan agen Yahudi, mengapa tidak boleh terima cara UMNO/BN yang lebih Islamik, kan?

Saya sebenarnya juga tidak kisah untuk PAS bersatu dengan UMNO/BN jika mereka benar-benar ikhlas. Apatah lagi, saya memang mengimpikan perpaduan di kalangan umat Islam di negara ini. Perpaduan umat Islam di negara ini lebih penting dan itulah yang sangat-sangat ditakuti oleh DAP dan PKR.

Meskipun begitu, jika benar Nik Aziz mahu bersemuka dan bermuzakarah, rasanya tak payah umum secara terbuka. Ajak saja Hadi Awang, Harun Din dan Harun Taib ke rumah Datuk Seri Najib. Tak payah bawa Mat Sabu atau Mahfuz, mereka tak relevan…

Saya percaya, Najib mampu berbuat sesuatu untuk menyatupadukan ummah. Jika beliau boleh menggerakkan transformasi negara, perpaduan umat Islam juga boleh dilihat sebagai program transformasi ummah, bukan?

Justeru, tak payah kecoh-kecoh di media secara terbuka. Buat diam-diam pun tak mengapa. Selepas itu, biar kita sama-sama lihat bagaimana Anwar terkangkang menangis berguling-guling kerana cita-citanya memperkudakan PAS untuk jadi Perdana Menteri gagal ditengah jalan!

Sumber: Klik sini

6 comments:

Anonymous said...

salam..baca artikel ni rase mcm ok jg..tp bila fikir balik blh pecaya ke dkt tn guru najis ni?? ni bkn kali pertama dia wat mcm ni..masa dia senang org umno/bn ni dia anggap golongan ahli neraka jahannam...bila rase tersepit mcm ni mula nak muzakarah..aku sbnrnya nk sgt tgk umat melayu islam ni bersatu..tp nk ke org yg dh baring atas jln..melompat2 atas kete nk trm smua ni?? kalau najis dh pk masak2 dan pemimpin kitaq pun setuju..aku ikutkn je..janji agama dan negara kita x tergadai..cuma aku cadangkan kalau pas betul ikhlas..pas kena bubar..smua jd ahli umno..pas jgn jd parti kompenen..kalau x dorg ni akan wat tektik lain lps dh menang nanti..
(pssst:dr presiden pas smpai ke majlis syura..smua lidah becabang..jns syaitan dan biawak bertopeng manusia)

Anonymous said...

Jangan percaya dgn puak2 pas ni, perkara muzakarah bagi mereka ialah sesi untuk membela kesilapan dan kesalahan mereka serta memperbaiki kecacatan parti dimata rakyat, itu sja yang mereka maksudkan dgn muzakarah. Bila keadaan parti mereka banyak dipersoal, banyak buat benda tak betul dari segi agama dan juga mata rakyat, maka mereka mula sibuk cari publisiti dgn menggunakan umno untuk membasuh kembali kehodohan pas dimata rakyat. Bila mula nak jadi muzakarah, maka mulalah mereka spin kata yang nak dimuzakarah ialah soal salahfaham umno terhadap pas dan salahfaham rakyat terhadap pas, bukan tujuan muzakarah untuk kebaikan ugama dan bangsa melalui cara yang dikehendaki. Puak2 ni semua adalah pembohong, harap umno kenal siapa mereka, jangan mudah termakan dgn kejahatan mereka.

Megat Alam Gempita said...

Teman setuju bebenor, bukan setakat kerusi meja jer UMNO boleh bagi pada PAS jika mereka bersatu dengan UMNO, bahkan UMNO pun boleh maaf dan lupakan segala persengketaan lalu demi perpaduan Islam.
Tak mustahil juga jawatan TPM, 10 jawatan Menteri, 10 jawatan Timbalan Menteri hatta jawatan Menteri Besar di Kelantan, Kedah, Terengganu dan Selangor UMNO boleh bagi pada PAS jika ada kerjasama UMNO-PAS. Tak nak?

kluangman said...

Kalau PAS ikhlas, muzakarrah selepas PRU13 bemaksud tanpa kepentingan politik.

Anonymous said...

aku dah bosan dgn sinetron PAS ni. Kenyataan dibuat utk alih isu bkenaan PAS dibahasakan oleh Harussani. Mufti Perk ini adalah seorang yg amat dihormati, disegani oleh masyarakat Islam, maka dgn teguran itu, terjejas kredibilti PAS/ Nik aziz. So, depa buatlah kenyataan tak ikhlas ni. Percaya la, takkan terjadinye muzakharah ni, PAS akan letakkan pelbagai syarat dan alasan supaya rakyat terus teralih perhatian tentang isu tersebut.

Anonymous said...

Salam bro, PAS saja nak gempak kat DAP & PKR. Bukan UMNO.

Senang skit PAS nak nego seat allocation dgn PR. hehe. Nasha punya kes dulu pun pasal topic yg sama gak, tengok apa jadik kat dia? So muzakarah dgn UMNO memang takkan jadik selagi NIKAJIS ada.

NIKAJIS punyai dendam kesumat kat UMNO, dia benci UMNO tahap gaban. Bekas cikgu KEMAS ni takkan nak berbaik dgn UMNO punya, konfirm!


Elyas subang jaya.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!